HER VENGEANCE ✿ 27

738 39 6
                                    

DUA minggu berlalu sejak kejadian di mana Warda dan Eshan terlibat dalam kemalangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA minggu berlalu sejak kejadian di mana Warda dan Eshan terlibat dalam kemalangan. Eshan tersenyum melihat notifikasi yang mucul di skrin telefon.

Eshan pandang sekeliling sebelum matanya jatuh pada figura seorang wanita bertudung. Wanita itu melambai Eshan sambil mendekati lelaki itu, Eshan turut membalas lambaian Warda.

"Awak nak bawa saya pergi mana hari ni?" Warda menyoal sebaik sahaja dia tiba di hadapan Eshan. Eshan tersenyum melihat wajah ceria Warda. Warda yang pendek itu membuatkan Eshan perlu menunduk.

Comel.

"Rahsia," kata Eshan sambil membuka pintu hadapan kenderaan.

"Thank you." Warda membengkokkan lutut sambil menarik kain yang dipakai ala-ala puteri eropah.

Eshan tersenyum suka. Ditutup pintu dengan rapat lalu Eshan beredar ke tempat duduk pemandu.

Warda menunduk saat jantungnya terasa mahu pecah. Senyuman manis Eshan... Boleh mati jika hari-hari Eshan senyum pada dia.

Patutlah mahal senyuman lelaki itu.

Rupanya senyuman itu boleh membawa maut!

Rugi Elvina.

Oh ya, cakap tentang Elvina. Wanita itu sudah lama menyepi. Selama dua minggu dia dan Eshan berkawan, tak pernah pula dia jumpa Elvina. Fateh pula, dia hanya jumpa ketika dia pulang ke rumah mereka. Suaminya itu langsung tidak hirau sedikit pun tentang dirinya. Reaksi Fateh ketika Warda memberitahunya tentang dia kemalangan beberapa hari yang lepas pun sangatlah menyakitkan hati.

Jadi lebih baik Warda tidak memberitahu apa-apa langsung kepada Fateh, bukan lelaki itu kisah pun. Kini Tumpuan Warda kembali kepada Eshan yang berada di sebelah.

"Ready?" Eshan menyoal.

"Ready!" Warda menyahut dengan penuh semangat. Dengan itu, kereta berjenama milik Eshan meluncur laju meninggalkan perkarangan butik Warda.

Tanpa disedari mereka, sebuah kereta hitam setia mengekori Eshan daripada tadi.

•••

"Terima kasih Eshan, saya happy sangat." Ikhlas Warda mengucapkan terima kasih tadi kepada Eshan. Warda tidak dapat nafikan, Eshan berjaya mengubati luka di jiwanya. Dan itu membuatkan Warda mengharap kehadirannya dapat mengubati luka di jiwa lelaki itu juga.

Gula-gula kapas yang dipegang oleh Warda itu Eshan cubit lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Sama-sama," balas Eshan lalu berjalan meninggalkan Warda. Apabila mendengar tapak kaki Warda mengejarnya, Eshan kembali tersenyum.

Eshan ketawa gembira namun ada masanya, memori dia bersama Elvina akan automatik diulang tayang di layar minda.

Oleh kerana dia memilih fun fair yang baru dibuka ini sebagai destinasi dia dan Warda healing, healing Eshan tidak menjadi kerana dia kembali tenggelam dalam memori dia bersama Elvina ketika di Italy.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now