HER BROKEN FATE ✿ 43

597 25 3
                                    

"IBU minta maaf ya, Ayla?" Datin Liyana memohon maaf sambil tangan sendiri mengusap tangan Ayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"IBU minta maaf ya, Ayla?" Datin Liyana memohon maaf sambil tangan sendiri mengusap tangan Ayla. Terasa sebak pula hati saat Ayla hanya membalas dengan senyuman serta gelenggan lemah.

"Kenapa pula ibu kena minta maaf dekat Ayla?" soal Ayla sambil mengenggam erat tangan Datin Liyana.

"Sebab ibu dah lukakan anak ibu. Ibu tahu Ayla terasa dan ayah sendiri yang tegur ibu. Ibu memang nampak macam pilih kasih tapi percayalah Ayla, demi Allah ibu sayangkan awak juga. Ibu cuma lebihkan Elvina masa ni sebab adik awak tu dah hancur luar dalamnya. Ibu sendiri tak tahu macam mana lagi ibu nak buat dan akhirnya Ayla yang sakit atas perbuatan ibu yang tak fikir jauh sebelum bertindak. Jadi tolong maafkan ibu ya?" Ayla turut menangis saat Datin Liyana menangis sambil mengusap pipi mulus milik Ayla itu.

"Ya Allah ibu, tak apa... Ayla faham. Ayla faham keadaan Elvina dan Ayla tak kisah kalau ibu lebihkan dia. Elvina anak kandung ibu dan Ayla faham dia perlukan perhatian daripada kita semua jadi ibu jangan risau ya? Ayla faham." Bersungguh-sungguh Ayla cuba meyakinkan Datin Liyana.

"Ibu nak Ayla tahu yang ibu sayangkan awak, sayang... Dan awak akan sentiasa ada tempat istimewa dalam hati ibu walaupun kita tiada pertalian darah," kata Datin Liyana sambil meletakkan tangan kiri Ayla ke kawasan dada yang di mana jantung dia berada.

"Ibu ikhlas jaga awak selama ini walaupun sebenarnya ibu dah lama sedar yang awak bukan Elvina. Pada awalnya ibu mengaku yang ibu cuma mahu mengisi kekosongan di hati tapi lama-kelamaan, ibu jatuh sayang dekat awak dan ibu tak nak kehilangan awak Ayla." Air mata Datin Liyana tidak henti mengalir. Rasa kesal dengan diri sendiri kerana telah menyakiti hati seorang anak yatim yang hidup sebatang kara itu.

"Jadi maafkan ibu ya? Ibu janji ibu akan perbaiki kesalahan ibu dan jadi ibu yang adil." Azam Datin Liyana berjaya membuatkan Ayla ketawa perlahan. Kerana terharu dan bukannya menyindir.

"Dan Ayla pun akan perbaiki diri sendiri untuk menjadi seorang anak dan kakak yang baik." Kedua-dua mereka ketawa bahagia.

"Kan comel kalau macam ni." Eshan yang muncul entah dari mana itu sibuk menyampuk momen bahagia ibu dan perempuan itu.

"Dah lega dah lepaskan segalanya dekat anak perempuan Datin?" usik Eshan sambil bahu kanan bersandar di muka pintu dan tangan disilangkan di dada.

"Sibuk aje kacau kita dengan anak perempuan kita, kan Ayla kan?" Ayla mengangguk bersetuju sambil mencebik.

"Eh? Tapi..." Serentak itu Ayla dan Eshan pandang Datin Liyana. Mengapa?

"Dah boleh naik taraf sebagai menantu perempuan kut!" Terus berona merah pipi Ayla saat diusik sehingga sebegitu sekali oleh Datin Liyana. Eshan juga terbuntang dengan kejujuran ibunya itu namun dalam diam hati lelakinya bersorak gembira. Yes, greenlight!

Ayla menunduk memandang peha sendiri. Malunya! Lagi malu bila Datin Liyana masih ketawa dan masih mengusik Ayla yang sudah diam seribu bahasa itu.

•••

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now