Lucas×Melanie|8

4.8K 161 0
                                    

Melanie mengenggam tangannya erat. Dia nekad hari ni dia kena perbetulkan semuanya. Melanie memandang Lucas yang sedang duduk berseorang di bawah pokok tanpa Emma disisinya seperti biasa. Kenapa Emma takde? Minah tu tak
dapat datang, demam katanya.

"Err... Hai Luc!" Sapa Melanie.

Lucas memandangnya, dia mencabut headphone di kepalanya. Lucas menepuk tanah disebelahnya menyuruh Melanie duduk di sebelahnya. Melanie menurut, dia terus duduk di sebelah Lucas.

"Ermm.. Saya nak tanya soalan boleh?" Minta Melanie, Lucas mengangguk.

"Err... Awak dengan Emma tu ada hubungan ke?" Tanya Melanie perlahan.

Lucas berkerut. "Tak."

"Habistu kenapa awak selalu dengan dia? " Tanya Melanie Pelik.

"Ada budak dari sekolah lain nak datang sekolah kita untuk tengok projek Sains. aku dengan Emma kan kelab Sains jadi cikgu suruh kami berdua yang jadi pengiring mereka nanti " terang Lucas.

"Ouh tapi kenapa mesti Emma? " tanya Melanie tak suka.

"Sebab dia je yang offer diri sendiri yang lain tak nak " jelas Lucas.

"Lepastu kenapa awak tak tolak? " tanya Melanie kesal.

"Aku tak boleh tolak sebab aku penolong kelab tu ketua kelab tu tak dapat iring sebab dia ada hal lain. " beritahu Lucas.

"Tapi memang korang kena selalu berkepit ke 24 jam? Sampai nak pergi mana-mana pun kena sekali! Saya ingat awak dah tak nak kawan dengan kita orang. " Melanie menunduk.

"Tak perlu pun berkepit. Tapi Emma yang minta aku terang macam-macam aku pun terpaksalah. Lagipun dah habis semalam jadi aku tak kena selalu dengan dia dah. " balas Lucas.

"Ye ke? " tanya Melanie ceria, Lucas mengangguk.

"Yeay!" Melanie memeluk Lucas erat.

"Tapi kejap! Kenapa awak tak tegur saya langsung masa dekat rumah? " Melanie memandang Lucas tajam.

"Saja. Aku tengok kau pun dah makin rapat dengan Samuel, aku tak nak lah kacau daun." Jelas Lucas.

Melanie memandang Lucas, melihat tiada riak langsung yang dipertunjukkan dia tersenyum nipis. Lucas hanya menganggapnya sebagai teman baik.

"Saya dengan dia takde ape-ape pun, macam saya dengan awak lah! " Melanie membalas tanpa memandang Lucas.

Lucas memandang wajah Melanie selepas mendengar Melanie berkata sebegitu. Dia tersenyum lemah dalam diam.

"Eh jomlah dekat diorang! Lama pula kita berbual. " Melanie bangun dengan mendadak, dia terus pergi kearah rakannya yang lain diikuti Lucas.

"Kayla! Jom makan! " Melanie memeluk lengan Kayla.

"Jom! " Kayla membiarkan Melanie memeluk lengannya.

Samuel mendekat dengan Melanie, dia berbisik.

"Macam mana kau dengan Lucas? " tanya Samuel perlahan.

"So far, so good! " Melanie turut berbisik tanpa sedar pegangannya di tangan Kayla terlepas dan dia terus berbisik dengan Samuel sampai lah tiba di cafe.

"Hoi! Dah dah lah berbisik tu! Dari tadi aku perhati je, ada apa-apa ke korang ni? " usik Kayla, dia menyenggol lengan Melanie.

"Haah! Kami memang ada hubungan pun! " balas Melanie, terkejut yang lain termasuk Samuel manakala Lucas hanya mendiamkan diri.

"Hubungan persahabatan! " sambung Melanie bersahaja.

"Lah! Pigi dah! " Kayla menampar lengan Melanie.

"Apa? Betulla kawan kan? Hubungan apa lagi? " tanya Melanie blur.

"Haih.... Takde apa lah Mel, teruskan makan. " Kayla mengeluh pasrah, nasiblah dapat kawan blur macam ni.

"Nak makan apa kalau makanan takde? " tanya Melanie pelik.

Kayla menepuk dahi." Hey Vin! Asal tak pergi beli bodoh!? "

"Kau tak suruh! " balas Cavin selamba.

"Tapi tu kan memang tugas kau! Dah pergi beli sekarang! Macam biasa! " arah Kayla.

Cavin menghentak kakinya. "Asyik asyik aku! " dia terus menonong pergi dengan mulut tak habis merungut.
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


𝐇𝐑│Matthew's Queen ©️Where stories live. Discover now