Bab 18

15 5 4
                                    

Bab 18

Harini aku sedikit kepenatan sebab aku spend time dengan jantan tu semalam. "Huwarh!!" Aku menguap. Harini tak ramai pun pelanggan nak datang. Baik tutup saja kedai ni. Haih.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Tak silap aku bos ada cakap ada pekerja baru nak masuk sini. Lelaki pula tu, aku harap aku tak curang dengan Jun nanti.

Kling!

"Selamat da--"

Oh no..

"Apa khabar bidadari di sana?~"

Damn..

"Hai cantik, sorang-sorang kah?" Seorang jejaka kacak melangkah masuk ke dalam sambil bermain dengan rambutnya. Hensemnya dia. Jom kawen.

"Kau buat dekat sini?" soal aku.
"Aku kerja dekat sini la. Kau rasa?" ujar Jun.

Halamak, tak tenang la hidup aku macam ni kalau ada Jun dekat sini huwarggg! Okay focus!

"Ehem, kau tak ada kerja lain ke nak buat Jun? Asal kerja ni juga kau pilih?" Jun tersengih. Apa sengih sengih , tahulah comel ish. "Saja nak dekat dengan kau. Nanti kalau jauh takut kau curang dengan aku pula!" ujarnya. "Pala hotak kau! Aku setia okay!" (tapi boong).

"Kau kerja sebagai apa Jun?" soal aku. "Oh, aku kerja susun barang astu angkat barang je.." "PFTT--"

Bodoh juga bos aku ni, macam mana dia nak tarik pelanggan kalau--

Kling!

"Hai selamat datang! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Nampaknya aku dah tak ada job lepasni. Mamat tu excited lain macam. "Oh hahaha..tak mengapa biar saya cari sendiri.."

"HAHAHAHA!!" Aku ketawa. Padan muka beria je lebih dia ni. "Ko tunggu Miwa."

Jun lantas mengejar pelanggan tersebut.

"Adik manis tengah ambil gula-gula kah? Jangan ambil banyak-banyak takut nanti terlebih manis sampai abang meleyot~"

"Erk-"

Kling!

Pelanggan tadi lantas keluar dari kedai. Tak guna punya Jun. Patut tadi dia buat kerja dia senyap-senyap. Haih. Dia yang buat aku yang malu!

"Baik kau berhenti sebelum kau buat kedai ni jadi 'Kedai Lelaki Miang' ." "Aloo..tapi aku nak tarik pelanggan jadi banyak datang sini.."ujarnya sambil membuat muka sedih.

"Tarik pelanggan ke buang pelanggan? Dah aa ko!!"

Klingg!!
Klingg!!

Mulut aku terlompong selepas melihat ramai orang di hadapan pintu kedai. "Hehe..sebenarnya saya ajak orang terdekat datang. Ayat abang tadi buat jantung saya nak berhenti hehe.."

Oh well..

"HAHA!! KO TENGOK MIWA AKU DAH KATA!!"
"OKAY FINE!"

--

Nanti mesti gaji aku bertambah juga kalau ada Jun. HEHE..

Aku melihat Jun di sisi aku yang sedang makan aiskrim. "Patutlah perangai macam setan kau ni, makan pun berdiri." Ujar aku. "Kau suka menyetankan aku. Kau tu tak sedar diri ke?"

zzup!

Menusuk kalbu mat. "Rilek arr kau ni, dengki lah tu aku tarik lagi ramai pelanggan dari kau. HAHAHAHA!!" Aku nak je tepuk kepala mamat ni, tapi aku takut nanti dia balas balik.

"Miwa kau balik lah dulu, aku teringat sesuatu." Ujar Jun tiba-tiba. "Apa dia?" soal aku. "Aku nak pergi cuci gambar." "Oh.." Kami berdua berdiri kaku. "Tapi aku nak ikut." Ujar aku sambil menarik lengan bajunya. "Kau balik lah rehat dulu, tadi aku nampak kau menguap nak dekat 10 kali kau tahu tak?"

Halau nampak.

"Oh, kau dah ada yang baru. Faham."

"WOI!! HA LA JOM IKUT!!"

"YEAY!!"

--

Selepas beberapa minit kemudian..

"Wah!! Lawa juga gambar yang kau ambil ni Jun!!" Dia tersenyum. "Aku kan pro. Nanti aku bagi dekat kau." Ujarnya. "Aik, kenapa tak bagi sekarang Jun?" Soalku pelik.

"Ala..aku nak buat kejutan la Miwa. Khas untuk kau sorang tau!"

Lidah aku terkelu. Aku seakan faham apa yang dimaksudkan oleh dia.

"Miwa??"
"Ya?"

Aku lantas tersedar dari lamunan aku. Kenapa ayat dia macam dia akan tinggalkan aku suatu hari nanti? Aku takut kalau aku kehilangan dia.

"Miwa kenapa dengan kau?" soalnya sambil membongkok melihat wajah aku.

"LAH!! KENAPA KAU MENANGIS??!"

Aku menangis sebab kau la bodoh.

- Tamat Bab 18 -

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐋𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 || Wen Junhui - SEVENTEENWhere stories live. Discover now