Bab 12
"Argh-"
Aku berhenti mengejar Minghao apabila aku melihat Jun yang tertunduk sambil memegang kepalanya.
"Jun? Weh Minghao!"
"Kenapa?"Dia datang menghampiri ke arah aku. Aku menunding jari ke arah Jun yang kelihatan seperti sedang mengerang kesakitan. Kami berdua segera bergerak ke arah Jun.
"Jun! Kenapa dengan kau?!" Jun tidak menghiraukan aku. "Jun! Kepala kau sakit lagi ke?" soal Minghao. Jun mengangguk. Pergerakkan aku terhenti. Kepala? Kenapa dengan kepala dia?
"Minghao, kenapa dengan kepala dia?" soalku. "Nanti aku beritahu kau. Sekarang ni kita kena bawa Jun pergi hospital!" Minghao mengangkat Jun memasuki ke keretanya.
--
Aku dan Minghao menunggu akan kehadiran doktor. Minghao dan aku mula merisaukan akan tentang kesihatan Jun.
Aku tertanya-tanya, kenapa dengan Jun? Apa yang mereka berdua sembunyikan dari aku? Adakah aku sahaja yang suka berfikir perkara yang bukan-bukan?
Disebabkan sifat ingin tahu aku semakin membuak-buak, aku bertanya tentang kesihatan Jun kepada Minghao. "Minghao, sekarang beritahu lah dekat aku apa yang jadi dekat Jun." "Jun?" Aku mengangguk.
"Aku rasa sekarang bukan masanya untuk aku beritahu kau.." "Kenapa pula? Sekurang-kurangnya biarlah aku tahu tentang Jun baru lah aku dapat jaga dia." Minghao mengeluh. "Kau janji dengan aku kalau aku beritahu kau , kau jangan marah sebab aku beritahu kau dan jangan sesekali kau beritahu dekat Jun yang aku beritahu kau."
"Aku janji!"
Minghao membisikan sesuatu ke telinga aku.
Mendengarkan apa yang dibisikan olehnya membuatkan hati aku berkecai. Macam mana perkara sebegitu boleh terjadi kepadanya?
Baru aku faham kenapa dia menghilangkan diri dia daripada berjumpa dengan aku. Patutlah surat yang aku berikan kepadanya tidak dibalas. Rupa-rupanya ini apa yang dia sembunyikan selama ini?Tiba-tiba pintu dibuka. Terpampang doktor dan jururawat di hadapan pintu. "Macam mana keadaan dia doktor?" soal Minghao. "Buat masa sekarang Jun perlu ditahan di wad untuk pemeriksaan selanjutnya." Ujar doktor tersebut.
"Kenapa dia jadi macam tu doktor?" soal aku. "Mungkin sebab kesan daripada pembedahan haritu. Tapi tak mengapa kita harap dia baik-baik sahaja. Saya gerak dulu."
Aku dan Minghao terdiam. Betapa kuatnya kau Jun untuk menahan sakit yang kau alami. Kenapa dia sembunyikan daripada aku?
"Miwa, dah jom balik." "Hm.."
--
Sudah tengah malam tapi aku masih tidak boleh tidur. Aku duduk tersandar di bucu katil sambil menghadap ke arah tingkap. Aku teringat apa yang Minghao katakan kepada aku semasa di hospital.
Bila aku fikir semula sakit sangat hati aku. Sampai macam ni dia rahsiakan hanya kerana dia tak mahu aku risau tentang dia?
Aku mengelap air mataku. "Aku harap tak ada apa-apa yang lebih teruk terjadi dekat dia.." Tiba-tiba aku terlelap.
--
Aku membuka pintu wad di mana Jun berada. "Miwa?" Jun memakai jaketnya. Aku terkejut melihat dia berdiri. Apakah dia tidak apa-apa? "Jun kau dah boleh keluar dari sini ke?" Dia mengangguk. Aku berasa sangat lega bahawa dia tidak perlu ditahan di hospital begitu lama. "Jom makan lepas ni nak?" Aku segera mengangguk.
"Jun , doktor ada cakap apa-apa?" soal aku. Dia menoleh menghadap aku. Dia menggelengkan kepalanya. "Tak. Doktor hanya periksa aku sahaja tak perlu dirisaukanlah!" "Betul ke kau ni?" "Kau tak percaya aku ke Miwa?"
Aku mengeluh. "Mestilah aku percayakan kau-" "KALAU MACAM TU JOM MAKAN!!" Dia lantas mendorong aku keluar untuk makan bersama dengannya.
Aku bersyukur bahawa dia sudah baik semula. Tetapi aku teringat apa yang Minghao beritahu kepada aku. Aku cuba untuk menahan air mataku dari jatuh. Aku tidak mahu dia nampak aku sedih kerana dia.
- Tamat Bab 12 -
Sorry for very very late update.
Busy gila dengan sekolah 💔😿