Lucas×Melanie|11

3.8K 143 0
                                    

Melanie berbaring malas. Yang lain semua dah keluar berjalan kecuali dia dan Lucas. Entahlah cuma malas nak keluar. Dapat bercuti di Korea dan tiada pengiring untuk tunjukkan kawasan yang menarik di sini. Percutian mereka bebas, ikut suka je nak pergi mana, sir cuma bagi tiket dan tempat penginapan selebihnya duit sendiri. Sebab tu diorang terus menonong keluar.

KLAK! Terkejut Melanie bila mendengar seperti pintu dibuka. Dia melihat ke dapur. Kelihatan Lucas mengambil air minuman di peti ais.

Selepas berminum air Lucas pergi kearah Melanie.

"Awak tak nak keluar ke? " tanya Melanie.

"Tak. Belajar lagi bagus. " balas Lucas datar.

"Awak ni asyik belajar je! Cuba buat benda lain! Asyik belajar je! " keluh Melanie.

"aku kena belajar untuk dapat markah tinggi dan dapat masuk ke university yang bagus. Aku nak belajar pasal medic sebab aku nak jadi doktor!" Terang Lucas.

"Mak-maksudnya.... Habis sekolah nanti awak akan pergi negara lain? " tanya Melanie perlahan.

"Yes." Balasan singkat Lucas menyakitkan hati Melanie.

"Awak akan tinggalkan saya? " tanya Melanie sedih.

"Mungkin? Aku nak kejar impian aku dan kau pun patut kejar impian kau jangan selalu bermain. " nasihat Lucas.

"Tapi saya suka awak! Saya tak nak berpisah dengan awak! Awak jangan lah pergi." tanpa sedar Melanie terlepas cakap.

Lucas terdiam, dia mengeluh. "Aku tak janji Melanie, masa depan aku lagi penting dari perasaan yang belum tentu kekal tu. Aku harap kau pun belajar bersungguh-sungguh jangan asyik nak bermain je. Sekolah kita dah tak lama nak habis, exam pun tinggal 2 bulan lagi. Aku nak kau jadi manusia berguna di masa hadapan. " kita-kata Lucas membuatkan hati Melanie hancur.

Melanie memandang belakang Lucas dengan perasaan sedih yang teramat.

"Saya janji, saya akan jadi orang berguna seperti yang awak nak! " tekadnya.
.
.
.
.
.
Kayla memandang risau kearah Melanie. Sejak mereka habis percutian perangai Melanie berubah. Dia jadi lebih............ Serius dan pendiam.

"Mel." Tegur Kayla kepada Melanie yang sedang tekun belajar.

"Hm? " gumam Melanie.

"Kau ok ke? Kenapa kau berubah sangat ni? Sebelum ni tak pernah kau nak belajar bersungguh macam ni selalunya kau buat derk je bila sir mengajar kat depan. Pehal tetiba ni? " tanya Kayla pelik.

Melanie terdiam, dia memandang keatas. "Saya nak awak jadi manusia berguna di masa hadapan. " ulang Melanie.

Kayla memandangnya pelik. "Hah? ".

"Kata-kata tu dia cakap dekat aku lepas aku confess. " terang Melanie tanpa memandang Kayla.

"Lucas? " tanya Kayla, Melanie mengangguk.

"What?! Apa maksud dia cakap macam tu? Dia nak kata kau tak berguna lah ni? " Kayla memandang tepat kearah Melanie.

Melanie tersenyum nipis, dia mengangkat bahunya.

"Bapak kurang ajar! Dia ingat dia tu berguna sangat?! Dah lah langsung tak jaga hati orang! " Kayla berkata bengang.

"Habis sekarang kau berubah sebab dia? " Kayla menanya.

"Tak! Sebab diri aku sendiri. Aku dah sedar lepas apa yang dia cakap. Sampai bila Aku nak main-main? Aku dah besar, aku kena belajar bersungguh-sungguh untuk jadi orang berguna. Tapi yang sebetulnya aku nak buktikan dekat dia yang aku boleh jadi seperti apa yang dia nak . " jelas Melanie.

"Yang first tu aku sokong tapi yang last tu tak! Kau tak perlu jadi seperti apa yang dia nak! Kau kena jadi diri kau sendiri! Apa guna kau hidup tapi atas kehendak orang lain? Jangan nak dengar apa yang orang lain cakap, suka hati diorang lah nak cakap kau ni tak berguna ke bodoh ke, lantak diorang! Just be yourself. " nasihat Kayla, dia kena sedarkan Melanie yang suka dengar cakap orang lepastu bertindak ikut kepala sendiri.

Melanie menunduk, betul apa yang Kayla cakap. Kenapa dia nak hidup atas kehendak orang lain? Dia kena jadi diri sendiri barulah bahagia.
.
.
.
.
.

Why you have to be somebody else want? It's your life, you have to be yourself

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Why you have to be somebody else want? It's your life, you have to be yourself. Not what other people want. Wake up! Life is short, just be yourself and enjoy your life without thinking what everyone gonna say. ~ urr author

𝐇𝐑│Matthew's Queen ©️Where stories live. Discover now