"Hei ,budak kecil." sapa lelaki itu sebaik melihat kelibat Yeojin yang baru keluar dari bilik.
Tiada jawapan.
Oh- dia sedang bergayut dengan telefon.
"Ya mama , Yeojin baik baik je ni. Tak perlu risaulah, Yeojin kan dah besar."
Jihoon yang mencuri dengar perbualan Yeojin itu mengangkat kening. Besar apanya, dia naik basikal pun tak pandai.
"Okey okey, ya Yeojin jaga diri. Mama tu jaga diri betul betul." dan gadis itu pun menamatkan panggilan. Dia mengeluh perlahan lalu duduk di hadapan Jihoon yang sedang syok menikmati ramen nya.
"Kau okey tak ni ? " satu soalan ditujukan ke arah gadis itu dan membuat nya mengeluh.
Yeojin memandang Jihoon lalu memberikan lelaki itu sebuah senyuman, "saya okey,".
"Heh jangan nak cuba tipu aku lah budak , cara kau senyum pun tak ikhlas."
Yeojin mengeluh, "habistu nak suruh saya buat apa? melutut depan awak?"
Jihoon tergelak.
"Hahaha, apa kau merepek ni ? " katanya lalu menghirup kuah ramen perlahan.
"Saya tahu lah pakcik ni sebenarnya lonely, sebab tu lah pakcik sibuk nak tahu semua. Busy body ."
"PFFTT-" lelaki itu tersembur, nasib baiklah kuah ramen dimulutnya itu selamat masuk ke mangkuk nya semula.
Pengotor.
"Apa kau kata budak— hei, aku busybody macam ni lah sebab nak tolong kau tahu ? kau tu je yang tak reti nak bersyukur. nasib aku sayang kau tahu, kalau tak dah lama makan penumbuk budak ni. " bebelnya lalu memberikan jelingan tajam pada Yeojin.
Dia hanya tersengih, " heheh- oh ya... Ji, boleh saya tanya satu soalan ?"
"Apa dia ?"
"Macam mana awak boleh terjebak dengan benda ni? Em- maksud saya awak still buat 'kerja' itu ini, sedangkan awak dah senang-"
"....maaflah kalau benda ni singgungkan perasaan awak tapi—"
"Aku buat semua ni untuk kepuasan. Walaupun kadangkala tak bebas, but I still enjoy at whatever i do. "
Mulut Yeojin ternganga, cepat cepat ditutupnya semula saat perasan akan mata Jihoon melirik ke arahnya.
" lagipun, aku buat semua ni sebab nak hilangkan kisah pahit dalam hidup aku. rupanya tidak, aku masih sama. suka lari dari masalah. aku pun pernah rasa benda yang terjadi pada kau dekat diri aku sendiri, so tak pelik bagi aku. "
" dengan lakukan semua kerja kotor ni, aku rasa lebih bahagia. walaupun tiada siapa yang hargai aku, atleast aku ada kawan aku yang selalu tolong aku dengan kerja gila ni. keluar masuk dalam banyak kali pun, tak ada apa yang berubah. sama sahaja. aku still takkan ubah pendirian aku, bukan senang nak jadi criminal macam ni . tapi seronok tahu? bila aku korban kan nyawa seseorang, benda tu diibaratkan macam aku putuskan urat manusia yang pernah rosakkan hidup aku. "
Mamat ni... psycho ke? monolog Yeojin.
" aku akan terus buat kerja ni sehingga aku rasa betul betul dihargai oleh seseorang . "
" kau patut bersyukur budak, masih ada orang yang sayangkan kau kat dunia ni. jadi, aku rasa dah tiba masanya kau balik ke pangkuan yang sebenar. bukan aku. aku tak nak suatu hari nanti aku sakitkan kau sebab benda ni. It's time to go home, Yeojinnie. "
"Tapi saya taknak. Saya selesa dengan pakcik... you know, awak orang pertama yang dengar masalah saya. saya selesa bercakap dengan awak, walaupun kadangkala awak ni pelik. Awak pun sendiri kata yang awak taknak saya tinggal kan awak , bukan? "
Jihoon melepaskan keluhan berat. Kepalanya tertunduk, dia memandang ke arah bawah.
" tapi kita takkan boleh bersama. aku lain, kau lain. "
"tolonglah , saya dah anggap awak seperti abang saya. saya mahukan seseorang yang boleh lindungi saya... tolong jangan paksa saya pergi ."
" walaupun terpaksa sakiti kau? sudahlah Yeojin, masa depan kau masih cerah. tolonglah, jangan buat kerja gila. "
" jihoon, saya kenal awak dah lebih satu bulan . saya selamat dengan awak..."
" even satu hari nanti aku masuk jail ? "
"then we can make it into a jailbreak."