Beberapa das tembakan dilepaskan. Yeojin yang sedang sibuk menikmati aiskrim nya itu langsung keluar ke luar rumah. Alangkah terkejut dirinya saat melihat sosok tubuh yang jatuh ke tanah sambil memegang dadanya.
" papa ?"
Gadis itu terkedu. Dia berlari anak mendekati lelaki itu, gadis itu terduduk tatkala melihat darah yang tidak habis keluar dari dada lelaki itu.
" papa... siapa yang—"
Sosok tubuh yang dikenali nya perlahan lahan mendekati dirinya sambil ketawa sinis.
" Jihoon... apa semua ni ?" langsung air mata jatuh dari hujung mata Yeojin. Dia tidak percaya lelaki itu yang membunuh ayahnya.
pistol dilepaskan dari tangan, Jihoon mendekati Yeojin lalu memeluknya dari belakang.
" aku cuma nak tolong kau, bukan ini yang kau mahu ?"
" Jihoon..."
" yes baby girl ,aku dah selesaikan masalah kau. " kata lelaki itu sambil memeluk tubuh kecil Yeojin erat.
" lepaskan saya."
" SAYA KATA LEPAS !!"
DDANGG
Yeojin terbangun, dia mendudukkan dirinya lalu menggosok gosok matanya beberapa kali. Dahinya berpeluh.
Mimpi rupanya.
Dia mengeluh, telefon dicapai .
"Baru 3 pagi?" omelnya.
Gadis itu turun dari katil keluar menuju ke dapur yang gelap, hanya sinaran dari cahaya bulan sahaja yang terang dilihat nya. Dia mencapai segelas air putih lalu meminum nya perlahan.
Baru lega sedikit hatinya .
PRANGG
Entah bagaimana tiba tiba sahaja gelas dalam genggaman nya itu jatuh ke lantai dan menghasilkan bunyi .
Pecah.
"Aish, Yeojin." gadis itu mengeluh, dia langsung mencangkungkan dirinya. Belum sempat dia mengutip serpihan kaca itu tiba tiba lampu terbuka.
BBANG.
Satu tembakan pistol dikenakan ke arah tingkap dan membuatkan ia pecah. Yeojin terkejut.
"Siapa kau? Berani ya masuk rumah aku? Baik kau keluar sebelum aku pecahkan kepala kau." kata lelaki itu dengan nada serius.
Jihoon ?
Yeojin perlahan lahan bangun dengan kedua tangan diangkat ke atas, dia memandang lelaki itu.
Jihoon yang sedang mengarah pistol ke arah Yeojin itu langsung tergumam.
"Budak kecil ? Ka-kau buat apa?" soal lelaki itu dengan gagap . Pistol ditangan disembunyikan nya ke belakang , senyuman palsu diukir nya.
Gadis itu perlahan lahan menurunkan tangannya, dia memandang Jihoon yang semakin dekat ke arahnya. "Kau buat apa pagi pagi buta kat dapur ni , huh ? Oh- so bunyi benda pecah dari kau lah ya ?" omel nya lalu menurunkan badannya . Lelaki itu mengutip serpihan kaca gelas itu lalu pergi ke luar dengan melalui pintu belakang.
Tidak lama kemudian , Jihoon muncul kembali berhadapan Yeojin. Dia memandang gadis itu lalu mengangkat kedua belah kening, "So- apa halnya ni ?"
"Saya mimpi buruk tadi, then datang dapur sebab nak minum air. Tak sangka pula boleh terjatuh gelas tu , sorry Ji..." ujar Yeojin lalu memberikan senyuman kepada Jihoon.
Lelaki itu mengangguk faham , "Kau okey tak ni? Mimpi buruk- fasal?"
"Nothing. Just dalam mimpi tu papa kena tembak , and yang tembak dia tu awak-"
Mendengar kata kata dari mulut gadis itu , Jihoon tertawa. Dia menggeleng kepala beberapa kali , " ngarut lah kau ni budak kecil. But it's okay , I love it!"
Yeojin yang blur itu hanya memandang lelaki itu dengan pandangan pelik.
"Erm okeylah ,saya masuk bilik dulu. Night." katanya lalu meninggalkan Jihoon keseorangan .
Lelaki itu hanya memerhati gerak geri Yeojin. Bibirnya mengukir senyuman sinis saat bayangan gadis itu sudah tiada , entah mengapa dia berasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu tadi.
" Interesting ."
