"Semua dah siap? " tanya sir Ben.
"Sudah sir! " sahut mereka semua.
"Bagus! Semua ketua dan penolong datang depan dengan bendera kumpulan masing-masing. Oh! Saya lupa nak bagitahu, bagi kumpulan yang membuat bendera dengan cantik dan unik akan dapat hadiah! " beritahu Sir Ben.
"Wah! " tak sabar mereka semua mendengar keputusan.
Selepas ketua dan penolong kumpulan sudah ada didepan Sir Ben menyuruh mereka mengenalkan nama kumpulan serta maksud nama kumpulan mengikut giliran.
"Hi guys! Kami dari kumpulan 1 memilih untuk menamai nama kumpulan kami dengan nama Happier yang bermaksud kami akan selalu bahagia di kehidupan kini mahupun masa depan. Dan ini logonya." Penolong kumpulan Happier membuka gulungan bendera, terlukis 10 orang lidi serta persekitaran hijau.
"Booo! Boringlah! Apa test orang lidi? " kutuk kumpulan lain dan tergelak.
"Dah dah jangan gelak! Happier kamu boleh duduk tempat kamu semula" arah Sir Ben, mereka berdua balik ke tampat mereka semula dengan malu.
"Ok kumpulan kedua pula! " kumpulan 2 memperkenalkan dirinya diikuti kumpulan-kumpulan lain.
"Sekarang tinggal satu kumpulan lagi, dipersilakan kumpulan terakhir" Mika dan Kayla pergi ke depan bersama bendera.
"Hi! Perkenalkan nama kumpulan kami, StarMoons! Actually bukan aku atau dia yang reka tapi ahli kami yang lain yang lukis logo pun bukan kami tapi dua orang ahli kami yang reka semua ni, yang reka nama serta logo ni nama dia Melanie dan yang tolong melukis logo pun Lucas jadi kalau nak terangkan maksudnya saya tak boleh sebab bukan dari saya, jadi boleh saya jemput mereka berdua keatas ni Sir? " Mika memandang kearah Sir Ben, Sir Ben mengangguk.
Mika memandang Lucas dan Melanie, mereka berdua yang faham terus berdiri dan pergi ke depan.
Selepas Lucas dan Melanie sudah ada didepan, Kayla memberikan bendera kepada Lucas dan terus dia dan Mika pergi kearah kumpulan mereka.
"Seperti yang diberitahu ketua saya, saya yang reka nama serta logo jadi saya akan terangkan maksudnya. " mukadimah Melanie.
"StarMoons. Saya memilih StarMoons untuk nama kumpulan kami sebab StarMoons memberikan maksud yang mendalam. " Melanie memandang kearah Lucas, Lucas mengangguk faham, dia membuka gulungan bendera.
Terpegun mereka semua melihat logo yang diciptakan termasuk Sir Ben.
"Diperlihatkan dalam gambar ni, bintang dan bulan yang mempunyai badan manusia sedang berpelukan. Memang gambarnya berwarna dark tapi bagi saya gambar dark bukan mensuramkan gambar tapi menampakkan maksud gambar dengan lebih mendalam. Seperti yang kamu semua tahu, bulan dan bintang selalu ada dan bila bintang tiada bulan akan nampak suram, tapi bila bintang ada bulan nampak bersinar dan menarik untuk dilihat. Betul tak? " Melanie meminta pendapat yang lain.
"Betul! " balas mereka bersungguh.
"Samalah macam friendship. Hidup kita tak kan ada sinar tanpa friendship. Bila kita tiada kawan kita akan rasa sunyi tapi bila kita ada kawan hidup kita sentiasa ceria. Kawan akan selalu ada dengan kita dari cinta yang tidak mungkin akan kesampaian. Seperti bintang dan bulan, sentiasa bersama untuk menyinari malam yang gelap, seperti itu juga dengan kawan, sentiasa bersama untuk menyinari kehidupan kita dari kesunyian. " Melanie menerangkan maksudnya dengan senyuman.
"Itu saja dari kami, StarMoons" Melanie menundukkan badannya diikuti Lucas.
"Wuuuuu! Nice ah! Pweet! " semua bertepuk tangan dan bersorak, Sir Ben turut bertepuk tangan.
"Wah! Maksud yang sangat mendalam! Syabas StarMoons! Kamu berdua boleh kembali dekat tempat masing-masing." Melanie dan Lucas terus pergi kearah kumpulan mereka.
"Ok sesi perkenalan kumpulan dan tamat! Sekarang masa untuk mengundi! Masing-masing akan dapat satu kertas kosong dan kamu akan menulis nama kumpulan yang kamu nak undi kecuali kumpulan kamu sendiri dan letakkan dalam botol kaca ni! Pastikan semua undi! Esok saya umumkan pemenangnya. Kamu boleh bersurai, ikut suka kamu lah nak buat apa kejap lagi tapi jangan keluar dari kawasan kem ni! Faham? " amaran sir Ben.
"Faham sir! " sahut mereka semua lalu berpecah ikut haluan masing-masing.
"Weh! Cayalah kau! Mendalam betul maksud! " Kayla menepuk bahu Melanie.
"Biasa je... " Melanie tersenyum nipis.
"Kau ada maksudkan apa apa ke? " tanya Kayla kepada Melanie.
"Haih.... " Melanie memandang kearah Lucas yang duduk berseorang di bawah pokok besar.
"Ouh! Aku faham! Sebenarnya bukan tu kan maksud sebenar StarMoons yang kau nak beritahu kan? " Kayla memandang Melanie yang masih merenung Lucas.
"Hmm... Betul ke dia cuma anggap aku kawan je? 12 tahun kot kitaorang berkawan, selalu bersama tak kan secelit perasaan pun dia takde! " Melanie menunduk.
Kayla menepuk bahu Melanie beberapa kali. "Aku cuma nak cakap jangan terlalu berharap selagi dia bukan milik kau. Jangan sampai kau rosakkan persahabatan korang, aku tahu kau tak nak hilang dia. " Kayla terus meninggalkan Melanie berseorangan setelah berkata begitu.
"Ke aku patut move macam apa yang Kay cakap?....... "Jeda.
" Tak! Selagi dia tak tolak perasaan aku selagi tu aku akan suka dia! " sambung Melanie dengan tekad. Dia memandang kearah Lucas dan pada masa yang sama Lucas juga memandang kearahnya.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
𝐇𝐑│Matthew's Queen ©️
Novela Juvenil**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟏˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐅𝐚𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐨𝐮𝐥𝐦𝐚𝐭𝐞• 「𝐇𝐢𝐬 𝐑𝐞𝐢𝐧𝐚」 Also known as「𝐅𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 」 Don't be a silent reader... Vote please, bersedekah itu amalan yang baik...