Bab 3

18 6 3
                                    

Bab 3

"Minghao?" Alangkah terkejutnya aku bila berjumpa dengan rakan sendiri. "Oh, Miwa! Kenapa kau tertunduk dekat sini tadi?" Aku segera memeluknya. Air mata aku terus mengalir seperti tiada penghujungnya.

--

"Aku kasihan dekat kau, Miwa. Kau dah lama pendam perasaan tu daripada dia," Aku hanya terdiam. "Kenapa kau tak pergi ke rumah dia terus, Miwa?"soalnya. Aku mengeluh berat. "Kau jangan cakap aku tak pernah langsung cuba untuk mencari dekat mana dia tinggal, Xu Minghao. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk berjumpa dengannya tapi aku gagal.."

Angin sejuk mula meniup pada wajahku. Sinaran cahaya bulan pula menerangi malam menemani perasaan aku. "Dia juga ada berjanji dengan aku yang dia akan bersama dengan aku walau apa pun yang terjadi," ujar Minghao.

"Tapi sekarang dia bawa janji kita berdua entah ke mana.." Air mata untuk kali yang kedua membasahi wajahku. "Mungkin dia ada sebab dia yang tersendiri? Aku tak rasa dia akan pergi tanpa khabar begitu sahaja kan?"

Aku tahu Jun bukan seseorang yang seperti itu, tapi itu masih membuatkan aku menunggu akan kehadirannya. Aku rindu segalanya tentang dia. Ketawanya, senyumannya dan segalanya tentang dia.

"Marilah kita pulang, Miwa. Dekat luar ni sejuk!" "Baiklah.."

--

"Terima kasih teman aku harini, Minghao." "Tak ada masalah! Bila-bila sahaja aku boleh  tolong kau, Miwa!" Aku ketawa. Aku bersyukur masih ada seseorang seperti dia yang ada setiap kali aku terjatuh. "Kau pun, Xu Minghao.." "Baiklah, aku gerak dahulu." "Hati-hati!"

Aku melihat keretanya pergi meninggalkan kawasan perumahanku lalu aku segera masuk ke dalam rumah. "Miwa dah pulang.."  "Oh, Miwa pergi mana tadi?" soal ibuku. "Miwa pergi keluar dengan Minghao tadi," Ibuku hanya mengangguk.

"Pergi naik atas bersihkan diri lepastu turun makan," Aku mengangguk kepala labtas bergerak ke bilikku.

--

"Miwa, dia masih belum balas kamu punya surat?" soal ibuku. "Belum." Jawabku ringkas. Aku kemudian sambung mengunyah. "Dia ada masalah ke?" "Entah lah, Miwa pun tak tahu ibu. Kalau miwa tahu, mesti Miwa beritahu dekat ibu lama dah.." "Ibu rasa dia ada sesuatu yang dia sembunyikan dari kamu lah," ujar ibuku. Aku berhenti mengunyah makanan.

"Apa maksud ibu?" soal aku ingin tahu. "Ibu rasa dia ada sembunyikan sesuatu dari kamu sebab itu lah dia tak munculkan diri dia depan kamu," Tiba-tiba aku rasa apa yang dikatakan oleh ibuku sebentar tadi ada betulnya. Tapi kenapa sampai begitu? Apa yang dia sembunyikan dari aku?

"Lupakan sajalah, kamu makan makanan kamu tu sampai habis."

Fikiran aku terasa berat. Wen Junhui, apa rahsia kau sebenarnya?

--

"Sayangku Junhui, sudah lama kita tidak bersapa, apa khabar kau di sana? Apakah kau baik-baik sahaja? Kalau begitu bagus lah. Aku rindu akan kehadiranmu, Wen Junhui. Aku harap kau dan aku akan bertemu sekali lagi."

Li Miwa

Jun POV

Aku meletakkan surat tersebut dalam laci mejaku. Aku terduduk lalu melepaskan nafas berat. Li Miwa. Maafkan aku, mesti kau sedang menahan rindu terhadap aku. Aku bukan sengaja membuatkan kau tertunggu-tunggu, Miwa. Aku cuma perlukan masa untuk jelaskan semuanya kepada kau nanti, Miwa.

Aku juga merindukan kau. Jujur, aku ingin melihat wajah kau di hadapan aku Miwa. Aku ingin mendengarkan suara kau Miwa. Aku rindukan kau.

-Tamat Bab 3-

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐋𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 || Wen Junhui - SEVENTEENWhere stories live. Discover now