" Penjenayah bergelar 'Jun' berjaya melepaskan diri. Polis masih dalam pencarian, segala pertolongan dalam pencarian ini amat diperlukan. Diminta semua orang berjaga jaga dari penjenayah berbahaya ini dan— ""Pfft. What a pity ? " kata lelaki itu lalu smirk. Telefon dimasukkan ke dalam saku seluarnya.
Akhirnya dia melangkah kaki keluar dari airport. Matanya memandang sekeliling, bagi dia dirinya sudah pun 'bebas'.
Matanya memerhati sosok tubuh seseorang berpakaian serba hitam. Bibirnya tersenyum kecil lalu pergi ke orang itu.
"Ey bro, long time no see ! How's your Australia 'holiday' ?"
"So far so good, banyak untung." balasnya.
"Aku dengar kau masuk dalam , ni macam mana boleh keluar ?"
"Danny Danny, kau mesti tahu cara aku. Lagipun bosan lah dalam prison tu." katanya lalu gelak kecil.
Lelaki yang bernama Danny itu mengangguk faham . Lantas dia membuka pintu kereta lalu membawa beg bagasi ke dalam.
"Ji , kau pergi lah masuk." ujarnya kepada lelaki itu.
"Hm."
—
Setibanya di apartment.
"Kau tinggal sini dulu buat sementara aku handle rumah kau." kata Danny lalu membuka pintu bilik tetamu dan meletakkan beg bagasi di tepi dinding.
"So ni apartment kau lah ya. Cool!" balas lelaki itu teruja sambil mebaringkan dirinya pada sofa.
Danny keluar lalu mencapai satu tin coke di atas meja lalu menghulurkan kepada lelaki itu. Dia menghela nafas lalu duduk di sebelahnya.
"Thanks, but dude wine tak ada ke ? Takkan sambut kedatangan aku dengan coke kot..."
Danny tersenyum senget. Dia sudah agak lelaki itu mahukan wine.
"Park Jihoon, kau dengan wine kau berpisah tiada ya? Malam lah, sekarang tak syok."
Lelaki bernama Jihoon itu ketawa memandang Danny.
"Fine."
"Oh ya , aku ada sediakan kau motorbike kalau kau nak keluar or whatever lah." ujar Danny.
"Cool ! Memang aku nak keluar pun malam ni, pusing pusing bandar."
Jihoon membuka penutup tin coke itu tadi lalu meminumnya.///
"Yah tunggu aku lah Ara !"
Gadis itu berlari anak keluar dari pintu kolej sambil menarik beg bagasi menuju ke arah Ara.
"Cepat lah pendek !" kata gadis bernama Ara, dia mengeluh lalu merampas beg bagasi dari tangan gadis itu.
"Biar aku bawakkan jelah."
"Okey !" kata gadis itu lalu memberikan senyuman manis kepada Ara.
Langsung mereka berdua pun berjalan menuju ke cafe berdekatan kolej itu. Kali ini mereka bercuti panjang sebelum menamatkan pengajian.
"Kau nak order apa apa tak ?" soal Ara kepada gadis itu yang baru sahaja melabuhkan dirinya.
"Americano." balasnya ringkas.
"Okey."
Gadis itu mengambil telefonnya lalu membuka beberapa mesej. Ianya dari Darren, boyfriend nya.
Yeojin menghembuskan nafas berat. Sejak kebelakangan ini, sifat pemuda itu lain baginya. Atau dia mulai bosan dengan Yeojin ? Tiada siapa yang tahu."Nah americano kau. Kita terus gerak balik, abang aku dah sampai."
———
"Thanks Araaa!" balas Yeojin lalu melambai tangannya.
Yeojin mengetuk pintu beberapa kali. Akhirnya pintu dibuka, terpampar sosok tubuh seseorang.
"Mamaaaa ~ rindunyaaa!"
Gadis itu lantas memeluk ibunya erat.
"Mama rindu Yeojin juga, mari masuk." pelawa ibunya.
"Papa kerja eh ?" soal Yeojin sambil menarik beg bagasinya ke dalam. Dia meletakkan beg itu ke tepi langsung duduk di sofa.
"Ya, ni kamu cuti lama ke ?"
Gadis itu mengangguk lalu berkata, "Lama lah juga dalam 2 bulan lebih macam tu, so boleh lah Yeojin spend time lama dengan mama kesayangan ni~" katanya sambil memeluk ibunya erat.
"Kamu pergilah bersihkan diri dulu, bilik semua mama dah kemas. Rehat lah ya." ucap ibu sambil mengusap perlahan rambut gadis itu.
⚘