HER BROKEN FATE ✿ 48

855 44 17
                                    

AYLA hanya menatap wajah Amanda yang sedang merayu sambil menangis teresak-esak itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYLA hanya menatap wajah Amanda yang sedang merayu sambil menangis teresak-esak itu. Ayla bediri tegak di belakang Tan Sri Ayra sambil tangan disilangkan ke dada. Ayla tersenyum sinis, tiada langsung raut sedih di wajah.

"Momma! Ampunkan Am momma... Ampunkan Am..." Amanda merangkak mendekati Tan Sri Ayra namun wanita tua itu mengundur ke belakang.

"Jangan sentuh aku." Perlahan namun sangat tegas sehingga Ayla juga terasa gerun.

"Selama ini aku jaga dan beri kasih-sayang yang cukup buat kau... Aku tak pernah pilih kasih walaupun kau cuma anak angkat... Kadang-kala aku lebihkan kau berbanding anak aku sendiri Amanda! Semua sebab aku takut kalau kau membesar dengan kekecewaan kerana tidak dilayan sama rata. Aku percayakan kau lebih daripada suami aku sendiri tapi ini yang kau buat Amanda? Tergamak kau khianat kami Amanda? Kenapa? Kenapa! Apa lagi yang tak cukup Amanda?" Lutut terasa lemah namun mujur sahaja Ayla ada di belakang. Ayla menangkap tubuh kecil Tan Sri Ayra yang hampir longlai itu lalu memeluk tubuh ibu kandungnya.

"Am minta maaf momma, Am mengaku Am benci dengan Ayla sebab Am takut momma akan lebihkan Ayla berbanding Am... Am takut kalau momma dan daddy buang Am!" Amanda tersedu-sedan. Kening Tan Sri Ayra bertaut.

"Aku lebihkan Ayla? Kalau aku lebihkan dia sekalipun itu hak aku kerana Ayla anak kandung aku! Tapi tak Amanda... Aku menyesal... Aku menyesal sangat lebihkan kau berbanding anak aku sendiri. Kalau aku boleh ulang kembali masa lepas, aku tak akan jejak rumah anak yatim yang jadi tempat kau berteduh tu. Disebabkan kau, aku hilang anak dan suami aku... Kau memang jahat Amanda, kau memang jahat! Aku tak pernah didik kau jadi anak yang berhati busuk sebegini!" Tan Sri Ayra menangis semahu-mahunya sehingga Ayla turut menitiskan air mata. Mata Ayla dan Amanda bertembung. Ayla dengan beraninya tersenyum sinis lalu sengaja membuatkan hati Amanda panas.

"Mulai hari ini, kau bukan anak aku lagi Amanda." Tan Sri Ayra melafazkan ayat keramat tadi tanpa penyesalan.

"Momma..."

"Momma!"

Serentak mereka berdua bersuara. Sudah tentu Ayla sengaja mahu nampak seperti bidadari di hadapan ibunya. Jadi, Ayla mengambil langkah untuk memujuk Tan Sri Ayra.

"Momma please, kesian dekat kakak Amanda." Ayla mengusap lembut bahu Tan Sri Ayra.

"Momma tak mahu tengok lagi muka dia Ayla, suruh dia pergi dari sini. Emyr! Tolong aunty Emyr..." Emyr yang dari tadi hanya diam berdiri di tepi mula menurut perintah.

Bagasi dan barang Amanda diangkut lalu dibuang di luar pagar.

Apa? Ingat Emyr nak bawa Amanda pergi hotel berdekatan atau hantar balik ke rumah yatim ke macam mana?

Dah pandai buat onar, pandai-pandailah nak hadap kifarah sendiri.

"Momma please!" Amanda masih merayu. Sebaik sahaja mata Amanda dan Ayla bertembung, Amanda mula baran.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now