Bab 20
"Li Miwa?"
Aku segera menoleh kepala aku ke arah suara itu. "Jun!" "Ya kenapa Miwa??" Bodoh mamat ni , kalau ya pun nak hilang bagitahu la awal-awal. "Kau pergi mana Jun?" Soal aku.
Dia menggarukan kepalanya. "Jalan-jalan.." ujarnya. "Jalan-jalan dengan apa? Kereta kau pun ada dekat rumah tu elok je aku tengok!" Dia ketawa. "Aku dengan Minghao jalan-jalan berdua tadi. Aku naik kereta Minghao."
Alasan.
Aku memandang ke arah Minghao yang dari tadi asyik mendiamkan diri. "Minghao, kau jaga elok-elok bocah ni. Dia dah besar pun kau kena jaga dia. Nanti kalau dia ada dengan kau roger dekat aku!"
"Ha ye lah. Yang kau datang sini cari Jun kenapa?" soal Minghao. "Haah, kenapa cari aku?" soal Jun. Alamak.
"Saja nak jumpa, aku bosan duduk rumah." Memang tak lah aku nak cakap yang aku nak bagi hadiah dekat Jun. "Ye la tu..." usik Minghao. "Diam ah kau. Dah aa single!" "Hello! Aku ada je banyak pompuan nak kat aku tapi aku reject!" "WANJAYH sombong buu!!!"
Dring!!
Telefon seseorang berdering. Telefon yang berdering tersebut merupakan milik Jun. Jun lantas mengangkat panggilan tersebut.
"Ya?"
Aku dan Minghao hanya melihat ke arah Jun.
"Oh..baiklah.." Jun menamatkan panggilan.
"Siapa tu Jun? Scandal ke?" soal aku. "Ish, tak ada lah.." Jun melihat ke arah Minghao. "Oh, ha! Miwa, jom tengok pejabat aku alang-alang kau dah ada dekat sini!" Minghao menolak tubuh aku. "Miwa, maaf tapi aku nak kena pergi suatu tempat." Ujar Jun. "Eh pergi mana?!"
"Jun!"
Dia berlari keluar dari bangunan tersebut. "Hao! Aku pergi naik bas tau!!" Jerit Jun. "Hati-hati!!" Ujar Minghao. Pahal ni? Apa dah terjadi?
--
Aku sudah tiba di pejabat Minghao. Apalah sangat pejabat dia ni. Biasa-biasa je aku tengok. Aku meneguk kopi yang disediakan tadi. Sedap juga kopi huhu.
"Minghao, kau rasa siapa telefon Jun tadi?" soal aku. "Tah, awek baru kot." "WOI!!" Minghao yang sedang membuat kerja lantas tersentak. "Rilek arr brok.." "Jangan menjerit please." "Hmph, boring lah kau ni patut lah tak ada siapa nak!" Dia memberi pandangan maut kepada aku. Takutnya kita. "Hao, Jun pergi mana naik bas?" soal aku. "Ada lah tu urusan apa-apa.." ujarnya.
Haih, risau lah aku dengan Jun ni makin lama makin pelik perangai dia. Agak-agak siapa yang telefon Jun tadi?
--
Jun POV
Setelah berjumpa dengan doktor, akhirnya aku akan hidup lebih gembira selepas ini. Gembira sebab aku tak sabar nak tengok Miwa dapat hadiah tu.
Dring!
Dring!"Jun, doktor tu telefon kau ke tadi?" soal Minghao.
"Hm! Minghao, aku kena pergi sana semula.."
"Kenapa?"
"Nanti kau rakam lah Miwa bila dia daat hadiah dia tu. Aku tak ada dekat situ dah nanti."
"Jun.."
"Kau kenapa pula Minghao?"
"Kau dah tak sakit kepala ke?" soalnya.
"Sakit tapi tak teruk pun. Terima kasih dah tolong aku semalam kalau tak aku tak tahu apa jadi"
"Kenapa cara cakap kau lain Jun?"
"Hm? Apa maksud kau Hao? Aku okay je lah!"
"Tunggu sana Jun, biar aku pergi dekat kau-"
"Tak payahlah Hao, aku dah nak sampai rumah dah.."
"Jun.."
"Aku letak panggilan dulu Hao, jangan lupa buat apa yang aku suruh!"
Tit!!
End Jun POV
--
"Siapa yang telefon kau tadi?" Minghao mengambil jaketnya dan pergi menuju ke arah pintu keluar. "Tolong jaga dia , jangan bagi dia keluar." Ujar Minghao kepada pekerjanya. "Baik.."
"Minghao!!" Aku cuba untuk mengejar dia namun aku ditahan oleh pekerjanya. "Hao!!"
--
Minghao telah tiba di rumah Jun. Dia lantas menerjah masuk rumah Jun. Dia risau apa yang terjadi kepada sahabatnya itu. Perasaan takut juga merasukinya.
"Junhui!" Minghao melijat Jun yang sedang mengemas beg miliknya. Minghao menarik Jun daripada mengemas beg tersebut. "Jun, doktor tu beritahu apa dekat kau?" soal Minghao dengan air mata yang turun membasahi wajahnya.
"Aku dah kata jangan risau tentang aku Hao.."
"KAU GILA KE?! MACAM MANA AKU TAK RISAU JUN?!" Minghao mengcekam baju bahagian leher milik Jun menggunakan kedua-dua belah tangannya. "Jun, tolong jujur dengan aku sekarang tentang apa yang doktor tu beritahu kau.."
Jun hanya mendiamkan dirinya. Saat itu hati Minghao berkecai. Sakit yang paling sakit dia pernah alami. Dia tak sanggup melihat sahabatnya ditimpa musibah bengini.
"Jun..kau biar betul?" Air mata yang tidak dapat ditahan lagi dilepaskan sekali gus. Minghao lantas memeluk erat tubuh kawannya itu.
"Kenapa semua benda ni jadi dekat kau Jun? Kenapa?" "Maafkan aku Minghao, aku tahu aku salah.." "Jangan minta maaf dengan aku. Bukan salah kau pun Jun. Aku cuma sedih.."
Hakikat yang susah untuk diterima oleh mereka berdua. Mereka berdua berharap untuk kekal lama selamanya namun harapan itu tidak dapat ditunaikan. Mereka berdua terpaksa berpisah.
"Jom Jun, aku bawa kau pergi sana.."
--
"Haish, elok lah dua orang ni. Masing-masing tak reti angkat telefon!!" Aku menunggu Minghao untuk pulang ke pejabatnya. Sekarang dah lewat. Matilah aku kena marah dengan ibu lagi.
Klik!
Aku segera menuju ke pintu tersebut. "Minghao!!" Minghao tidak memperdulikan aku. Dia lantas pergi ke tempat duduknya dengan wajahnya yang tertunduk. "Oi, kau pergi mana tadi?" soal aku.
"Kau nak balik pergilah balik Miwa.." ujarnya tiba-tiba. "Kenapa mood kau macam.." "Mak kau tak marah ke? Baliklah Miwa.." Aku tanpa banyak bercakap lantas bergerak mengambil beg tangan milik aku. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"Ha!" Aku menyuakan surat yang aku tulis untuk Jun itu kepada Minghao. "Nanti tolong bagi dekat Jun tau. Aku tak rasa aku nak jumpa dengan dia lepas ni sebab aku nampak dia tu sibuk semacam. Kau bagi dekat nanti tau? Bye!!" Aku keluar dari pejabat Minghao.
Aku ternampak Minghao menutup wajahnya sambil tertunduk. Penat sangat ke?
- Tamat Bab 20 -