22

121 15 1
                                    

Jihoon memasuki pejabat rahsia nya, dipandang rakannya, Danny sibuk dengan telefon.

Tanpa membuang masa ,  lelaki itu mendekati rakannya lalu menepuk bahu lelaki itu.

"eh mak- eh kau ni buat aku terkejut lah. Nasib tak ada sakit jantung , kalau tak arwah dibuatnya. " bebel Danny.

Jihoon tertawa, dia melabuhkan diri di sebelah lelaki itu.

"Ha ni kau nak jumpa aku kenapa ?"

"Aku nak kau cari maklumat sepenuhnya."

"Who ?"

"Mr. Kang , tak guna tu ."

Kening Danny terangkat, " bro- what ? that son of bitch ? si gila yang bunuh bapa kau tu ?"

Jihoon mengangguk, dia mengenggam penumbuk kedua tangannya , menahan amarah dari melepas .

Baru dia tahu , manusia yang rosakkan hidupnya itu lah manusia yang dipanggil 'papa' oleh gadis kesayangan.

"Dasar sial , aku ingat Yeojin bapa kandung dia masih ada, rupanya..."

" jantan sial tu yang bunuh dia."

Lelaki itu melepaskan penumbuk di dinding, ia memberi sedikit kesan.

"Here..." Danny menghulur komputer peribadi nya kepada lelaki itu.

Jihoon menoleh. Keningnya terangkat, " what a pity ? Aku dah agak apa sebab dia kahwin dengan ibu Yeojin. "

"Harta , right ?"

" yup, aku nak dua anak buah kau perhati dia. "

—————

Yeojin bernyanyi kecil sambil keluar dari biliknya. Matanya tercari cari sosok tubuh neneknya.

"Nenek ?"

Senyap.

Neneknya tiada ke ? Keningnya terangkat, dia keluar dari rumah, pusing ke sekeliling kediaman itu.

Tiada.

"Hm, nenek keluar agaknya..." katanya bagi menyejukkan hati.

Tiba tiba bahunya dipegang, dia lantas pusing kebelakang.

"Yah, Jihoon ?.... Nenek ?" mata si gadis terbeliak melihat nenek nya bersama Jihoon, yang sedang memegang beg kertas barangan.

"Nenek masuk dululah ya, ajak namchin kamu masuk ni." kata nenek lalu beralih masuk ke rumah.

Yeojin kembali memandang lelaki itu, kedua belah kening diangkat. Jihoon pula sibuk sengih seperti kerang busuk lalu mendekati gadis itu.

"Awak saja kan? Macam mana kala—" belum sempat gadis itu menghabiskan tutur katanya, Jihoon terlebih dahulu meletakkan jari di bibir gadis itu.

"Cop cop, aku tahu la nak jaga diri aku. Pagi tadi, saja aku datang ingat nak jenguk kau cantik... tapi bila nampak nenek kau yang baru keluar dari rumah, aku terus tanya lah dia nak ke mana. Jadi aku bawa dia belanja barang sikit." terang lelaki itu lalu mengangkat keningnya. Ceh , acah macho lah tu.

"Ini awak kata sikit Ji ?"

Yeojin memandang kedua belah tangan lelaki itu, penuh dengan beg kertas.

"Tak apalah. Hm ni, sayang, kau tak nak pelawa aku masuk ke ? Panas ni,"

Gadis itu tertawa, betul juga katanya, lihat saja dahi lelaki itu berpeluh , dah boleh agak.

"Marilah, tapi Ji... jangan macam-macam depan nenek ya."

" Baiklah , sayang."

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah , Jihoon kelihatan senang sekali, dia meletakkan terus barang barang itu di atas meja dapur.

" eih , Ji! awak ni buat macam rumah sendiri pula ya."

" sorry, love" dia lantas menghampiri gadis itu , lalu memberikan senyuman nakal.

" Yeojin , ajak lah namchin kamu duduk tu, layanlah dia dulu. Nenek buat air kejap ye..."

"Baik!" balas gadis itu lalu menoleh ke arah Jihoon, dia menarik tangan lelaki itu lalu mengajaknya duduk di sofa berdekatan.

"Macam ni la baru ciri-ciri future wife aku. Baik aje." perli Jihoon.

"Eh— lambat lagi ya , saya ni muda lagi lah !"

JailBreak | pjh Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang