Yeojin membuka pintu balkoni. Senyuman terukir di bibir saat menghirup udara malam. Dia rindu suasana aman di sini.
Tapi...
Baginya itu hanya sementara. Hidupnya tidak pernah aman. Semenjak dirinya bergaduh besar dengan ayah , mereka mula tidak bertentang mata mahupun berbual.
Tiba tiba sesuatu terlintas difikirannya,
Darren.
Yeojin mengambil telefon dari saku hoodie nya. Dia terus membuka chat, tetapi tiada satu pun mesej daripada lelaki itu.
"Mana dia ni ?" soal Yeojin sendiri.
Dia langsung mendail nombor lelaki itu, namun tidak terjawab.
Ada benda tak kena ke ?
Gadis itu mengeluh kecil, lantas menerima panggilan dari Ara secara tiba tiba.
"Yeojin he-"
"Ara! Darren ada contact kau tak ?" Yeojin memotong percakapan kawannya itu.
"O-oh? Tak ada pula. Kenapa ?"
"Ah, dia hilang dari semalam. Aku chat tak reply, call pun tak angkat. Kau tahu tak dia pergi mana ?"
Terdengar keluhan dari pihak sana.
"Hm- jangan risau lah. Dia busy lah tu, biasa lah lelaki. Kau tak perlu nak risau risau lah. Baik kau pergi tidur, dah lewat malam ni."
"Okey, kalau ada apa apa bagitahu. Goodnight."
"Goodnight too."
Yeojin memutuskan panggilan. Dia menghembuskan nafas berat. Lelaki itu , buat dirinya risau.
///
Danny mengetuk pintu bilik Jihoon beberapa kali.
"Yes..." Jihoon membuka pintu lalu memandang Danny atas bawah.
"Here's your key. Lepasni boleh dah berambus dari rumah aku." kata Danny sambil menghulurkan kunci kepada Jihoon.
Jihoon mengangkat sebelah kening. Dia merampas kunci dari kawannya itu lalu tersenyum.
"Kau halau aku ya? Jangan risau lah, aku blah sekarang juga. Anyway thanks bro, nanti aku bayar ya." Jihoon menepuk bahu kawannya itu.
"Tak payah lah. Lagipun kau dah banyak tolong aku, so kali ni aku pula. Aku harap kau suka rumah tu , 'taste' kau tu . Tapi sorry lah sebab rumah kau agak jauh dari sini."
"Sokay dude. Asalkan aku dapat apa yang aku nak , then lepas ni boleh aku teruskan kerja aku." balas Jihoon.
Danny mengangguk faham lalu meninggalkan lelaki itu.
Jihoon lantas menutup pintu segera mengemaskan barang nya.
———
Akhirnya Jihoon sampai di perkarangan rumah itu. Dia langsung parking motorbike kepunyaannya di sebelah lamborghini hitam itu.
Jihoon lantas menanggalkan helmet lalu membetulkan rambutnya. Dia memerhati setiap sudut luar rumah itu lalu memandang persekitaran luar yang agak jauh dari bandar.
Bibirnya mengukir senyuman.
"Damn, I like this."
Lelaki itu mengeluarkan kunci lalu membuka pintu. Dia mengangkat kening sebaik sahaja melihat ruangan dalam yang hampir sepenuhnya hitam.
Dia segera menanggalkan motorbike jacket khas kepunyaannya. Punggung dilabuhkan pada kerusi. Dia betul betul suka dengan keadaan ini.
Baginya, kerja akan lebih mudah jika dilengkapi kemudahan seperti ini.
Secara tidak sengaja, matanya terarah pada jam di dinding.
Tepat jam 12 malam.
Tiba tiba satu idea gila muncul di dalam fikiranya.
Jihoon langsung mencapai botol champagne di atas meja itu lalu membukanya. Dia meneguk rakus champagne itu sehingga habis.
"Well Seoul, i'm back."
ও
