Yeojin terbangun dari tidur lenanya, dia langsung mendudukkan dirinya lalu melihat ke arah jam.
3.00 pagi.
Gadis itu membetulkan rambutnya lalu mencapai telefon di atas meja bersebelahan katilnya.
Dia mengeluh.
Sudah dua hari tiada khabar dari Darren. Apa jangan jangan...
"Tak mungkin lah..." dia menggeleng kepala beberapa kali. Lantas dia membuka chat lalu menghantar beberapa mesej.
"Finally."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pelik... bisik hati gadis itu.
Yeojin lantas menutup telefonnya. Dia membangunkan diri lalu membuka tingkap untuk menghirup udara luar.
Nyaman.
Tiba tiba kedengaran bunyi motor yang dibawa laju. Dia mengangkat kening, secara tiba tiba sahaja ia berlaku. Atau ia cuma bayangan Yeojin kerana dirinya terlalu penat?
Dia mengeluh lalu menutup semula tingkap itu sebaik sahaja mendengar bunyi enjin motor.
———
Yeojin membetulkan rambut dengan jari jemari perlahan lahan sambil bernyanyi kecil. Dia kelihatan ceria hari ini.
Kedengaran telefon berdering, dia mencapai lantas menjawab panggilan itu.
Darren.
"Hello sayang~ I baru gerak ni, lagi 10 minit sampai. You tunggu depan rumah tau."
"Okay Dar. I baru siap ni."
"Good! I off call tau, love you."
"Love you moreee!" balas gadis itu. Dia memasukkan telefonnya ke dalam beg tangan miliknya.
Gadis itu berjalan keluar dari biliknya. Ibunya langsung menyapa melihat satu satu anak gadisnya berpakaian kemas itu.
"Kamu nak keluar ke ? Dengan siapa?" soal ibu.
"Hehe ya mama. Yeojin nak keluar dinner dengan kawan..." dia senyum kecil.
"Perempuan ke lelaki ? Jangan balik lewat ya."
"Ehm- lelaki... Jangan risau ma, Yeojin dah lama kenal dia, dia baik."
"Iyalah. Hati hati."
Yeojin hanya membalas dengan senyuman. Dia menyarungkan kasut lalu keluar dari pintu.
Ponn Pon!
Darren sampai.
Yeojin berlari anak ke arah kereta milik lelaki itu. Darren senyum manis melihat kekasihnya itu lalu membuka pintu kereta.
"Silakan masuk, tuan puteri."
//
"Thanks for today Dar. Ada lah juga sikit masa spend time dengan you. Kalau tak memanjang je sibuk dengan kerja." kata Yeojin sambil membuka seat belt itu.
Darren meraih tangan gadis itu lalu menggenggam nya erat, "Sorry lah sayang. I janji lepas ni kita spend time lebih lama ya."
Yeojin memandang wajah kekasihnya itu.
"Janji ?"
Darren mengangguk.
"Okey! I masuk rumah dulu lah dah lewat ni. Hati hati drive tau you. Jangan ingat nak cepat je."
Lelaki itu tertawa, "Hahah, okey okey sayang. Love you ~" balasnya lalu mengucup tangan Yeojin perlahan.
"Darrr?- i keluar dulu, okey, love you." ucap Yeojin sepatah demi sepatah perkataan lalu keluar. Dia menutup pintu kereta lalu melambai Darren dari luar.
Gadis itu berlari anak masuk ke dalam perkarangan rumah. Dia laju menanggalkan kasut lalu membuka pintu perlahan lahan.
"Lewat balik?" satu suara kedengaran. Yeojin menelan air liurnya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam.
Damn, habislah aku.
"Kau keluar dengan siapa ?"
"Kawan , pa." balasnya lalu memberanikan diri memandang ayahnya yang berada ni meja makan.
"Kawan? Sampai macam tu sekali ? Cuba kau lihat jam, sekarang sudah pukul 1 pagi bukan ?"
...
Gadis itu mendiamkan diri.
"Sorry pa... Yeojin se—"
"Berapa kali lagi kau nak malukan keluarga ni ? Tak cukup cukup lagi selama ni ? Aku dah cukup sabar dengan kau Yeojin..."
"...keluar dengan lelaki lagi. Kalau apa apa jadi macam mana ? Kau tu perempuan."
"...aku tegur sebab aku nak kau berubah. Tapi, haih."
"...aku kecewa dengan kau. Sangat kecewa."
Air mata jatuh. Yeojin mengelap pipinya.
"Papa memang percaya mulut orang dari mulut anak sendiri ya... Tak apalah, Yeojin dah biasa. Dari dulu macam ni, tiada siapa pun backup Yeojin."
"Yeojin penat lah."
Gadis itu mengeluh. Dia membuka pintu lalu keluar semula dari rumah itu, dia sudah tidak tahan lagi.