04

151 22 0
                                    

Yeojin menghirup coklat panas. Dia melepaskan nafas berat. Matanya tertarik dengan permandangan diluar tingkap bersebelahannya, tenang.

Gadis itu berpeluk tubuh. Tiba tiba sahaja kejadian dua tahun lepas muncul di fikirannya. Dia masih tidak boleh terima dengan apa yang berlaku.

Begitu jahat dunia pada dirinya.

Apa salah aku di mata mereka ?

Dia mengeluh.

Tiba tiba matanya tertangkap pada dua orang kenalannya diluar sedang berjalan berdua-duaan.

Darren.

Ara.

Mata Yeojin membesar sebaik sahaja mengecam sang punya suara gelakan itu.

Gadis itu membangunkan diri keluar dari cafe kecil itu lalu menuju ke arah mereka berdua.

"Darren? Ara? Apa semua ni ?"

Mereka berdua terhenti sambil memandang satu sama lain.

"Yeojin aah... Dengar dulu, i—"

"Sampai hati... Ara? Kau selama ni tipu aku lah ya? How dare you betrayed me?"

"Yeojin dengar dulu, semua ni—"

"APA?! Nak dengar apa? Cukup dengan tengok korang berdua macam ni aku dah faham. Sanggup ya kau Ara?" mata Yeojin memerah, dia memandang Ara dengan pandangan maut.

"Sayang , let me explain this—"

"Cukup. Cukup dengan semuanya. Aku penat lah..."

"...Ara , aku benci kau."

Yeojin menolak gadis itu seboleh bolehnya hingga dia terjatuh ke tanah.

"Argh—" teriak Ara perlahan.

"Darren, i'm done with you." ucap gadis kecil itu sambil memandang anak mata lelaki di hadapannya.

"No. I can't let you go." Darren menarik lengan Yeojin kuat lalu menarik tubuh gadis itu berdekatannya.

"Lepas gila! Kau dah ada perempuan tu kan? Apa lagi nak dengan aku. Jantan tak guna!" ucap Yeojin puas.

Darren melepaskan genggaman. Dia memandang tajam Yeojin. Tangan kanan nya naik mahu menampar gadis itu.

BBUK!

Satu pukulan berjaya dikenakan pada wajah lelaki itu.

Yeojin terkejut memandang lelaki asing di sebelahnya yang baru sahaja melepaskan tumbukan tepat pada wajah Darren.

"Aku paling benci lihat lelaki naik tangan pada perempuan." lelaki itu bersuara.

Darren berganjak ke belakang. Mengelap darah yang keluar dari lubang hidungnya. Ara lantas bangun pergi ke arahnya.

Yeojin masih tidak berganjak. Dia terdiam di situ sambil memandang lelaki asing di hadapannya.

"Kau okey, budak kecil ?"

Budak kecil?!

"Sa- saya okey. Terima kasih, pakcik." balasnya balik mengenakan lelaki itu.

Lelaki asing itu mengangkat kening.

"Mari, aku hantar kau pulang." dia menarik pergelangan tangan Yeojin. Lelaki itu membawa nya pergi ke arah tempat parking, bersebelahan motor.

"Saya tak nak balik." kata Yeojin sambil cuba melepaskan genggaman lelaki itu.

"Eih? Tak nak balik pula? Kau lari rumah eh lepastu kena buli dengan jantan tadi?"

...

"Hahah, aku gurau je. Kau tak sejuk ke pakai macam ni, budak kecil?"

Yeojin terdiam.

Lantas lelaki itu membuka jaketnya lalu menyarungkan pada Yeojin.

"Huh? Pakcik—"

"Ikut sedap kau je panggil aku pakcik. Kau ingat apa, aku jiran sebelah rumah kau? Mari naik." ajaknya yang sedang menghidupkan enjin motorbike itu.

"Cepat lah, buat apa lagi diam kat situ."

Yeojin mengalah. Apa mampu buat, orang itu pun yang menolongnya tadi.

"Kau nak pakai helmet tak? Tapi aku tak ada helmet lebih." soal lelaki itu sebelum menyarungkan helmet pada kepalanya.

"Tak."

"Fine."

"Pengang kuat kuat. Aku bawa laju ni."

"Hm."

Kedengaran lelaki itu tertawa.

"Kenapa kau genggam aku punya baju, budak? Peluk jelah." lelaki itu menarik kedua dua tangan Yeojin lalu di letakkan pada badannya.

"Peluk aku."

Yeojin tidak bersuara. Dia menghembus nafas lega, nasib baik lah ada mamat ni tolong dia.

JailBreak | pjh Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang