Bab 4
"Sayangku Junhui, apa khabar kau di sana? Aku di sini sedang menunggu kau untuk membalas suratku, Junhui. Bila kau mahu pulang? Adakah kau sedang sembunyikan sesuatu dari pada aku? Adakah kau sudah tidak mempercayai aku, Wen Junhui? Aku dan Minghao penat menanti akan kehadiran kau. Kami rindukan kau Jun. Sekurang-kurangnya balas lah surat ini, biar aku dan dia tahu bagaimana keadaan kau sekarang.
Maaf jika aku menganggu. Aku cuma ingin tahu bagaimana keadaan kau di sana. Aku pergi dahulu."
Li Miwa
Air yang jernih mula membasahi kertas tersebut. Aku cepat-cepat mengelap air mataku. "Jun.." Bila kau mahu kembali? Perkataan yang sama asyik aku ulang. Aku harap kau dapat menjawab persoalan ini dengan segera. Aku tidak mahu kita berpisah seperti ini. Tolong lah.
--
"Miwa, ada pinggan nak kena kutip dekat meja tujuh-" Aku mengelap air mataku dan segera berdiri dari tempat duduk aku. "Miwa, kenapa dengan kamu?" soal makcik yang turut berkerja dengan aku di sebuah restoran tersebut.
"Tak ada apa, mata Miwa masuk habuk.." "Jangan nak menipu, kamu menangis kan? Kalau kamu ada masalah beritahu saja lah kepada makcik.." Aku hanya tersenyum ke arahnya. Aku tidak mahu melibatkan orang lain dalam hal ini. Jadi, aku memilih untuk tidak memberitahu mereka hal sebenar yang aku hadapi.
Aku bergerak ke meja tujuh untuk mengutip pinggan yang berada di atas meja tersebut. Pelanggan yang masih duduk di sana terus berdiri ingin meninggalkan tempat ini. Aku lantas mengutip semua pinggan dan juga cawan yang ada di atas meja itu.
Tanpa sengaja aku terlihat sapu tangan berwarna biru gelap tertinggal di atas meja makan tersebut. "Tunggu-" Belum sempat aku memanggilnya dia lantas keluar dari restoran ini. "Encik!" Dia tidak berpaling kepada aku. "Encik, sapu tangan ni-"
Dia lantas mengambil dari tanganku tanpa memalingkan wajahnya. Mungkin hari ini ada sesuatu yang membuatkan dia tergesa-gesa?
--
"Sekurang-kurangnya cakap lah terima kasih!" Kini aku berada dia pejabat Minghao. Aku menceritakan segalanya apa yang aku hadapi hari ini kepada Minghao. Dia sangat marah apa yang berlaku kepadaku masa di restoran tadi. "Benda dah lepas. Aku saja bagitahu kau," ujar aku. Dia melihat aku dengan wajah yang susah untuk diterangkan.
"Dah la langsung tak berterima kasih, pandang muka pun tidak!" ujar Minghao. "Kelakar lah kau ni!"
"Kalau aku jadi kau, dah lama aku kejar dia," ujarnya. Aku lantas ketawa. "Haih..bukan-bukan saja kau ni!"
Dia kemudian tersenyum. "Nampaknya harini mood kau dah berubah sikit.." ujarnya. Aku pun baru perasan kalau harini mood aku berubah.
"Oh.."
"Lagi bagus kalau kau setiap hari macam ni. Dari kau bersedih lebih baik kau cuba untuk sentiasa tersenyum macam harini.." "Baiklah, demi kau semua boleh.." Dia lantas ketawa.
Jadi selama ini aku hanya nampak seperti orang yang menyedihkan kerana aku menunggu akan kehadiran seseorang.
"Minghao, kau ada cuba untuk dapatkan maklumat apa-apa tentang dia?" Minghao lantas menggeleng. "Aku pun pernah cuba membuat panggilan dengan dia namun tidak terbalas," ujarnya sambil menyisip kopi di atas meja. "Kalau macam tu tak mengapalah.."
Minghao melihat wajahku dengan jarak yang dekat. "Eh, kenapa dengan kau ni?" Dia mengundurkan badannya semula. "Baru sahaja aku tegur tentang mood kau tadi, tiba-tiba kau nak ubah pula!" "Mood kau ke mood aku?" Aku dapat lihat riak wajahnya pula yang berubah, kelakar.
"Ingat aku suka ke tengok muka kau macam tu? Hodoh kau tahu tak?" ujarnya.
"Apa? Hodoh?!"
"Haah, hodoh! HAHAHA!!"
"Xu Minghao!!"Aku baru sahaja mahu kerjakan si Minghao, namun seseorang mengetuk pintu pejabat Minghao. "Masuk," Seorang perempuan datang menghampiri Minghao lalu dia membisikkan sesuatu ke telinganya.
Terlihat Minghao hanya mengangguk tanpa berkata. "Erm..Miwa maaf tapi sekarang ada tetamu penting nak masuk sini." "Oh!" Aku segera mengambil beg tangan aku dan juga jaket milikku. "Kalau macam tu aku pergi dulu! Jaga diri Minghao!" Hampir sahaja aku mahu membuka pintu hadapan, namun dihalang.
"Bukan pintu situ Miwa kalau nak keluar guna pintu belakang!" "Oh, maaf Minghao! Jaga diri!" "Kau pun!"
--
Jun POV
Pintu dibuka. Terpampang wajah Minghao di hadapan muka pintu tersebut. Dia memberikan isyarat kepadaku untuk masuk ke dalam.
-Tamat Bab 4-