Lucas×Melanie|4

4.2K 148 1
                                    

Kesemua pelajar berkumpul di tempat yang sama seperti yang diarahkan.

"Listen! My name is Benjamin. You can call me sir Ben. First I want to say thank you for the all students who's want to join this cam! " permulaan sir Ben.

"Seperti yang kamu semua tahu, kem ni hanya 3 hari 2 malam. Saya harap kamu semua jalankan kem ni tanpa ada masalah. Saya tak nak ada sebarang pergaduhan di sini, kalau saya tahu ada yang bergaduh saya halau kamu dari kem ni. Faham? " tegas Sir Ben.

"Faham sir!" Sahut mereka semua.

"Bagus! Jadi aktiviti kita yang pertama, mencipta logo kumpulan. Saya sendiri yang akan bagi kumpulan, jangan ada yang mengeluh! Memandangkan semua pelajar ada 100 orang jadi saya bahagikan kepada 10 kumpulan,1 kumpulan sepuluh orang" Sir Ben mula memanggil nama kumpulan.

"Kumpulan terakhir, Samuel, Mika, Kayla, John, Cavin, Melanie, Lucas, Emma, Cindy, Eddie. Sila pergi ke ahli kumpulan kamu masing-masing! "

Nama nama yang dipanggil terus berkumpul.

"Yeay! Sekumpulan dengan kau! " Melanie terjerit suka.

"Gedik! " bidas Emma tiba-tiba.

"Weh! Kau ada dengar ulat bercakap tak? " tanya Kayla sengaja.

"Dengar-dengar! Dia cakap gedik tadi! Kenapa dia tak cermin diri ye? " sambung Melanie.

Emma menjelingnya. Kayla dan Melanie tergelak.

"Dah dah! Jangan gaduh! Tak dengar amaran sir Ben tadi? Nak kena denda ke? " sampuk Mika meleraikan pergaduhan.

"So, siapa ketua dan penolongnya? " tanya Mika setelah keadaan reda.

"Ermm... Aku cadang kau lah ketua! " kata Kayla merujuk kepada Mika.

"Yang lain? " tanya Mika.

"Setuju! " balas yang lain.

"So penolongnya? " tanya Mika lagi.

"I, I! " Emma mengangkat tangannya.

"Tak payah mengada! Tempat terakhir kang kumpulan kita. " Kayla tergelak besar.

"Eh diamlah kau! Sibuk je! " marah Emma. Mereka semua menghiraukan Emma.

"Aku cadang Kayla! " Melanie menunjuk Kayla.

"Eh apa kau ni? " Kayla berkerut tak suka.

"Yang lain? " tanya Mika.

"Setuju! " balas yang lain kecuali 3 ulat bulu.

"Tak setuju! " bangkang Emma diikuti rakan ketiaknya.

"Suka hati kau lah! Yang lain setuju je! " Melanie menjulingkan matanya.

"Kau dah ke-" baru saja Emma hendak membidas tapi sudah dipotong oleh Sir Ben, dia mendengus.

"Ok korang semua dah bincang siapa ketua dan penolong? " tanya Sir Ben.

"Dah! "

"Ok bagus! Jadi setiap ketua dan penolong sila ke depan, ambil barangan yang diperlukan semasa nak buat logo nanti. " Semua ketua dan penolong pasukan pergi ke depan.

Mika dan Kayla datang semula ke kumpulan mereka setelah mengambil bendera kosong dan barangan yang diperlukan.

"Nak buat macam mana ni? " tanya Samuel

"First nama kumpulan! Ada candangan? " Mika memandang kearah mereka semua.

"Pinky Flowers! " cadang Emma.

"Kepala bapak kau! Ingat ni nama kumpulan kau je ke? Tak nampak ada jantan kat sini? " bidas Kayla kasar.

"Alah aku cadang je! " Emma menjeling Kayla.

"Lain? " Mika memandang yang lain.

"StarMoons.. " kata Melanie perlahan.

"Ish apa ke buruknya cada-" kutukan Emma terhenti.

"Kami setuju! " Emma terlopong, dia berdecit.

"Ok good! Nama kumpulan dah ada sekarang logo! Memandangkan kau yang cipta nama kumpulan ni jadi ada rekaan yang kau fikirkan Mel? " tanya Kayla.

"Ada." Balas Melanie sepatah.

"Macam mana? " tanya Mika terus.

"Nama kumpulan StarMoons. Mesti kena Ada bintang dan bulan. Dan mengikut banyangan aku bintang dan bulan tu berhubung. " terang Melanie.

"Hah? Macam mana tu? " bingung Mika.

"Lucas, awak faham kan? " tanya Melanie, Lucas mengangguk.

"Tolong lakarkan, awak kan pandai melukis. " suruh Melanie.

Lucas menurut, dia melakarkan logo seperti yang di suruh Melanie. Setelah siap dia memberikannya kepada Melanie tanpa bersuara.

"Macam nih! " Melanie menunjukkan logo yang dilakarkan Lucas kepada yang lain. Terpegun mereka, cantik nak mampus!

"Lucas kau boleh lukis lagi sekali tapi lagi besar dekat bendera ni. " pinta Mika.

Lucas mengangguk, dia mengambil bendera hitam tu dan melakarkan balik logo yang dibuatnya dengan lebih besar.

Selepas siap dia memberikan bendera tu kepada Mika, kemudian dia memandang kearah Melanie. Melanie yang faham terus mengutarakan apa yang hendak Lucas kata.

"Korang kena cat lah tapi warna yang gelap sebab kalau warna cerah dia tak menampakkan yang logo ni ada maksud yang mendalam" beritahu Melanie.

"Asyik kau je cakap! Kenapa dia tak cakap sendiri? " tanya Emma bengang, naik menyampah dia dengan kedekatan Melanie dengan Lucas.

"Melanie bercakap sebab Lucas yang suruh, dia tak suka bercakap dengan orang yang tak penting macam kau! " bidas Cavin, dari tadi dia berdiam diri mendengar langau ni pot pet pot pet.

"Eh! I tak cakap dengan you lah! " balas Emma.

"Biarlah mulut aku! Kan baby?" Cavin memandang Kayla dengan gedik.

"Kali ni aku setuju dengan kau. " Kayla tersenyum mengejek kearah Emma.

"Dah! Cat kan bendera ni, masa tinggal sedikit ni! " arah Mika, bingit telinga dia mendengar pergaduhan yang tak habis-habis ni.

Mereka terus menghabiskan masa dengan mengecat bendera.
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐑│Matthew's Queen ©️Where stories live. Discover now