Yeojin terbangun dari lenanya. Dia menggosok mata beberapa kali lalu mencapai telefonnya.
Tepat jam 7 pagi.
Gadis itu turun dari katil lalu keluar dari biliknya. Dia berjalan ke dapur lantas mencapai satu botol kaca berisi air kosong. Gelas dicapai lalu menuang air itu.
Lalu diminum nya perlahan lahan.
"Morning."
Yeojin tersedak. Dia menepuk dadanya beberapa kali lalu mencari tuan punya suara itu.
Jihoon.
Lelaki itu sedang duduk di kerusi meja makan sambil bermain telefonnya.
"Budak kecil , nanti jaga rumah , aku nak keluar."
Yeojin hanya mengangguk lalu membasuh gelasnya itu tadi.
"Duduk sini kejap." ujar Jihoon sambil menarik kerusi di sebelahnya itu.
Yeojin yang sudah selesai membasuh lantas duduk di sebelah lelaki itu. Dia memandang lelaki itu dengan bertanya tanya.
"Kenapa ?" gadis itu bersuara.
Jihoon lantas menutup telefonnya lalu memandang tepat pada anak mata gadis itu.
"Boleh kau bagitahu aku , siapa lelaki semalam tu ?"
Yeojin menelan air liur. Dahinya berkerut lalu membalas, "Darren, ex boyfriend saya." lalu wajahnya menunduk.
"Oh i see. Tak layak jantan tu untuk kau. Aku tengok dia pun dah boleh agak, kau deserve lelaki better daripada dia."
Yeojin mengangguk perlahan. Ada betul juga kata lelaki itu.
"Hei, budak kecil..." Jihoon meraih dagu gadis itu lalu mendongaknya supaya dia menatapnya.
"Kalau kau ada masalah cerita pada aku, mana tahu aku boleh selesaikan." ujarnya.
Yeojin mengangguk lalu tersenyum kecil.
"Okeylah, aku gerak dulu. Apa apa call, aku dah save nombor aku dalam telefon kau so senang lah nanti." katanya lalu pergi meninggalkan Yeojin disitu.
Tidak lama kemudian bunyi enjin kereta kedengaran keluar dari perkarangan rumah. Gadis itu langsung bangun dari labuhan masuk ke dalam biliknya. Matanya membulat saat melihat sehelai kemeja berwarna hitam beserta seluar di atas katilnya.
"Baiknya lah hati pakcik ni." katanya lalu mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
-----
Jihoon yang sedang rancak berbual dengan rakannya Danny itu langsung terhenti apabila telefonnya berdering. Lelaki itu lantas mencapai telefon lalu melihat paparan nama,
Yeojin bocil ⌑
Senyuman kecil terukir, lantas dia menjawab.
" ya budak kecil kenapa call aku ?"
" barang pakcik sampai ni ."
" eoh ? oh- itu untuk kau, bukalah nanti."
" hah?"
Jihoon mengeluh, apa yang blur sangat budak ni.
" tengok lah sendiri, okeylah aku off call. Jaga diri, duduk diam dalam rumah tu, kalau ada apa apa call." kata Jihoon lalu mematikan panggilan.
Dia memandang Danny dihadapannya yang merenung dirinya dari tadi.
"Kau kenapa ? "
Rakannya itu mengukir senyuman.
"Siapa tu ? Kau ada 'simpan' perempuan dalam rumah lagi ke ?" soalnya sambil mengangkat kening.
"Kepala kau, tu dulu eh bukan sekarang."
Danny tertawa.
"Okey so siapa dia?"
Jihoon mengeluh, "budak yang aku minta kau cari maklumat tentang dia tu lah."
Danny mengangguk, baru dia faham.
"Dude , apa hal ek kau beria nak aku cari maklumat fasal budak tu. Like— bro who's she ?"
Jihoon mencapai segelas wine kepunyaan nya itu lalu meneguknya, "Idk lah , rasa macam nak tolong dia."
"Huh ? For what ?"
"Eih kau pula yang blur, aku hempuk kepala kau kang. Cuba kau cari dulu apa yang aku nak, dengan tu baru kita boleh tahu." balasnya.
Danny mengangguk faham lalu mengeluarkan komputer peribadi nya , lantas membuka beberapa laman web.
