19

113 18 0
                                    

"Wah! Nenek masak semua ni ?" soal Yeojin teruja apabila melihat semua masakan di atas meja makan.

"Tentulah, nenek dulu chef dekat restoran atuk kamu ... kalau lah atuk kamu ada lagi..."

Yeojin langsung memeluk neneknya itu, "jangan sedih nek, mesti atuk bangga dengan nenek. dah tak perlu sedih sedih, kita makan jom!"

Mereka berdua duduk , Yeojin mula mengambil kimchi lalu disuapkan ke dalam mulutnya.

"Sedap lah kimchi ni, lama betul tak makan buatan nenek."

Nenek hanya memberikan senyuman.

"Oh ya, sekarang Yeojin macam mana? Belajar lagi?"

"Ya, tapi dah nak graduate dah hujung minggu ni , nenek nak ikut tak pergi kolej ?"

Neneknya memikir sejenak lalu menggeleng, "tak kot rasanya, hujung minggu ni nenek ada hal lah dengan kawan kawan kampung. Yeojin pergi dengan mama papa lah."

"Tapi..."

"Kenapa ? Yeojin ada masalah? Atau ada yang berlaku antara kamu bertiga."

"Hal lama nek... Benda tu diulang semula."

Nenek menarik nafas dalam lalu menghembusnya. " yeojin tak rasa ke ada sesuatu pelik dekat papa kamu? nenek bukan nak cakap apa, cuma... dia tu macam..."

"Macam apa nek ?"

"Tak ada apalah, tapi Yeojin kuat kan? Huraikan saja kata kata orang."

"Hm, baik nek."

—————

Yeojin mencapai telefon nya di atas meja lalu membuka chat.

"Lah dia ni ?"

Tanpa membuang masa, gadis itu membalas mesej tersebut.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Macam budak budak lah dia ni

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Macam budak budak lah dia ni."

Tanpa berfikir panjang, gadis itu menekan butang call , tidak sampai beberapa saat panggilan itu diangkat.

"Hm, nak pujuk aku ke ?"

"Ha ye lah , pak- awak ni kenapa? Suara lain, okey tak ni?"

"Aku okey je lah , pergilah tidur lewat dah ni."

"Kalau tak nak ?"

"Haish, kau ni degil lah. Ni nasib baik kau tak ada dengan aku, kalau ada ni... "

"Apa ? Jangan nak macam macam"

"Suka hati aku lah. Dah pergi tidur sana. Goodnight , babe. " ucap lelaki itu lalu mematikan panggilan sebelum Yeojin sempat berkata.

Dahi gadis itu berkerut, dia tertanya tanya, lelaki itu mabuk atau... memang sengaja?

Dia meletakkan telefon ke tepi, tiba tiba senyuman terukir.

Goodnight, babe. Gila, dia tersenyum sendiri.

"Yah Park Jihoon , aku rasa kau mabuk." ucapnya perlahan lalu mencapai bantal menutup mukanya.

Eh kau ,  blushing cakap jelah.

————

"Pagi nenek, eik nak pergi mana tu ?" soal Yeojin yang baru sahaja keluar dari bilik, melihat neneknya yang ingin keluar.

"Pasar, beli barang dapu—"

"Eh— biar Yeojin pergi lah. Sini bagi duit."

"Tak apa lah, kamu kan ada hal petang nanti kan? Katanya malam ini ada apa tu namanya...rom? prom ? ha apa apalah..."

"Tapi..."

"Tak ada. Nenek boleh lah pergi, lagipun kawan nenek pun ada sekali. Kamu duduk diam saja lah, sarapan nenek dah masak , nanti makan."

"Okey nek..."

- - - - - - - -

"Jin , kau pergilah. Aku dah siap." ujar rakan kolejnya sebaik sahaja keluar dari bilik persalinan pakaian.

Tanpa membuang masa, Yeojin masuk ke bilik tersebut untuk menukar pakaian nya kepada gaun malam ini.

JailBreak | pjh Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang