Bab 9
"Bodoh kau Minghao! Otak mana otak basah seluar aku bahenol!" Minghao tetap meneruskan menendang air laut sehingga terkena seluar aku. Aku menendang kembali air laut tersebut sehingga terkena bajunya. "Ops! Kaki aku tergerak sendiri!"
Splash!!
"Maaf Miwa, kaki aku pun tergerak sendiri!" Tiba-tiba Jun pula yang menendang air laut tersebut kepadaku. "Oh..dah berani kau ek sabar jap!"
Splash! Splash!
"Miwa sudah! Basah lah!"
"HAHAHA!!"
SPLASH!!
Nak kata tsunami tiba-tiba datang tak. Ni sampai dari kepala ke kaki basah siapa punya kerja kalau bukan seseorang yang bernama Xu Minghao.
--
Aku terpaksa melilit badanku dengan tuala yang baru dibeli di kedai yang berdekatan di pantai itu. "Kau bernasib baik harini Minghao. Aku baru ingat nak rendam muka kau dalam air tu tadi."
Kami bertiga duduk di sebuah bangku sambil menikmati aiskrim yang dibeli oleh Jun.
"Uish! Ngeri!" Minghao sengaja mengusik aku. "Jun kau pun sama! Nasib kau baik harini Jun kalau tak nasib kau sama dengan Minghao!"
" Buat je la apa-apa pun yang kau nak buat. Aku tak kesah selagi kau bahagia." ujar Jun.
Aiskrim yang manis tiba-tiba jadi tawar. Aku melawak pun dia nak ambil serius. Dia memalingkan kepalanya melihat wajah aku yang berubah.
"Ah! Maksud aku buat je la sesuka hati kau selagi kita masih di dunia- eh bukan!" Minghao menahan ketawanya.
"Maksud aku..."
"Kau ni ada masalah ke dengan otak kau?"
Jun terdiam. "Nak melawak pun agak-agak lah jangan sampai buat orang terasa.." Minghao melihat ke arah Jun dengan perasaan yang bercampur-baur.
"Fuh! Sejuk lah kat luar ni! Jom balik!" Aku lantas bangun menuju ke arah kereta Minghao yang terletak di hujung parkir kereta.
Minghao menepuk bahu Jun agar Jun terjaga dari lamunannya. "Jun, jom.."
--
Aku melemparkan pandangan aku ke luar tingkap. Aku terfikir apa yang aku katakan kepada Jun sebentar tadi semasa di pantai. Adakah aku terlalu kasar? Aku nak kena minta maaf dekat dia ke pasal tadi? Tapi dia yang cari masalah dengan aku dulu.
"Haih.."
"Kau mengeluh apa Miwa?" soal Minghao. Dia dengar aku mengeluh ke? "Aku mengeluh memikirkan masa depan aku dengan Jun."
"Uwerk!"
Aku lantas ketawa. Jun juga turut ketawa. Senang rupanya nak buat dia senyum balik. Nampaknya kerja aku dah selesai. Jadi, tak perlu nak minta maaf ehek.
"Mentang-mentang aku single kau suka hati nak usik aku!" ujar Minghao. "Kat tempat kerja kau takkan tak ada siapa yang kau suka?" soal Jun. "Er..ada.." jawab Minghao. Lah, ingatkan mamat ni tak ada perasaan rupanya ada.
"Ciey! Kalau suka kenapa tak beritahu?"
Dia berdehem. "Entah mungkin sebab aku?" ujarnya. "Kenapa sebab kau pula?" soal Jun. "Sebenarnya, aku rasa mungkin sebab aku terlalu garang dengan dia- entah!"
"HAHAHAHA!! GARUNK AWUCK GARUNK AUM! HAHAHA!!" Aku ingat Jun tak pandai mengusik orang. Tapi dia lain daripada yang lain. Mungkin aku salah menganggap dia sejak dia menghilang haritu.
"Kau nak turun dari kereta ni ke Jun? Kalau kau nak aku boleh berhenti dekat tepi jalan."
"HAHAHAHA!! Aku melawak sajalah!"
"Pandai ek kau melawak Jun. Sejak bila kau pandai melawak?" Jun memusingkan kepalanya menghadap aku. "Sejak aku dapat berjumpa dengan kau." Dia kemudian mengalihkan pandangannya semula.
"Korang berdua jangan seksa aku macam ni please..aku dah cukup terseksa duduk dengan korang berdua.." ujar Minghao.
"Jun! Nanti lepas awak balik rumah rehat secukup-cukupnya tau! Mesti awak penat!~"
"Miwa! Awak pun sama! Nanti kita keluar lagi tau! Kita pakai baju sama biar Minghao sorang-sorang dia!"
Kami berdua ketawa. Minghao masih bising akan hal kami berdua. Siapa suruh single?
Aku melihat Jun yang masih lagi ketawa. Aku bersyukur dia masih boleh bergembira seperti dahulu. Senyuman dia masih sama.
Betapa rindunya aku kepada dia.--
"Miwa, kau tak nak balik ke?-" Aku membuka mataku. Nampaknya aku tertidur tadi. "Miwa, kita dah sampai depan rumah ni. Tak nak balik ke?" Soal Jun. "Nak balik la ni.."
Aku membuka pintu kereta tersebut lalu keluar dari kereta itu. Aku menggosok mataku. Mataku terasa berat sangat sampai tak boleh nak buka.
"Jun kau pergi bawa Miwa sampai ke pintu rumah dia. Kang tak tentu pasal minah tu jatuh ke tanah." Jun segera keluar dari kereta tersebut dia bergerak menghampiri aku.
Pandangan aku kabur. Aku memaksa mata aku untuk buka seluas-luasnya tetapi gagal. Disebabkan mata aku tertutup, badan aku juga terasa ingin rebah jatuh ke tanah.
"Miwa!"
Buk!
"Weh Jun! Kau buat apa! Aku dah kata bawa dia sampai ke pintu rumah dia kan dia dah jatuh!" Jerit Minghao dari jauh.
Aku terjatuh atas tanah. Sakit memang sakit tapi aku mengantuk sangat. Jadi, aku tertidur di atas tanah. Jun cuba untuk mengejutkan aku untuk bangun tetapi aku masih tidak terjaga.
--
Kring!! Kring!!
"Miwa, bukan Miwa kata Miwa pergi kerja ke harini?" Aku membuka mataku. Setelah itu aku segera bangkit dari baringan aku. Macam mana aku boleh lupa harini aku kerja?!
"Maaf ibu! Miwa nak masuk mandi dulu!"
"Ha cepat sikit!"Beberapa minit kemudian, aku terus menuju ke meja makan untuk mengambil sarapan. "Ibu buatkan bekal untuk kamu sebab kamu dah terlambat." Aku memeluk ibuku sebelum bergerak ke tempat kerjaku.
"Terima kasih, ibu!"
Aku segera keluar dari rumah tersebut. Aku menyarungkan kasut ke kaki aku dengan tergesa-gesa. "Halamak..tali la pula!" Dah terlambat. Nanti sajalah aku ikat tali kasut.
--
Kling!
Akhirnya aku selamat sampai di destinasi aku! Aku menuju kaunter lalu mengambil tempat duduk di situ untuk mengikat tali kasut aku. Kemudian, aku mengambil vest berwarna ungu lalu disarungkan.
"Hah.." Ni semua sebab balik lambat semalam. Aku mengambil telefon pintar aku untuk melihat mesej yang masuk.
Kling!
Aku tidak menghiraukan pelanggan yang masuk ke dalam kedai tersebut. Aku tengah sibuk melihat game yang aku telah main sejak tahun lepas.
"Ops! Pencuri sedang masuk ke kawasan awak hati-hati!"
"Heh! Sibuk lah dia ni!-"
"Berapa harga ni, Cik Li Miwa?"
Pandangan aku dialihkan menghadap ke arah pemilik suara itu.
"Sibuk sangat main game sampai aku di depan mata kau ni pun kau tak layan. Game tu penting sangat ke dari aku?"
- Tamat Bab 9 -