MILAN Malpensa Airport, Italy
"Thaqif!" Eshan menyapa lelaki tinggi lampai yang memakai baju hitam berlengan panjang yang berada beberapa langkah daripada mereka itu. Elvina yang sedang menarik dua bagasi besar sambil mengalas dua beg galas itu mempercepatkan langkah saat dia sedari Eshan makin laju meninggalkan dirinya.
"Shan!" kedua-dua mereka berpelukan dan bersapa mesra. Elvina pula setia menunggu di belakang Eshan.
"Emyr mana?" soal Eshan sambil menarik bagasinya serta bagasi Elvina mendekati Thaqif supaya urusan lelaki itu untuk meletakkan beg mereka ke dalam kereta dipermudahkan.
"Dia tunggu dekat rumah." Eshan mengangguk faham. Selesaikan urusan mengendalikan barang, Thaqif datang mendekati Elvina.
"Assalamualaikum and hi! Elvina, kan?" sapa Thaqif sambil membuka pintu belakang.
"Waalaikumussalam, ya saya." Sudah Thaqif agak yang gadis ini akan kekok bila ditegur.
"Dipersilakan masuk, principessa." Elvina sambut senyuman Thaqif lalu masuk ke dalam perut kereta. Tidak lupa juga dia mengucap terima kasih sebelum Thaqif menutup pintu kereta.
"Gatal," bidas Eshan sebelum lelaki itu menghempas pintu hadapan.
"Alolo, baby tua merajuk ya?" usik Thaqif lalu dia ketawa sendirian.
•••
SEPANJANG perjalanan menuju ke apartment, Thaqif dapat lihat keterujaan yang terpancar di wajah Elvina, tambah-tambah pula gadis cantik itu tidak boleh duduk diam. Ada sahaja pergerakan serta kekaguman yang meniti dari bibirnya.
Dan dalam diam, Thaqif juga dapat lihat senyuman manis yang disembunyikan oleh Eshan setiap kali kejakunan gadis itu terserlah melalui cermin sisi kereta.
Thaqif apa lagi, senyum sampai telinga jugalah dia dibuatnya.
Bukan apa, ketika Eshan berada di Malaysia, bukan main lagi lelaki itu mengadu domba kepada Thaqif. Itu tak kena, ini tak kena. Ada sahaja ketidakpuasan hati Eshan kepada Elvina.
Bukannya Thaqif tidak tahu apa hubungan mereka dan apa yang telah terjadi, namun terang-terang Elvina juga tidak patut disalahkan.
Dan dia pasti Eshan masih dalam fasa penafian dan tidak mampu seratus peratus redha dengan takdir lagi dan disebabkan itulah Eshan mencari seseorang untuk dipersalahkan.
Dan orang itulah ialah Elvina yang sedang berada di sisi mereka sekarang.
Walaubagaimanapun, sungguh dia terhibur dengan perwatakan Eshan.
Mulut kata lain, hati rasa lain.
"Okay! Kita dah sampai!" Thaqif bersorak ceria. Elvina menepuk tangan lalu keluar dari perut kereta.
YOU ARE READING
[C] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...