Jihoon menutup bonet keretanya selepas selesai memasukkan dua beg kepunyaan Yeojin.
"Semua dah bawa ? Eh tapi jangan sampai tak tinggalkan sehelai baju, rindu aku nanti.." katanya lalu memandang Yeojin yang baru lepas kunci pintu rumah itu.
"Apa awak mengarut ? Saya bawa sikit je lah barang, bukannya nak tinggalkan awak terus. Nah kunci." hulurnya pada lelaki itu.
Jihoon merampas kunci dari Yeojin lalu membuka pintu kereta untuk gadis itu lalu menutupnya sesudah gadis itu masuk.
---
Dengan playlist lagu yang dimainkan oleh Jihoon ia membuatkan Yeojin tidak bosan dengan perjalanannya, walaupun sudah hampir 30 minit di dalam kereta itu.
Tiba tiba sebuah lagu yang dimain membuat Jihoon bernyanyi kecil, is there someone else - The Weeknd.
"cause I wanna be with you forever, forever ~ "
"Lah, kau pun tahu lagu ni ?"
"Of course, so kita same taste lah ni ? Cool ! " balas gadis itu lalu menunjukkan thumbs up.
Jihoon tertawa kecil lalu melajukan lagi pandunya itu.
Akibat bosan dengan pemandangan luar, Yeojin membuka skrin telefonnya, beberapa mesej yang masuk membuatkan dahinya berkerut.
Dikliknya mesej dari group kolej nya itu, tiba tiba matanya membulat.
"HAH? PROM NIGHT ?! "
Jihoon memandang gadis itu pelik, "okey tak kau ni ? Muka cemas betul."
"Kolej saya ada buat prom night, tiga hari lagi."
"So... what's the problem ? Pergi jelah."
"Pergi tu memang lah pergi, tapi saya tak ada pasangan lah Ji..."
Jihoon terkekeh, " alah masalah kecil je pun, aku kan ada."
Yeojin mengeluh, "tapi mana sempat nak beli gaun, semua lagi..."
"Heh, serahkan pada aku jelah. Nanti aku cari, kau bagilah saiz semua."
Yeojin memandang Jihoon tidak percaya.
"Serius ni ?"
Jihoon mengangguk.
"Thanks.", balas gadis itu .
Tidak lama kemudian, akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju.
Jihoon sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta, Yeojin pula baru sahaja menekan loceng rumah tersebut.Loceng ditekan sekali lagi. Lalu pintu dibuka.
"Nenek ?"
"Yeojin ?"
Gadis itu lantas memeluk neneknya. Tidak sangka selepas sudah beberapa tahun mereka berjauhan, akhirnya ditemukan kembali.
"Yeojin, kamu besar dah sekarang. Makin cantik."
"Yeojin rindu nenek..."
"Iya, nenek pun sama. Ni kamu datang dengan siapa? Mama..papa kamu mana ?"
Yeojin bagaikan terkilan, "eoh, mereka berdua sibuk nek, itu kawan Yeojin, dia yang tolong hantarkan Yeojin ke sini. Kejap ya nek,"
Yeojin mendekati Jihoon yang menunggu gadis itu diluar.
"Awak tak nak masuk ?" tegur Yeojin sambil berdiri di sebelah lelaki itu.
"tak mengapalah. Aku tak nak dia kenal aku ni siapa."
"Oh- i see. "
"beg barang kau aku dah letak sebelah rak kasut tu."
"Terima kasih, Jihoon." ucapnya lalu terus memeluk lelaki itu.
"My pleasure." balas nya lalu membalas pelukan.
Yeojin mula meregangkan pelukan itu, namun Jihoon makin mengeratkan pelukan sehingga wajah gadis itu timpa di dadanya.
"Jaga diri kau baik baik, apa apa chat aku. Jaga nenek kau,kita jumpa lagi beberapa hari." ucapnya lalu mengucup forehead gadis itu lembut. Pelukan dilepaskan, lelaki itu beredar memasuki kereta. Enjin dihidupkan.
"Hati hati drive !"
Jihoon mengangguk sambil memandang gadis itu. Tidak lama kemudian kereta itu pun pergi.
Yeojin menghembus nafas lega. Dia mencapai kedua beg lalu dimasukkan ke dalam rumah.
"Kawan Yeojin balik dah ? Kenapa tak ajak dia masuk dulu ?"
"Oh- dia sibuk sebenarnya... er, ha ada urusan penting katanya. Yeojin masuk bilik dulu ya nek."
