Bab 5

16 5 4
                                    

Bab 5

Klik!

Pintu ditutup.

"Haih.." Hanya dengan melihat wajahnya aku tahu apa yang mahu dikatakan olehnya. "Kau tak rasa bersalah ke Jun?" Tipulah kalau aku kata aku tak rasa bersalah langsung. "Mestilah aku rasa bersalah.." "Habistu?" "Kau nak ke dia tahu apa yang aku tengah hadapi sekarang ni, Minghao?"

Minghao mengeluh berat. "Aku tak nak dia risaukan tentang kau Jun tapi dia ingat yang kau tak percayakan dia dah sebab tu aku suruh kau beritahu dekat dia apa yang terjadi sebenarnya.." Aku cuma perlukan masa yang sesuai untuk beritahu Miwa segalanya.

--

"Miwa, baju warna ni atau ni lagi cantik?" soal ibuku. "Miwa rasa warna hijau lagi sesuai dengan ibu," Ibu aku tersengih menghadapku. Aku lantas ketawa. "Baiklah kalau macam tu ibu ambil warna hijau!" "Nice!"

Selepas membayar kami berdua menuju ke sebuah kedai kasut. Aku mahu belanja ibuku semampuku. Bukan selalu aku bawa ibu aku keluar dengan aku.

"Miwa.." Langkah aku terhenti apabila ibuku menyebut namaku. "Ya?" Wajah ibuku terlihat lain kalau tidak tadi asyik tersenyum saja. "Kenapa?" "Ibu rasa cukup baju sahaja lah, kasut ibu elok lagi.." ujarnya. Rupa-rupanya itu yang apa mahu dia sampaikan.

"Ibu, biarlah anak ibu ni belikan apa sahaja yang ibu mahu. Biar Miwa balas jasa ibu pula. Lagipun, bukan selalu Miwa belanja ibu kan?" Aku tersenyum ke arahnya. Dia lantas memegang bahuku. "Betul ni?" Aku segera mengangguk. "Hmm.. baiklah kalau begitu.." Aku lantas memeluknya. "Yeay! Sayang ibu!"

--

"Ibu nak yang ni lah.." Aku melihat kasut yang dipilih oleh ibuku. Aku melihat harga kasut tersebut lalu aku mengeluh. Ibuku memilih kasut yang harganya murah. "Ibu, Miwa tak kesah ibu nak apa pun. Janganlah risau, Miwa tak marah pun kalau ibu nak habiskan duit Miwa-"

Pak!

"Ish kamu ni!" Aku ketawa sambil menggosok bahuku yang baru sahaja dipukul oleh ibuku. "Miwa guraulah..tapi ibu pilih la kasut yang elok sikit," ujarku sambil melihat wajahnya dengan kening dikerut.

Aku meninggalkan ibuku untuk dia memilih kasutnya sendiri. Aku membuka telefon pintarku untuk mengambil gambar ibuku.
Aku menghalakan kamera ke arahnya. Nampaknya dia tak perasan.

Kecekak!

"Miwa ambil gambar ibu kah?" "Buat apa nak ambil gambar ibu? Miwa ambil gambar sendiri lah.." Aku ketawa kecil. Nasib dia tak tahu kalau tidak mesti dia suruh aku padam gambar tu.

Grukk!

"Argh..." "Kenapa Miwa?!" "Miwa nak pergi tandas lah ibu. Miwa sakit perut.." "Jom!" "Eh! Ibu duduk sini dulu nanti Miwa datang!" Ibu aku menarik lenganku. "Biar ibu ikut Miwa!"

Mataku terlihat seorang perkerja di situ. "Cik! Tolong tengokkan ibu saya boleh? Saya nak minta diri pergi ke tandas sekejap.." "Oh, tentulah!" Lalu aku menunduk ke arahnya.

Setelah beberapa minit berada di tandas, aku kemudian menuju semula ke kedai kasut tersebut. "Fuh lega!"

Ring!Ring!

Telefon pintarku berdering. Terpampang nama Minghao yang sedang membuat panggilan.

"Minghao kenapa kau telefon aku?"

"Ah! Aku nak ajak kau dengan ibu kau tunggu dekat restoran!"

"Restoran?"

"Nanti aku bagi kau alamat restoran tu. Aku sebenarnya saja nak berjumpa dengan kau dengan ibu kau alang-alang aku tak sibuk sekarang. Kau ada kerja ke nak buat?" Soalnya.

"Erm.."

Aku hampir tiba di kedai kasut di mana ibu aku berada. Aku hendak memberitahunya tentang restoran yang disebut oleh Minghao sebentar tadi.

"Ibu-"
"Oh! Miwa!"

Masa seakan terhenti.
Jantung aku mula berdegup laju.
Apa yang baharu aku lihat ini benar?

"Hello? Miwa? Kau masih ada dekat sini lagi ke?"

-Tamat Bab 5-

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐋𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 || Wen Junhui - SEVENTEENWhere stories live. Discover now