05

162 20 2
                                    

"Masuk lah." pelawa lelaki itu.

Yeojin berjalan perlahan sambil memerhati setiap sudut rumah itu. Mewah.

"Kau boleh tinggal sini sehingga bila yang kau mahu." kata lelaki itu sambil menutup pintu.

Dia langsung melabuhkan punggung pada sofa. Dia memandang Yeojin yang terdiam di situ lalu senyum.

"Budak kecil, sinilah."

Yeojin mengangguk lalu duduk pada sofa berasingan.

"Cuba bagitahu aku nama kau, dan apa sebenarnya yang terjadi."

Yeojin diam.

"Hm tak apalah. Nama kau?" soal lelaki itu, dia memandang wajah Yeojin yang pucat.

"Yeojin."

"Pretty name, like the person. Aku Jihoon, panggil aku Ji atau apa apa yang kau nak panggil, but don't call me pakcik, faham ?"

"Ya."

"Jom aku tunjukkan bilik kau. Lepasni kau rehat kan diri kau, mandi ke apa. Nanti baju aku bagi." kata Jihoon. Dia berdiri di hadapan Yeojin lalu menarik gadis itu perlahan.

Mereka berhenti di sebelah dapur.

"Ini bilik kau. Masuk lah. Aku pergi ambil barang yang boleh kau guna." ujar Jihoon lalu beralih hala tuju.

Tiba tiba lengannya ditarik perlahan. Jihoon langsung memusingkan badan, "ya budak kecil ?"

"Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya." ucap Yeojin memandang lelaki tinggi itu lalu memberikan senyuman manis kepadanya.

"It's okay." Jihoon membalas balik senyuman itu lalu pergi meninggalkan Yeojin berdiri disitu.

-

Ttok ttok

Jihoon memulas pintu lalu membukanya perlahan, dia mencari cari sosok tubuh kecil itu. Rupanya dia sedang bersandar di dinding bersebelahan katil.

"Hei, kau okey tak? Jom makan, aku dah masak." ujar lelaki itu sambil mendekati Yeojin berpeluk tubuh di lantai.

"Budak kecil, kenapa kau duduk sini. Duduk atas katil sana, aku nak ambil makanan kejap." kata Jihoon lalu keluar.

Tidak lama kemudian, Jihoon kembali sambil menatang dulang yang berisi makanan serta minuman buat gadis itu.

Dia meletakkan dulang ke atas meja bersebelahan Yeojin lalu mencangkungkan dirinya di hadapan gadis itu.

"Yeojin, kau nangis ?" soal Jihoon melihat air mata yang tiba tiba mengalir di pipi gadis itu.

"Mana ada." balas Yeojin menafikan.

Tiba tiba Jihoon merangkul pinggang Yeojin lalu mendukung gadis itu dengan gaya bridal.

Mata Yeojin membulat. Dia memandang wajah lelaki itu yang kelihatan senang.

Jihoon duduk di atas katil lalu melabuhkan punggung gadis itu perlahan lahan.

"Memang budak kecil lah kau ni. Nasib comel."

Jihoon mencapai semangkuk sup ayam lalu menggaul nya.

"Mari lah makan. Aku suap. Kau nampak tak bermaya, budak. Aku tahu kau penat. Tapi sekurang kurangnya makan lah demi jaga kesihatan kau. Nanti sakit kan susah."

Yeojin memandang wajah Jihoon, entah kenapa lelaki ini baik dengannya.

"Nganga mulut kau tu, kan aku sumbat sup ni kat hidung kau." kata Jihoon sambil menghulurkan tangannya.

Yeojin tertawa kecil.

"Ketawa pula, cepat lah budak."

AAAAA

"Sedap kan?" soal Jihoon sambil mengangkat keningnya.

"Boleh lah."

"Okey, dah ni kau suap lah sendiri. Aku ada kerja nak buat." Lelaki itu memberikan mangkuk sup itu kepada Yeojin.

"Lepas makan tidur. Jangan nangis lagi."

Jihoon menutup pintu bilik itu. Dia senyum lalu menggeleng kepala beberapa kali.

Dia lantas menaiki anak tangga ke tingkat atas lalu masuk ke dalam satu bilik, bilik 'kerja' baginya.

Tingkap dibuka seluas luasnya sebelum duduk di kerusi meja kerjanya itu.

Jihoon mengeluarkan sekotak rokok dari poket lalu meletakkan sebatang rokok pada hujung mulutnya. Lighter dicapai lalu menghidupkan api.

"Fuhhh!"

Lelaki itu mencapai pelan yang baru direka petang tadi untuk melihatnya semula. Senyuman terukir di bibir, tidak sangka dia akan mulakan semula kerjanya pada hari esok.







JailBreak | pjh Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang