08

132 16 0
                                    

"Morning budak." sapa Jihoon yang sedang sibuk dengan telefonnya setelah mendengar pintu bilik ditutup.

"Morning pakcik." balas Yeojin sambil menggosok matanya beberapa kali.

Lelaki itu tersengih , lalu berkata, "kau memang tak boleh stop panggil aku pakcik ke ? Tolong lah, aku muda lagi."

Yeojin tertawa lalu duduk berhadapan lelaki itu.

"Habis tu nak saya panggil apa? Ji...? Peliklah."

Lelaki itu memandang Yeojin, " panggil jelah, yeojinie."

Gadis itu memandangnya pelik, tak pernah ada orang yang memanggilnya dengan nama Yeojinie setakat ini.

"Kalau saya panggil Jihoon je boleh ke ? Tak sesuai lah panggil Ji... Macam pelik..."

"Ikut suka hati kau lah."

"Okey, Ji..hoon? Tak kerja ke hari ni?" soalnya.

"Tak." balas lelaki itu singkat.

"Oh... Ji- ish susah lah, pakcik kerja apa ? Jadi spy ke ?" soalan itu membuatkan Jihoon terangkat kening.

"What in the— lebih kurang lah." tipunya.

Jihoon memandang gadis itu lalu bertanya, "kau tak rindu family kau? Nak balik? Aku boleh hantar."

Gadis itu menelan air liur. "Rasa nak balik tapi saya penat lah duduk dalam rumah tu..."

"Aku faham, it's just a house not home, right?" ujar Jihoon.

Yeojin mengangguk perlahan, "tapi kalau saya duduk sini menyusahkan pakcik pula..."

Jihoon terkekeh mendengar kata gadis itu lalu menggeleng kepala. "Mana ada menyusahkan, aku nak tolong kau."

"Tapi-"

"Anggaplah aku sebagai abang pada kau, Yeojin. Aku tahu kau ada masalah... Cubalah cerita, mana tahu aku boleh tolong apa yang mampu?"

Kata kata Jihoon itu membuatkan Yeojin terkedu. Dia menatap wajah lelaki itu dengan perasaan yang janggal.

"Ingat, kau pun boleh bahagia. Aku tahu kau ada masalah dengan family kau kan ?"

Damn. Yeojin terdiam.

"Kau buanglah manusia tak guna tu jauh jauh. Kawan kau juga. Aku tahu mereka treat kau dengan baik , tapi pernah sesekali mereka tanya apa masalah kau? Apa yang kau rasa? Apa yang kau mahu sangat beritahu tapi tiada siapa yang kau boleh percaya? Yeojin, kau deserve better. Kau perlukan seseorang yang kau boleh percaya. Budak, aku sedia jadi teman luahan kau."

"Hidup aku pun bukan baik sangat , setiap manusia buat kesilapan kan?"

Yeojin mengangguk perlahan.

"Kau sedang membesar, mungkin lama kelamaan kau faham lumrah kehidupan." kata Jihoon lalu bangun dari labuhan. Dia naik ke tingkat atas meninggalkan gadis itu bersendirian. Dia tahu Yeojin mahukan ruang.

Yeojin mengeluh kecil. Apa yang dikata lelaki itu tadi betul. Dia lantas membuka telefon lalu mendail nombor seseorang.

"Hello, ma—"

"Yeojin ah! Kamu pergi mana 4 hari hilang? Mama risau lah kalau ada apa apa jadi."

"Tak perlu risau tentang Yeojin, Yeojin baik baik je ni."

"Habistu Yeojin tidur mana ni?"

"Er- rumah kawan..."

"Siapa? Jangan buat hal lagi... Marilah balik, tak kesian pada mama ke ?"

"Yeojin bukan tak nak balik tapi... haih Yeojin perlukan masa ma, untuk tenangkan diri."

"Marilah balik, kita selesaikan masalah elok elok sayang..."

"Tapi, papa ? Dia tak percaya Yeojin lagi dah."

Kedengaran keluhan dari mamanya.

Betul kata Yeojin, sejak peristiwa pahit itu berlaku, papanya sudah tidak percaya akan anaknya itu.

"Mama take care ya, tentang papa tu...nanti Yeojin fikirlah macam mana."

"Baiklah kalau macam tu, jaga diri kamu tu."

"Iyaa ma, bye..." Yeojin menutup panggilan. Dia menghembus nafas berat. Sampai bila dia mahu hidup begini ?

JailBreak | pjh Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang