|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟏𝟗

13.2K 772 88
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

"Abang Rael, macam mana Hayyes boleh jadi macam tu? I meant lepas je dia pengsan dekat mall semalam dia terus berubah 90 darjah! Darya hampir-hampir ingat Darya dah gila tau." Soal Darya yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi pada suaminya.

Kadang-kadang jadi Kash la lepas tu kerja habiskan duit saja, semata-mata untuk dia pergi membeli-belah.

Sekarang jadi Arisha pula, asyik menggedik dan selalu bercerita pasal jejaka idamannya tak lain tak bukan si Aisy.

Afrael menggariskan senyuman nipis. Lalu matanya dilirikkan ke arah tiga orang lelaki yang sedang bermain kejar berkejaran di hadapan pagar masuk utama funfair itu.

"Hoi! Tak guna kau khunsa! Kau cabul aku ke nyah?!" Jerit Hazael dengan geram apabila punggungnya di sepak dengan kuat oleh Arisha.

"Arisha, anta tak tau ke perbuatan anta haram sama sekali? Ini semua bisikan syaitan!" Ucap Eskel pula seraya dia melindungi si Hazael yang menyorok di belakangnya.

"Euw! Bila masa pula aku cabul kau! Tak hingin la aku. Aku ada type, kalau aku like, aku like kalau tak aku swipe!" Bidas Arisha pula lalu dia terus masuk ke dalam kawasan funfair.

Afrael melepaskan sebuah keluhan kecil sebelum menatap kembali wajah gadis di sebelahnya.

"Hayyes sebenarnya ada DID, iaitu Dissociative identity disorder. That means Hayyes ada lebih dari dua personality dalam badan dia. Macam yang Darya nampak sekarang ni."

"Tapi tak silap abang, semua personality Hayyes dah lama tak keluar. Itu pun about four years ago. Tapi tak sangka pula dia orang boleh keluar balik." Sambungnya lagi kemudian sebuah keluhan kecil dilepaskan sebelum tangannya mula mengurut pelipis kepalanya.

Darya mengerutkan dahinya.

Hayyes ada DID?

"Macam mana abang tahu Hayyes ada DID? Abang Rael dah lama kenal Hayyes ke?" Soal Darya lagi seraya tangannya ligat ingin membuka kulit plastic lollipop chupa chup berperisa strawberry itu.

Afrael mengeluarkan spek mata hitam miliknya dari poket hoodie. Kemudian spek mata didaratkan kemas di atas batang hidung mancung miliknya.

Tangannya disilangkan di dada sebelum membalas pertanyaan si gadis.

"Sebenarnya abang ngan Hayyes dul-"

"YAYAAAAA!" Jerit Eskel yang sedang berlari ke anak-anakan ke arah Darya.

Setelah sampai sahaja Eskel di hadapan gadis itu. Dia mula tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Jom la masuk! Abang Es nak main roller coaster ngan Yaya, pastu kita beli cottoncandy bentuk hamster banyak-banyak." Ajak Eskel seperti seorang budak 5 tahun yang ingin meminta sesuatu dari ibunya.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now