HER BROKEN FATE ✿ 10

3.1K 122 2
                                        

EMYR turun dari motorbike hitam miliknya lalu helmet di kepala juga dibuka sambil langkah di atur menuju ke arah Elvina yang sedang menunggu di bangku taman berdekatan apartment

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

EMYR turun dari motorbike hitam miliknya lalu helmet di kepala juga dibuka sambil langkah di atur menuju ke arah Elvina yang sedang menunggu di bangku taman berdekatan apartment.

Sejak dua hari lepas, Elvina sudah memberi kerja yang berat kepada Emyr. Ada sahaja maklumat yang gadis itu suruh dia cari dan semuanya tentang masa depan gadis itu.

Dan ini sangat menyeksa zahir dan batin Emyr kerana dia tidak berminat langsung untuk menghadap komputer riba berjam-jam lamanya hanya untuk mencari maklumat.

Bosan dan tidak mencabar langsung! Penat otak orang.

"Nah, ni semua list universiti yang ada course kau nak," kata Emyr sebaik sahaja lelaki itu melabuhkan punggung ke kerusi taman bersebelahan Elvina. Diletakkan fail yang mengandungi kertas-kertas yang dia print malam semalam ke atas peha Elvina lalu lolipop berperisa strawberry yang baru dibuka dimasukkan ke dalam mulut.

"Terima kasih Emyr," ucap Elvina sambil menyelak helaian kertas yang dia terima.

"Anything for you, principessa," balas Emyr lalu sambung mengulum lolipop.

"Emyr saya minta maaf tapi boleh tak saya nak minta sesuatu?" Tipulah jika jantung Emyr tidak melompat akibat terkejut dengan perubahan nada Elvina. Bagaimana jika Elvina meminta dia buat perkara yang bosan lagi?

Ah, memang dia resign!

"Go on."

"Saya rasa awak patut berhenti panggil saya principessa tu kot sebab... saya rasa lawak," pinta Elvina tanpa berlapik.

Boleh dengar tak? Boleh dengar tak bunyi hati Emyr yang berkecai?

Ini kali pertama dalam sejarah dia dipermalukan sebegini rupa! Mana ada wanita yang tidak suka dia bermulut manis. Lagipun bukan ke wanita suka bila hero dalam novel gunakan nama gelaran kepada heroin mereka? Apa ni! Mengapa Elvina sanggup memalukan dia sebegini rupa?

"Kau tak suka?" soalan Emyr dibiarkan sepi buat beberapa saat.

"Saya rasa kekok, lagipun dalam novel seronoklah baca tapi bila awak panggil saya dalam bahasa asing macam ni saya malu dan saya rasa pelik." Kejujuran Elvina membuatkan Emyr terhibur kerana dia sudah mempunyai seribu satu cara untuk mengenakan Elvina semula. Dan dia juga bangga kerana Elvina berani untuk berkata jujur dengannya.

Ini petanda yang baiklah kan? Maksudnya dia seseorang yang Elvina percaya dan selesa.

"Oh jadi kau rasa pelik if it is in italian?" Elvina mengangguk laju. Emyr pula tersengih sinis.

"Kalau macam tu aku panggil kau sayang lah."

"Ha Bole- Eh? Tak nak tak nak!" Seraya itu mereka berdua ketawa riang kerana terhibur dengan diri sendiri.

"Ikut awaklah Emyr," kata Elvina lalu menumpukan fokusnya ke misi utama.

"Result SPM keluar bila?" Emyr menyoal, ingin tahu.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang