09

137 19 1
                                        

Yeojin sibuk bermain game dalam telefonnya, tiba tiba satu notifikasi masuk. Ianya dari Jihoon.

"Aigoo , lama lama jadi bosan lah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Aigoo , lama lama jadi bosan lah. Nak keluar ambil angin pun tak boleh, haih." keluh Yeojin.

Dia berjalan ke dapur lalu mencapai kotak cereal . Peti ais dibuka lalu mencapai susu, matanya terlopong saat melihat beberapa botol jenis minuman beralkohol.

"Lah minum rupanya..."

Tanpa melengahkan masa, gadis itu menuangkan cereal ke dalam mangkuk lalu menuang susu.

Dia menyuap beberapa sudu lalu meletak mangkuk itu ketepi.

Tiba tiba satu idea terlintas difikiran. Dia lantas bangun berlari anak menaiki tangga ke tingkat atas.

"Wah!" ucapnya kagum dengan melihat design disitu.

Yeojin kemudian membuka pintu balkoni, dia menghirup udara luar. Nyaman. Senyuman manis terukir dibibir, dia berasa tenang berada di situ.

"Eh- aku main naik je tingkat ni. Tapi kenapa aura kat sini lain eh?" gumamnya. Dia memusingkan badan semula. Ada kira kira 3 bilik di tingkat atas.

Dia berjalan perlahan ke bilik berdekatan balkoni. Entah kenapa, aura lain dirasa olehnya.

"Tak apa Yeojin, dia takkan tahu kalau kau tak buka mulut."

Perlahan lahan gadis itu membuka pintu bilik seluas luasnya. Matanya membulat melihat ruang bilik itu.

Dia melangkah kaki masuk ke dalam. Mulut terlopong melihat sepucuk pistol di atas meja beserta beberapa alat yang tidak diketahui nya.

Yeojin melihat satu persatu objek di dalam bilik itu, tiba tiba matanya terhenti seketika saat melihat satu beg hitam di atas meja berdekatan tingkap.

Entah kenapa, kakinya lantas menuju ke situ. Gadis itu membuka zip beg itu perlahan lahan. Dia menelan air liur.

"Apa ni ?" soalnya keliru.

Di dalam beg itu terdapat banyak paket plastik berisi serbuk putih. Akhirnya dia terfikir sesuatu.

"Drug—?" langsung Yeojin menjauhkan dirinya. Kedua belah tangan nya tiba tiba bergetar.

Siapa Jihoon sebenarnya ? Satu soalan bermain difikiran.

Tiba tiba matanya tertumpu pada satu kertas yang dipinkan pada dinding. Jantungnya bagaikan terhenti membaca artikel yang ditulis pada kertas itu.

"Jadi selama ni...aku tinggal dengan seorang penjenayah ?"

" Ya."

Itu suara Jihoon.

Yeojin terdiam, dia dengan perlahan lahan memandang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya itu.

"Maaf, selama ni aku tipu kau." Jihoon berhenti betul betul berhadapan gadis itu.

"Saya...tak faham..."

"Aku lah yang lari dari prison dua tahun lepas, aku Park Jihoon, lebih kenal sebagai Jun. Ya , aku penjenayah." 

Yeojin tergumam mendengar kebenaran dari mulut Jihoon itu sendiri. Anak matanya tidak beralih memandang lelaki itu.

"Jadi... apa semua ni.."

"Mungkin kau tak kenal aku, budak. Aku bunuh orang, merompak, mencuri dan ya seperti yang kau lihat aku jual dadah. Tapi jangan risau aku tak akan apa apakan kau , Yeojin. "

Yeojin terkaku. Gadis itu tidak mampu berkata apa apa. Dia perlahan lahan mengundur dirinya untuk menjauhi lelaki itu .

Semakin lama semakin jauh jarak mereka berdua, Jihoon yang perasan akan hal itu langsung menarik Yeojin ke dakapannya lalu memeluk gadis itu erat.

" jangan tinggalkan aku."

Yeojin diam. Dahinya berkerut. Entah kenapa dia berasa selamat dalam dakapan Jihoon ?

JailBreak | pjh Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang