"Okey aku dah dapat !"
Jihoon yang sedang sibuk menghisap rokok nya lantas merampas komputer itu dari Danny. Dia membaca apa yang tertera di skrin.
"19 tahun, belajar di sebuah universiti, anak tunggal,..."
"daddy issues ?"
"interesting , dude." ujar lelaki itu. Lantas dia membuang puntung rokok ke luar tingkap.
———
Pintu dibuka, lelaki itu masuk. Kelihatan Yeojin baring di atas sofa dengan televisyen yang terbuka.
Jihoon mengukir senyuman. Dia lantas menjenguk gadis itu.
"Lah tidur rupanya budak ni ?"
Lelaki itu mencapai remote lalu menutup televisyen. Jam di dinding dipandang, pukul 9:50 malam. Entah macam mana lah gadis itu boleh terlelap.
Dia lantas menarik badan gadis itu lalu mendukungnya pergi ke arah bilik. Yeojin dibaringkan ke atas katil, selimut ditarik menutupi badannya.
Anak rambut diselit ke belakang telinga. Jihoon tersenyum kecil, "Good night, budak kecil."
Tiba tiba matanya tertumpu pada telefon di atas meja kecil bersebelahan katil itu. Dia mencapai telefon lalu menghembus nafas lega.
Dia mengerutkan dahi setelah melihat beberapa notis miss called pada skrin telefon itu.
"Pakcik Ji ? Sejak bila dia tukar— sokey Hoon, dia masih anggap kau pakcik sedangkan umur jauh beza 6 tahun je."
Dia memandang wajah Yeojin lalu meletakkan telefon itu kembali di tempat asal.
"Sorry budak." katanya sebelum keluar dari bilik.
Lelaki itu naik ke tingkat atas lalu ke ruang balkoni. Jihoon mengeluarkan kotak rokok dari jaket miliknya, sebatang rokok diambil lalu letak di mulut. Lighter diambil lalu menghidupkan api kecil pada hujung rokok.
Satu perkara terlintas dalam fikirannya, tentang Yeojin.
Bagaimana dia boleh lari dari rumah ? Atau dia kena halau ?
Lelaki itu masih tidak faham dengan apa yang berlaku pada gadis itu.
Dia masih berdiam dan tidak mahu berkata apa apa, itu yang membuatkan Jihoon curious hingga sekarang.
Tapi dengan apa yang dibaca tadi, mungkin ada berkait dengan daddy issues. Bukan mungkin tapi ya. Atau Yeojin juga ada masalah lain?
Asap rokok dihembus keluar. 3 jam sahaja lagi tinggal sebelum dia memulakan operasi.
—
Jihoon menyarungkan jaket pada badannya. Pistol dessert eagle kegemarannya dimasukkan ke dalam jaket. Dia mencapai helmet lalu menyarungkannya. Enjin motor dihidupkan, dia memecut laju motornya keluar pergi ke suatu tempat.
Bank, kerja gila bukan ?
Dia memarkir motor dalam sebuah lorong berdekatan bank itu lalu memakai mask muka berwarna hitam. Tidak lama kemudian dia berlari anak masuk ke dalam bank itu. Matanya melilau mencari sesuatu.
"Good, polis hilang." bisik hati lelaki itu.
Dia lantas menuju ke dalam suatu bilik, kotak wayar elektrik dibuka.
Jihoon menarik nafas berat lalu menghembusnya.
Beberapa wayar ditarik oleh nya lalu semua menjadi gelap. Black out.
Kedengaran beberapa jeritan dari luar. Jihoon tersenyum senget lalu memakai night vision google , dia lantas keluar dari situ.
Pintu bilik kebal dibuka olehnya, Jihoon lantas mengeluarkan beg hitam lalu memasukkan sejumlah duit yang mampu. Setelah selesai dia keluar dari situ, kedengaran bunyi siren polis datang , lelaki itu lari keluar ke pintu belakang.
"Shit." katanya lalu menghembus nafas lega.
Dia kemudian berlari anak ke arah motor kepunyaannya lantas menghidupkan enjin lalu memecutnya laju pergi dari situ.
"Kerja bodoh dasar Park Jihoon." bisik hatinya lalu dia ketawa kecil.
$
