Lucas×Melanie|36

3K 100 0
                                    

"Kau dari mana? "

Masuk sahaja dalam rumah, Melanie dikejutkan dengan soalan Lucas.

"Aish! Terkejut I. You tak tidur lagi ke?" tanya Melanie tanpa menjawab soalan Lucas.

"Aku tunggu kau. Ni aku tanya, kau dari mana? " soal Lucas buat kali kedua.

"Yang you nak sibuk kenapa? Hidup I suka hati I lah! " balas Melanie kasar tanpa sedar.

"Yang kau nak marah ni kenapa? Aku tanya je kan? " Lucas bingung. Apa silapnya?

"Ish serabutlah! Blah lah you! " halau Melanie.

"Kau nak suruh aku blah asal pula? Ni rumah aku. " balas Lucas sinis.

"Kalau macam tu biar I yang blah. " Melanie terus ingin keluar.

"Eh! Eh! Kau dah kenapa ni? Cuba cerita dekat aku. " lembut Lucas menyoal sambil menghalang Melanie keluar dari rumah.

"Oh you nak tahu sangat. I ni dah nak kahwin! Lagi 2 minggu lagi. Puas?! " terlepas juga perkara yang dia ingin merahsiakannya dari Lucas.

"W-what? " Lucas mengundur setapak.

Melanie yang tersedar mula serba-salah. "Y-you...." Melanie ingin mendekati Lucas tapi Lucas semakin menjauhinya.

"Don't! Don't move! " Lucas terus keluar rumah tanpa memandang kearah Melanie.

Melanie yang masih terkejut hanya mendiamkan diri. Dia berdiri kaku dihadapan pintu. Perlahan kakinya mula longlai dan dia jatuh melutut. Melanie menatap ke luar rumah dengan kosong.
.
.
.
.
.
Melanie termenung. Sejak kejadian hari tu, dia sudah tidak bertemu dengan Lucas. Sudah seminggu Lucas menghilangkan diri.

Melanie sudah pasrah jika Lucas memilih untuk berpaling tadah darinya. Memang ini semua salahnya, kalau dia berani jujur tentang perasaannya, semua ni takkan jadi sesulit ini. Pasti sekarang dia sudah bahagia dengan Lucas.

Melanie sudah kembali semula ke rumahnya. Dia rasa tak sesuai untuk tinggal di rumah Lucas sementara Lucas masih menghilangkan diri.

Melanie yang terasa dahaga mula turun ke dapur. Dia membuka lampu dapur. Melanie sekadar minum air kosong kerana dia tak minum air manis pada malam hari. Sekarang pun sudah masuk pukul 1 pagi.

Knock knock!

Melanie terkejut mendengar ketukan pintu.

"Siapa pula main ketuk pintu rumah orang pagi-pagi buta ni?" Melanie mendengus. Dia berlalu ke ruang tamu.

Knock knock!

"Ye ye sabarlah! " Melanie membuka pintu dengan geram.

"Treasure."

Melanie terkejut melihat Lucas dihadapannya. Dengan serabainya.

Lucas berpaut pada pintu sambil memandang Melanie dengan redup.

"You kenapa ni? " risau Melanie melihat Lucas yang lemah semacam.

Tanpa sempat Lucas membalas dia sudah jatuh pengsan di pelukan Melanie.

"Eh!eh! kenapa ni? " Melanie menahan Lucas, dia menyentuh tubuh Lucas.

"Oh my god! Panasnya badan you! "
.
.
.
.
.
Lucas tersedar. Dia memegang kepalanya yang berdenyut seakan ingin pecah. Lucas cuba mengingati semula apa yang sudah terjadi.

"Oh you dah bangun! So, how you feel? " Melanie masuk kedalam.

Lucas hanya kaku.

Melanie melabuhkan duduk di sebelah Lucas. Dia menyentuh dahi Lucas.

"Ermm dah ok sikit. "

Lucas hanya memerhati tingkah laku Melanie.

"Now, you makan bubur ni. Perut you kosong, nanti kena makan ubat. " Melanie ingin menyuapi Lucas.

Lucas hanya menerima segala suapan Melanie sehingga licin mangkuk.

"Nah! You minum air ni dulu. " Melanie menghulurkan segelas air.

Selepas Lucas menyambut, Melanie mula menyediakan ubat untuk Lucas.

"Betul ke kau nak kahwin? " soal Lucas tiba-tiba.

Pergerakan Melanie terhenti buat sementara. Dia menarik nafas perlahan sebelum tersenyum.

"Nah you makan ubat ni pula. " Melanie cuba menukar topik.

"Aku taknak ubatlah! Aku nak kau! Kau takkan kahwin dengan orang lain selain aku kan?! Jawablah! " Lucas mula menggoyangkan bahu Melanie beberapa kali.

Melanie hanya diam membiarkan setiap perlakuan Lucas terhadapnya.

"Kenapa kau diam? Jawablah soalan aku......" Lucas mula menunduk.

"Hiks! Kau dah tak sayang aku.... Hiks! Kau nak tinggalkan aku... " esak Lucas.

Melanie terkedu mendengar rintihan Lucas. Dia melihat ada air mata yang jatuh. Melanie memegang wajah Lucas dan didongakkan supaya memandangnya. Dia terkedu melihat wajah Lucas yang basah.

"Hey, kenapa you nangis? "

"Sebab kau lah! Hiks! Tanya lagi dah kenapa?! " marah Lucas dalam tangisannya.

Melanie cuba menahan dari tertawa.

"Ye I tahu lah sebab I. Tapi kenapa? Apa yang I dah buat? " soal Melanie.

"Kau nak tinggalkan aku sebab jantan la-lain! Kau nak kahwin de-dengan dia! Hiks! Kau dah taknak aku! Huarghhh! " makin kuat tangisan Lucas.

Melanie mula gelabah. "Eh! You jangan nangis. I tak tinggalkan you la. I tak kan kahwin dengan orang lain selain you. "

"Hiks! Promise? " Lucas mengeluarkan jari kelingkingnya dengan muka yang merah.

"Promise! " Melanie menyatukan jari kelingking mereka.

"Dah sini. Peluk! " Melanie membuka lebar tangannya.

Lucas terus masuk kedalam pelukan Melanie sambil masih tersedu-sedan. Melanie yang tak dapat menahan terus tergelak.

"Hilang bajet cool you tu. Tak malu nangis. " Melanie terbahak-bahak.

"Ish diamlah! " marah Lucas yang masih memeluk Melanie.

"I'm sorry.... But I can't! Hahahaha! " Melanie meneruskan gelakannya.

Lucas yang geram terus menggigit dada Melanie yang berlapik singlet.

"ADUH! SAKITLAH! "

"TAHU PUN SAKIT! PADAN MUKA! SIAPA SURUH GELAK? "

"Bongoklah you ni! "

"Kau pun bongoklah! "
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐑│Matthew's Queen ©️Where stories live. Discover now