Melanie tergeleng kepala melihat Kayla yang terkinja-kinja daripada tadi.
"Yeay! Aku dekat Korea! I can't believe this! " terjerit-jerit Kayla, habis semua orang di lapangan terbang melihat kearah mereka.
"Wei, Sopeah! Diam boleh tak? Memalukan Aku je kerja kau! " marah Melanie.
"Hehe.... Aku tengah gembira ni! " Kayla kambali terkinja-kinja.
"Suka hati kau lah! I'm sorry, I don't know who's this girl! " Melanie menunduk kearah orang yang memandangnya.
Melanie memandang Lucas yang dari tadi mendiamkan diri dari mereka bertolak sampai lah mereka mendarat di negara k-pop ni. Melanie datang mendekat.
"Luc! Lama lagi ke nak tunggu bas yang akan ambik kita ni? " tanya Melanie bosan, dia memeluk lengan Lucas.
"Tak lama lagi sampai lah tu! " Lucas bermain dengan telefonnya.
"Lagi satu, kita nanti nak duduk dekat mana? Hotel ke macam mana? " tanya Melanie ingin tahu.
"Tak kita tak duduk hotel tapi kita duduk dekat rumah trip percutian. Sir Ben dah tempah rumah tu untuk kita. " beritahu Lucas.
"Wah bestnya! " Melanie bersuara teruja.
"Guys! Bas dah sampai jom! " suara Mika memberitahu.
Mereka semua terus masuk ke bas. Bas tu kemudian berlalu ke tampat mereka berteduh. Perjalanan untuk sampai ke rumah percutian tu mengambil masa selama setengah jam.
"Lucas, nanti kejut saya tau bila dah sampai. Saya nak lelap kejap. " Lucas mengangguk, Melanie terus menyandarkan kepalanya di bahu Lucas.
Selepas setengah jam bas mereka telah tiba di lokasi.
"Mel! Bangun! Dah sampai ni. " kejut Lucas. Melanie terpisat-pisat bangun.
Mereka semua terus turun dari bas.
"Weh! Cantiknya rumah ni! Aku suka! Aku suka! " jerit Kayla teruja.
Melanie mengangguk setuju, betul cakap Kayla rumah ni memang cantik. Rumah ni memiliki dekorasi tradisional.
"Jomlah masuk! " ajak Mika.
Mereka semua terus masuk kedalam.
"Oh ya! Aku lupa nak cakap, rumah ni ada 5 bilik jadi setiap satu bilik ada dua orang. Dan kita ada 5 lelaki 5 perempuan. Jadi akan ada pasangan yang berlainan jantina sebilik dan Aku tahu takde pun diantara kita yang pasangan kekasih. Jadi siapa yang nak offer diri? " Mika memandang mereka semua.
"I nak! " Emma mengangkat tangannya.
"Kau dengan siapa? " Tanya Mika kurang suka.
"Dengan Lucas! " Emma menunjuk Lucas.
"Eii! Gila lah! Gedik siak!" Kutuk Kayla.
"Aku tak nak! " tolak Lucas.
"Lucas pun taknak jadi kau tak boleh paksa." Mika memberikan senyuman ikhlas kepada Emma. Emma menghentak kakinya.
"Biar aku sebilik dengan Melanie. Kitaorang dah biasa tidur sebilik. " offer Lucas.
"Ok bagus! Jadi Lucas dengan Mel, Cavin dengan Sam, aku dengan John, Cindy dengan Eddie, Kayla dengan Emma." Putus Mika.
"Weh! Tak kan aku dengan minah takde harga diri ni kut? Tak nak aku! "Bangkang Kayla.
" eh ingat aku nak sebilik dengan kau? " Emma membalas.
"Takde-takde ni keputusan muktamad! Sekarang masuk bilik masing-masing! " arah Mika.
Mereka semua terus masuk ke bilik masing-masing. Kayla dan Emma menjeling sesama sendiri.
Melanie masuk ke bilik dengan Lucas. Nasiblah dalam bilik ni ada dua katil single kalau tak kena sekatil lah jawabnya. Memang dia pernah sekatil dengan Lucas tapi tu masa diorang sekolah rendah, dia pun tak de rasa malu pun masa tu tapi sekarang lain cerita! Diorang dah remaja, hormon pun dah berubah dan mestilah akan timbul rasa malu.
"Saya nak katil dekat dengan tingkap! " Melanie terlebih dahulu landing di katil pilihannya.
Lucas berbaring di katil lagi satu. Dia tak kisah pun tidur mana pun janji selesa.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
𝐇𝐑│Matthew's Queen ©️
Teen Fiction**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟏˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐅𝐚𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐨𝐮𝐥𝐦𝐚𝐭𝐞• 「𝐇𝐢𝐬 𝐑𝐞𝐢𝐧𝐚」 Also known as「𝐅𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 」 Don't be a silent reader... Vote please, bersedekah itu amalan yang baik...