Bab 6
"Miwa? Kau masih ada dekat situ lagi tak?"
"J-Jun.."
"APA?!""Miwa! Kau jumpa Jun?! Miwa jawab panggilan aku Miwa!!"
Ibu menghampiri ke arahku. Dia lantas menarik lenganku seakan dia tahu apa yang aku sedang lihat.
"Miwa-" Aku segera menarik lenganku. "Ibu.."
Wajah lelaki itu serupa dengan wajah lelaki yang aku tertunggu-tunggu. Lelaki itu tak lain dan tak bukan..
Wen Junhui.
Dia turut memandang aku dengan pandangan seperti sedang melihat sesuatu yang di luar jangkaannya. Apa yang dia buat di sini? Aku tahu dia berada di sini bukan untuk bertemu dengan aku. Ini semua hanya kebetulan.
"Miwa.."
Aku tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku lihat. Jun. Wen Junhui!
Dia dan aku berdiri menatap mata masing-masing tanpa berkata-kata. "Jun.." Turunnya air mataku yang mula membasahi wajahku. Aku tidak bermimpi bukan?
"Jun.."
"Kau .. Wen Junhui?" Dia diam tidak berkata lagi membuatkan hati aku terasa sakit. Sakit yang tidak terkata. "Mana kau menghilang, Wen Junhui?!"
"Li Miwa.."
Mendengarkan nama aku disebut membuatkan aku melepaskan segala kesedihan aku. Gila! Semua ini gila!
Dia kemudian bersuara, " Miwa, kau apa khabar?"
Semakin kuat aku menangis. "Aku rindukan kau, Wen Junhui!"
Sekarang aku tidak berhalusinasi. Lelaki tersebut benar-benar berada di hadapan aku. Lelaki yang telah lama aku menunggu akan kehadirannya.
Wen Junhui.
--
"Pst! Jun!" Jun menolehkan kepalanya ke arah Minghao yang duduk bersebelahan dengannya di sebuah restoran. "Apa?" soal Jun. Minghao lantas memuncungkan bibirnya lalu ditujukan ke arah aku yang tertunduk. Apa dia ingat aku tak nampak?
Jun mengangkat bahunya tanda tidak tahu mahu mengatakan sesuatu. Minghao lantas memijak kaki Jun dengan wajah biasa.
"Argh-" Jun mengadu kesakitan. "Makcik, Jun nak cakap sesuatu," riak wajah Jun lantas berubah selepas namanya disebut. "Cakaplah apa yang kamu nak cakap," Aku menantikan sesuatu yang ingin diucapkan olehnya.
Dia melihat aku dengan wajah yang bersalah. "M-Miwa..tentang hal itu.." Jun melihat ke arah Minghao namun Minghao langsung tidak mempedulikannya.
"Apa yang mahu kau beritahu, Jun?" soal aku kepadanya. "Ehem! Sebenarnya.." untuk kali yang kedua Jun melihat ke arah Minghao. Minghao memberi isyarat kepada Jun supaya dia ceritakan segalanya.
"Sebenarnya, aku dapat surat yang kau selalu bagi dekat aku tu. Aku sudah baca ke semua surat yang kau hantar Miwa. Jujur, aku tersentuh bila aku baca surat tu," Aku mengangkat wajah aku dari tertunduk.
"Aku rindu dekat kau Miwa. Cuma aku.." Kata-kata Jun tergantung. "Cuma kau apa, Wen Junhui?" Jun tidak dapat mengeluarkan ayat yang hendak dikatakan olehnya. Peluh mula membasahi dahinya.
"Dia menghilang sebab dia ada kerja dekat luar negara." Ujar Minghao. "Macam mana kau tahu?" "Sebenarnya, Jun selalu buat panggilan dengan aku. Aku tak beritahu kau sebab.."
"Sebab?"
Minghao dan Jun memandang wajah masing-masing membuatkan aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. "Sebab aku terlalu sibuk dekat luar. Maafkan aku Miwa, aku tak berniat nak buat kau tertunggu akan kehadiran aku.." ujar J
"Macam mana kau boleh baca surat yang aku bagi bila kau dekat luar?" Dia terdiam. Aku syak mereka ada sembunyikan sesuatu daripada aku. "Aku baca selepas balik dari sana dua hari lepas." Ujarnya. Aku hanya mengangguk tanda faham.
"Baiklah.."
Minghao tiba-tiba menepuk tangannya membuatkan kami bertiga melihat ke arahnya. "Nampaknya sekarang masing-masing dah saling memaafkan ke?" soalnya. "Hahaha! Jun makcik terkejut bila nampak kamu dekat kedai kasut tadi, tak sangka kamu la Jun rupa-rupanya," ujar ibuku sambil tersenyum ke arah Junhui.
"Tak ada lah makcik..tapi Jun minta maaf dekat makcik kalau buat makcik dengan Miwa lama tertunggu-tunggu dengan kehadiran Jun.."
"Tak mengapalah, makcik maafkan."
Jun melihat ke arahku sambil berkata, "Aku minta maaf sekali lagi kalau aku tidak membalas surat kau Miwa. Kau maafkan aku?"
- Tamat Bab 6 -