"Yah budak kecil, kau dah siap belum? " soal Jihoon yang sedang menuruni anak tangga. Dia menggemaskan sut yang dipakai nya.
Lelaki itu berjalan menuju ke bilik Yeojin lalu mengetuk pintu beberapa kali.
Belum sempat Jihoon ketuk buat kali yang kedua, pintu dibuka. Terpampar lah sosok tubuh gadis itu, berpakaian dress putih menutup bawah lutut.
Jihoon tergumam. Dia memandang atas bawah gadis itu beberapa kali, dengan rambut yang dibuka paras lengan, lelaki itu semakin tertarik dengan kecantikan nya.
"Okey kan ? Cantik dress yang awak pilih. "
Yeojin keluar perlahan lahan, Jihoon semakin mengundur kan dirinya ke belakang. Entah kenapa dia tak boleh nak mengeluarkan suara.
"Cantik kan ?"
"Tak , buruk ."
Jawapan lelaki itu membuat kan Yeojin memberikan jelingan maut. Dia memandang ke arah jam, sudah tepat jam 9 malam, dia tak nak gerak lagi ke ?
Baru sahaja Yeojin mahu membuka mulut, dengan pantas lelaki itu menaiki tangga.
Pelik.
Tak lama kemudian dia turun, dengan membawa jaket kepunyaannya. Jihoon lantas menyarungkan jaket itu ke atas Yeojin.
"Aku tak nak kau menggigil kesejukan nanti. " ujarnya.
"Hah?-"
Jihoon mencapai kunci keretanya lalu menarik tangan Yeojin bergegas keluar dari rumah.
———
"Jihoon ? Kita nak makan kat mana ni ? " soal Yeojin pelik dengan persekitaran yang hanya menampakkan kehijauan pokok.
Jihoon hanya mendiamkan diri. Dia semakin laju memandu kereta itu, tidak lama kemudian kereta dihentikan.
"Let’s go. "
Lelaki itu keluar dari perut kereta lalu membuka pintu belah Yeojin. Hanya satu perkara yang bermain di fikiran gadis itu.
Kenapa dia bawak aku dalam hutan?
"Oh yah sebelum tu—" Jihoon mengambil kain hitam di poket seluarnya lalu menutup mata Yeojin.
"Ji—"
"Don't ask me anything. Sekarang ni aku nak kau ikut aku. " lelaki itu menggenggam tangan kanan Yeojin. Dia berjalan lurus ke hadapan.
"Open it. "
Yeojin melepaskan ikatan kain tersebut, dia memandang satu persatu objek yang berada di hadapannya.
Candle light dinner .
"Silakan, tuan puteri. "
Gadis itu mengangguk perlahan lalu duduk di kerusi yang dipelawa oleh Jihoon sebentar tadi.
"Ji, awak joking je kan ?"
Jihoon yang baru melabuhkan dirinya itu memandang Yeojin segera lalu menggeleng.
"Actually, ada dua sebab aku buat benda ni. Pertama, maaf tentang hal semalam. Kedua....."
"aku... "
"...aku nak jaga kau . "
"Sa-saya tak faham—"
" Yeojinie , aku tak pandai nak luahkan perasaan aku pada kau. Tapi, aku harap kau ..."
Yeojin terdiam seketika.
"Ah nevermind , mari lah makan. Aku tahu kau lapar."
"Ji . "
Jihoon segera memandang wajah gadis itu, " hm ?"
"Thanks for everything. I mean, awak satu satunya yang saya ada sekarang. Kalau tak ada awak, mungkin saya takkan hidup sehingga ke hari ini. Thank you, Park Jihoon. "
Pertama kalinya gadis itu memanggil Jihoon dengan nama penuh nya. Senyuman terukir di bibir Jihoon.
"My pleasure, princess. "
Yeojin tersenyum, entah kenapa dengan dirinya hari ini , berasa selamat di bawah 'jagaan' lelaki yang bernama Park Jihoon itu.
"Lepasni aku nak bawa kau pergi ke satu tempat. "
Yeojin memandang jam tangannya, "tapi dah lewat— lagi berapa minit jam 11 ."
"So? Masalah aku ke ?"
Yeojin mengeluh. Dia lantas mencapai telefon di sebelah. Belum sempat jarinya menekan notifikasi mesej, tangan nya dicuit.
Gadis itu memandang Jihoon, "huh?"
"Kita tengah date ni, aku kalau boleh tak nak lah ada gangguan. " katanya lalu senyum.
"Oh- okey, Ji. "
