HER BROKEN FATE ✿ 39

871 31 5
                                    

ALLAH uji kerana Allah sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALLAH uji kerana Allah sayang. Namun adakah ini ujian kerana dia disayangi atau pun ianya satu bentuk kifarah buat Ayla?

Ayla hanya berdiri kaku di hujung wad peribadi itu. Kelihatan ketiga-tiga ahli keluarga Elvina Marissa yang sedang bersedih itu mengelilingi katil wad tersebut.

Elvina ditemui dalam keadaan yang menyayat hati. Sama seperti Ayla ketika lima tahun yang lepas.

Buat masa ini, Elvina masih tidak sedarkan diri. Gadis itu masih terbaring kaku di atas katil.

Oleh kerana tidak tahan dengan emosi sendiri, Ayla mengambil keputusan untuk keluar dari bilik.

Ayla berjalan beberapa langkah sebelum wanita itu perlahan-lahan mencangkung di tepi jalan. Wajahnya ditekup dengan tangan, tidak mahu siapa-siapa melihat tangisannya.

Demi Allah, Ayla turut gembira saat Elvina Marissa kembali ke pangkuan keluarganya. Namun bagaimana dengan dia? Bagaimana dengan nasib Ayla selepas ini?

Adakah segala hasil usahanya akan di ambil oleh Elvina kerana gadis itulah pewaris yang selayaknya? Adakah Ayla akan dihalau keluar dan segala miliknya selama menjadi Elvina Marissa akan ditarik semula?

Dato Ghazali dan Datin Liyana akan abaikan Ayla ke? Eshan?

Eshan akan buang dia tepi jalan seperti yang lelaki itu pernah katakan suatu ketika dahulu ke?

Bagaimana pula dengan tangapan Elvina Marissa terhadapnya? Gadis itu akan bencikan Ayla ke?

Apa pula pandangan netizen saat mengetahui akan kes ini?

Kerana Ayla yakin setiap bunyi notifikasi yang masuk sepanjang dia dalam perjalanan ke hospital dengan Eshan tadi akan terselit dengan berita tentang keluarga mereka.

Apa yang harus Ayla lakukan sekarang? Ayla hilang arah. Rasa mahu lenyap terus dari dunia.

"Elvina!" Emyr, Karla dan Thaqif berlari menuju ke arah Ayla yang sedang duduk mencangkung itu.

"Jangan!" Tidak jadi ketiga-tiga mereka ingin menunduk separas dengan Ayla saat wanita itu melarang.

"Jangan dekat..." Karla mencebik sayu manakala Emyr dan Thaqif turut bersedih melihat Elvina mereka dalam keadaan sebegitu rupa. Masing-masing tertunduk saat rintihan Ayla semakin kendengaran.

Emyr dan Thaqif mengambil tempat di sebelah Ayla manakala Karla pula duduk di hadapan Ayla. Lorong ini tidak kerap digunakan namun ada jugalah seorang dua yang lalu dan memandang mereka dengan pandangan pelik serta keliru.

Selalunya budak-budak sahaja yang berkelakuan seperti itu.

Ketiga-tiga sahabat baik Ayla itu menunggu kesayangan mereka sehinggalah Ayla sendiri kembali tenang.

•••

ALANG-ALANG sudah ada di hospital, Karla pergi melawat seseorang yang dia selamatkan semalam. Ayla sudah tenang dan sedang makan dia kafeteria hospital dengan Emyr dan Thaqif.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now