" Sedap tak aiskrim tu? Kalau tak sedap bagi aku," "Kenapa tak sedap pula? Aiskrim ni kegemaran aku!" Dia lantas menjeling ke arah aku. "Oh, dah pandai jeling?" "Haah, kau bila lagi?" Aku lantas memukul bahunya.
"Rasakan!" "Sakitlah, Miwa!"
Aku segera berdiri dari tempat duduk aku. Aku berlari daripada dikejar olehnya. "Li Miwa!!" "Kenapa Wen Junhui?"
Dia masih mengejar aku.
"Wo ai ni, Li Miwa!!"
"Wo ai ni, Wen Junhui!"Aku membuka mata aku, sinaran cahaya matahari telah menyinari bilik aku yang gelap. Aku lantas bangkit dari pembaringan aku. Memori lama yang masuk saat aku sedang tidur membuatkan hati aku menjadi lebih sakit. Sakit yang tak terkata kerana aku asyik menahan rindu ini. Bila aku mahu melepaskannya?
--
Aku menunggu surat dari dia hampir setiap kali aku bernafas. Selepas aku pulang dari kerja pagi, petang dan malam masih tiada surat yang dibalas. Apa kau mahu aku mati menahan perasaan rindu ini terhadap mu, Wen Junhui?
Aku menjejak kaki masuk ke dalam kedai pakaian. Aku hendak membeli baju baharu kerana baju yang aku ada sebelum ini semuanya sudah tidak muat di badanku. Duit gaji sudah masuk, jadi aku berniat untuk membeli pakaian untuk aku dan juga ibu.
Ayah sudah lima tahun meninggalkan aku dan ibu. Aku hanyalah harapan ibuku untuk berjaya, namun kerja yang aku dapat hanyalah sebagai pelayan di sebuah restoran dan juruwang.
"Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soal pekerja tersebut. "Ah, tak mengapa saya boleh cari sendiri.." "Oh, baiklah kalau begitu." Sedang aku mencari baju, tiba-tiba seseorang menegur aku dari belakang.
"Maafkan saya, dompet awak terjatuh."
Tangan aku terhenti selepas mendengarkan suara itu. Adakah aku sedang berhalusinasi? Aku salah dengarkah?
Suara itu! Aku sangat kenal dengan pemilik suara tersebut. Jangan cakap..
"Jun-"
Aku menoleh ke belakang, malangnya itu bukan dia. "Ya?" "Tak ada apa! Terima kasih tegur!" Aku lantas bergerak keluar dari kedai tersebut dengan dompet ditangan.
Aku menarik nafas dalam. Dada aku berasa sesak. Aku tak dapat tahan lagi, bila perasaan ini mahu pulih? Aku tak dapat tahan lagi. "Jun.." Tolonglah, aku ingin bertemu dengan kau Junhui. Kalau boleh sekarang kau berada di hadapan mata aku.
Tiba-tiba seseorang menyapa aku.
"Awak tak mengapakah?"
Aku mendongakkan kepala aku untuk melihat seseorang yang sedang berada di hadapan aku sekarang.
-Tamat Bab 2-