|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚 𝟐𝟓

10.6K 690 154
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

"Hey, wake up! Mama papa dah tunggu dekat bawah tu."

Darya membuka kelopak matanya dengan perlahan selepas satu suara garau memasuki gegendang telinganya.

Buka sahaja mata si gadis itu, dia terus bangun dan menyandarkan belakang badannya pada kepala katil.

Bebola matanya kemudian dilirikkan ka arah figura seorang lelaki yang bertubuh tegap dan tinggi yang sedang bergerak ke arah langsir.

Lelaki itu pantas mencapai langsir lalu langsir ditariknya sehingga menampakkan langit yang sudah cerah oleh sinaran mentari.

Darya meletakkan tangannya di hadapan muka. Sakit matanya setelah melihat suasana bilik itu terang serta merta oleh cahaya mentari dari luar tingkap itu.

Pukul berapa sekarang? Dah lewat ke?

Darya terus mencapai iPhone yang terletak di atas table lamp.

Screen iPhone di buka.

8:45 a.m

Terbuntang terus mata Darya setelah melihat jam yang terpapar di screen telefon pintarnya.

"Awak! Kenapa awak tak kejut saya awal-awal tadi? We're late!" Ucap Darya yang sudah turun dari katil.

Hayyes menyilangkan tangannya di dada. Seraya melihat figura Darya yang sedang lintang-pukang berlari ke arah wardrobe.

"Macam mana aku nak kejut kau, kalau aku pon baru bangun? Aku terbangun pun sebab si Deana tu ketuk pintu bilik. Dia cakap papa dengan mama dah tunggu kita untuk breakfast."

Sekali lagi mata Darya membulat besar. Mulut kecil miliknya pun sedang terbuka luas selepas mendengar kata-kata Hayyes.

"Jadi, awak belum mandi lagi?" Soal Darya seraya tangannya mencapai sehelai tuala yang berada di dalam wardrobe.

Hayyes mengangguk kepalanya.

"Tak apa, kau mandi lah dulu. Lady's first." Ucap Hayyes selamba.

Hayyes kemudian terus mendaratkan badannya di atas katil. Kakinya disilangkan seraya tangan mencapai remote control.

Dia terus menghidupkan television tanpa menghiraukan Darya yang masih terpaku di lantai bilik itu.

"Apa kata, awak mandi dulu. Sebab kalau saya mandi biasanya lama tau, nanti awak kena marah papa pula kalau lambat turun. Kalau saya tak apa, tak ada orang pun yang akan kisah." Kata Darya seraya bergerak ke arah Hayyes.

Dia menapak di hadapan television.

Tuala yang berada di tangan terus dicampaknya ke muka Hayyes.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now