HER BROKEN FATE ✿ 47

793 44 15
                                    

AMANDA tidak mahu bangun dari katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AMANDA tidak mahu bangun dari katil. Kemurungan Amanda bertambah teruk apabila Amanda dipecat oleh kerana menganiayai Ayla sebagai seorang peasakit di hospital.

Amanda teringat bagaimana dia dipaksa oleh Ayla untuk membawa keluar wanita itu dari hospital.

"Sama ada kau bawa aku keluar dari sini atau aku akan bagi tahu momma sendiri tentang rahsia terbesar kau tu Amanda," gertak Ayla sambil menghalakan skrin telefon ke arah Amanda. Nombor telefon Tan Sri Ayra jelas terlihat.

Amanda mula gusar. Takut jika Ayla benar-benar menghubungi Tan Sri Ayra dan memberitahu perkara sebenar.

"Jangan Ayla... akak merayu sangat-sangat."

"Jadi cepatlah bawa aku keluar! Lembab betul." Ayla mengherdik Amanda. Ayla bangun lalu menyuruh Amanda memegang lengannya.

"Aku nak kau tarik aku sampai masuk kereta kau. Lepas tu aku nak kau bawa aku balik rumah keluarga Dato Ghazali. Senangkan?" Ayla mengarah manakala Amanda hanya menurut.

"Kalau kau tak nak aku report polis tentang apa yang dah jadi baik kau ikut arahan aku Amanda," kata Ayla lalu menyuruh Amanda keluar.

Sepanjang perjalan mereka, Ayla berjalan seperti dipaksa. Langkah juga dibiar perlahan dan mengalahkan mayat hidup yang sedang mengejar mangsa.

Sengaja Ayla buat begitu.

Sampai dalam kereta Ayla terus bersandar dengan tenang.

Amanda pula hanya diam tidak melawan.

Amanda menangis saat dia teringat bagaimana dia ditahan polis kerana dituduh menculik dan cuba mencederakan Ayla. Sedangkan dia menghantar Ayla dengan selamat. Tidak ada langsung luka di tubuh gadis itu ketika dalam jagaannya yang tidak lama itu.

Namun apakah daya saat rakaman CCTV membuktikan bahawa dia yang memaksa Ayla mengikutinya dan Eshan juga turut bersepakat mengatakan bahawa mereka terjumpa Ayla di tepi jalan, sedang berlari mendapatkan bantuan.

Amanda tahu ini kifarahnya. Dia hanya meminta supaya Eshan merahsiakan hal ini daripada mummynya sahaja. Dia tidak mahu Tan Sri Ayra terkejut melihat dia sudah menjadi seorang penganggur.

Sedang Amanda leka dalam kesedihan sendiri, bunyi bising di tingkat bawah membuatkan Amanda berlari menuju ke sana.

Tak akanlah rumahnya dipecah masuk pula?

Sampai bawah terus Amanda tersenyum lega.

Tan Sri Ayra tersenyum bahagia melihat anak perempuannya segera turun sebaik sahaja dia sampai ke dapur.

"Hi sayang! Momma ada beli barang nak masak makanan kegemaran awak!" kata Tan Sri dengan penuh semangat.

Kelopak mata sudah bergenang dengan air mata. Amanda takut, takut jika dia kehilangan Tan Sri Ayra. Satu-satunya nyawa yang dia ada sekarang.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now