Jihoon yang baru sahaja sampai di atas bukit itu bergegas lari ke arah Yeojin yang sibuk melihat langit.
"Yah, sorry aku lambat. Nah, jagung bakar kau. Kau suka kan ? "
"Wait- how ? Awak stalk saya ke—"
"Suka hati aku lah, kalau ya pun kenapa? " balas Jihoon lalu merebahkan dirinya di sebelah Yeojin.
"Awak tak nak ?" pelawa gadis itu sambil menghulur jagung bakar pada Jihoon.
"Kau makan jelah. Banyak bunyi betul, aku sumbat benda tu dalam mulut kau kang. "
Yeojin terdiam. Dia pun menikmati jagung itu tanpa menghiraukan lelaki itu.
"Sedap ? "
"Hm."
"Eleh, takkan merajuk kot."
"Mana ada. "
"Ya ya je kau ..."
"Iya, pakcik. " jagung dimasukkan ke dalam plastik lalu diletakkan ketepi.
Gadis itu menghela nafas lalu memandang Jihoon, " nice tempat ni, awak suka lepak sini ke ?"
"Dulu lah, sekarang jarang lah aku datang sini. Banyak benda aku luah dekat sini , kau kalau ada masalah nak cerita , cerita lah. " ujarnya lalu membaringkan diri di atas rumput. Baru berbinar binar matanya melihat bintang.
Yeojin yang melihat gerak geri Jihoon itu hanya mengikut nya.
"Entah lah, Ji. Saya rasa macam hilang semua masalah bila saya dengan awak. Saya tenang berada dengan awak, Ji. "
Jihoon terkekeh lalu memandang Yeojin , "serius ? Aku dah kata, aku boleh treat kau better daripada orang lain. "
Yeojin tersenyum. Dia makin bertambah ceria melihat bintang bintang di langit pada malam ini.
" Cantik, kan ? " soal Jihoon sambil merenung ke arah anak mata Yeojin.
"Sangat. "
" Ji. "
" Hm? "
" Janji dengan saya, jangan tinggalkan saya , boleh? " Yeojin memandang terus ke arah Jihoon.
"Aku janji. Selagi aku ada di sisi kau, selagi tu lah aku takkan tinggalkan kau. "
"Thanks, Ji! "
Yeojin langsung memeluk Jihoon erat. Jihoon yang tersadar itu lantas menarik Yeojin ke dalam dakapannya. Rambut gadis itu dihidu lalu mengusap bahunya beberapa kali.
" my pleasure , baby girl."
———
Yeojin yang baru sahaja keluar dari bilik air itu langsung melabuhkan punggung pada kerusi berhadapan meja solek. Rambut nya dikeringkan menggunakan hair dryer.
Tiba tiba dia teringat akan sesuatu, lantas telefon dicapai.
Mulutnya terlopong saat membaca artikel yang di kongsi oleh rakan kolejnya.
"T-tak mungkin... Macam mana... "
"Takkan dia mati? Tak mungkin lah..."
Yeojin tanpa ragu-ragu lantas keluar dari biliknya sambil membawa telefon, dia berdiri di hadapan Jihoon yang sibuk bermain dengan telefon nya.
"Yah budak, kau kenapa n—"
"Awak ada apa apa kaitan dengan benda ni ke ?" soal Yeojin sambil menunjukkan artikel itu di hadapan mata Jihoon.
"Yaaa— ex kau mati ? Wait what— seriuslah ? "
"Awak ada kaitan ke dengan semua ni?"
"Nah, buat apa. But, he deserve it. "
Yeojin masih tidak percaya akan khabar kematian Darren itu langsung menyubit pipinya. Bukan mimpi lah?
Gila, mati dalam kebakaran kereta? monolog nya.
"Ehem. Kau sebenarnya nak goda aku ke ? "
Yeojin mengalihkan telefon, memandang Jihoon , "apa ?"
" kau nak goda aku ya ?" Jihoon membangunkan dirinya mendekati Yeojin.
"Mana a—" ayat Yeojin terputus, bibir bawah digigit. Dia baru perasan , dia masih dalam pakaian bathrobe .
Shit, apa bodoh sangat kau ni Yeojin.
Tanpa melengahkan masa, gadis itu berlari memasuki biliknya meninggalkan Jihoon.
Lelaki itu tersenyum sinis. Kepala digelengkan beberapa kali.
