Jihoon mengetuk pintu bilik Yeojin beberapa kali, " yah budak, kau buat apa lama betul dalam tu ? Tak nak keluar ke ? "
Tiada jawapan.
Lelaki itu sambung mengetuk pintu lagi, " kau okey tak ? "
Makin lama makin risau dibuatnya. Tanpa membuang masa, lelaki itu pun membuka pintu tersebut.
Matanya membulat, alangkah terkejutnya dia melihat Yeojin terlantar di lantai.
" Yeojin ah?!"
" Eh bangun weh, jangan main main dengan aku," katanya lalu menepuk pipi gadis itu berkali kali.
"Aigoo! Jangan tinggalkan aku, aku nak kenal kau dengan lebih dalam lagi."
Jihoon mengeluh, lalu dia memapah tubuh gadis itu keluar.
———————
"Ji-jihoon ? ..."
Jihoon yang dari tadi rasa bersalah itu langsung memandang Yeojin. Dia menghembus nafas lega. Syukur, gadis itu sudah sedar .
"Ya, kau kat hospital ni."
"Hah ? "
"Kau pengsan petang tadi ? Doktor kata kau stres sangat... yah Yeojin , kau kenapa ni ? ada masalah bagitahu aku lah. Jangan nak diam je, aku ada kan? "
" aku tak nak kau sakit bila kau pendam benda tu lama lama. tolong lah , aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang lagi. "
Yeojin terkedu, dia memandang Jihoon, lelaki itu menundukkan pandangan.
"Maaf. "
"Hm, "
"Sorry lah. Saya cuma tak nak susahkan awak, awak kan dah banyak tolong saya. "
" tu tak ada kena mengena dengan masalah sekarang ni. "
Melihat riak wajah lelaki itu berubah, Yeojin terdiam.
" aku tak tahu apa yang kau lalui dalam hidup kau, tapi sekurang kurangnya kau berjaya survive sampai sekarang , right ? Jangan sedih lagi, jangan fikir sangat masalah kau, kalau kau dah bersedia , cerita lah pada aku. "
Jihoon memberikan senyuman manis kepada Yeojin.
" aku pergi bayar bil jap, kau buat apa yang patut. kita balik , lagipun kau mesti tak nak stay sini, kan ? " ujarnya lalu keluar.
Yeojin menghembus nafas lega. Dia tu caring sebenarnya, tapi cara dia layan tu agak pelik.
—————
"Kau berehatlah dulu, apa apa panggil aku. Aku nak masak sekejap. " kata Jihoon lalu keluar dari bilik Yeojin.
"Baik, thanks Ji. "
Pintu ditutup. Jihoon lantas ke dapur lalu menyediakan bahan yang boleh dimasak.
Setelah hampir setengah jam lelaki itu berperang dengan dapur , akhirnya siap juga masakannya.
Bibimbap dan semangkuk sup khas buat gadis kesayangan nya, Yeojin.
Jihoon lantas naik ke biliknya untuk mandi, selepas itu barulah dia makan malam bersama Yeojin.
"Yeojin ? Jom makan , aku dah siap masak. " pelawanya di sebalik pintu.
Yeojin yang baru sahaja siap mengemas meja soleknya itu pun keluar.
Jihoon memandang Yeojin yang berpakaian pajama berwarna merah jambu itu, tersengih sengih dibuatnya.
"Awak kenapa pandang saya macam tu? " soal gadis itu pelik sambil menutup pintu bilik.
"Tak adalah, rasa comel bila kau pakai macam ni. Sudah, mari makan, kau mesti lapar. "
Jihoon menarik gadis itu lalu menarik kerusi , dia melayani gadis itu bak puteri.
"Tu sup untuk kau, makan lah selagi masih panas, bagi lega sikit badan kau tu. "
"Ya, terima kasih Ji. Susah susah je. Saya bukannya sakit pun. "
Jihoon yang sibuk menggaul bibimbap itu lantas memandang Yeojin dengan tajam.
"Bukan sakit konon , ni lepas makan semua ni makan ubat , lepastu kau tidurlah. Jangan banyak fikir, faham?"
Yeojin mengangguk, "faham capten. Oh ya, saya ada nak minta izin..."
"hm, apa dia budak kecil ?"
"Weekend ni hantar saya pergi rumah nenek boleh tak? Rindu lah lama tak jumpa nenek, lagipun lagi dekat dengan kolej, so senang lah sebab hujung minggu depan saya dah graduate . Boleh kan ?"
"Sure, anything for you. "
"Thank you Ji, sayang awak !"
