DING DONG !
Elvina berlari menuju ke pintu rumah. Dipulas tombol pintu dengan hati yang girang. Hatinya terlalu yakin bahawa Eshan mahu mengajak dia keluar sarapan pagi bersama-sama sehingga otak tidak sempat memberi amaran ; jangan terlalu mengharap.
"Es-" Senyuman Elvina automatik mati taktala lelaki yang dia tidak kenali muncul di hadapan pintu rumahnya.
"Breakfast." Elvina pandang atas bawah lelaki yang sedang memberi bungkusan makanan kepadanya itu. Tinggi, lebih tinggi daripada Thaqif tapi rendah sedikit daripada Eshan. Tangan sebelah kanan pegang bungkusan makanan manakala tangan kiri peluk helmet berwarna hitam.
Kedua-dua belah tangan disarung dengan riding gloves yang selalu dipakai oleh bikers. Rambut pendek and messy, tipikal badboy. Black leather jacket, dark blue jeans dan kasut boots hitam.
Eshan lagi kacak. Noktah.
Hampir seminit lebih juga Elvina merenung lelaki yang berada berhadapan dengannya sehinggalah sel-sel otaknya kembali berhubung.
"Emyr?"
"Si, amore mio." balas lelaki yang bernama Emyr itu dengan penuh sindiran. Senyuman sinis itu jelas nyata dan terang di mata Elvina. Elvina pula tak kisah langsung. Kehadiran Emyr diabaikan lalu matanya menjeling pintu hadapan.
"Boleh tak you ambil dulu makanan ni, lenguhlah," ujar Emyr sebelum dia menghulur bungkusan makanan lebih dekat ke wajah Elvina.
Elvina menyambut huluran tersebut lalu mengucapkan terima kasih kepada Emyr tapi mata masih tak lepas melirik ke rumah Eshan.
"Tak malu ke usya rumah anak teruna orang?" Selamba badak sahaja Emyr menegur perbuatan Elvina tanpa berlapik.
Wah, ini lebih dahsyat berbanding Thaqif.
Tak, Thaqif seribu kali lebih baik berbanding Emyr!
"Saya usya pun rumah abang saya, bukan rumah scandal pun!" balas Elvina dengan intonasi yang jelas menunjukkan dia tidak berminat untuk bersembang dengan Emyr.
"Bukan you anak pungut ke?"
DUM!
Seolah-olah baru dipanah petir, ternganga luas mulut Elvina saat Emyr balas balik dengan kata-kata sindiran yang sebegitu rupa.
Hebat sungguh ya bodyguard yang ayah upah untuk dia.
"Eshan dengan Thaqif tak ada dekat Milan," lapor Emyr dengan suara yang mendatar setelah membuat hati Elvina panas.
"Siapa?" Dahi Emyr berkerut dengan soalan yang dilontarkan oleh Elvina.
"Siapa tanya?"
BAM!
Pintu rumah dihempas dengan kuat sehingga tercenggang Emyr dibuatnya. Beberapa saat kemudian Emyr tergelak seorang diri.
Sumpah, sudah bertahun lamanya dia tidak dengar lawak seperti itu. Itu lawak budak sekolah rendah- Tidak! Itu lawak level budak tadika aje tu. Seriously? Itu sahaja yang Elvina boleh balas semula?
YOU ARE READING
[C] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...