ESHAN hanya memerhatikan ketidaksenangan yang di hadapi oleh Elvina. Wanita itu mengikat rambut namun oleh kerana anak rambutnya semakin panjang Elvina mula rasa jengkel.
"Shan... Tolong." Eshan tersenyum suka saat Elvina meminta pertolongannya. Eshan bangun dari duduk lalu menarik Elvina masuk ke dalam bilik khas yang tidak ubah seperti salon kecil dalam rumah mereka itu.
Elvina duduk di kerusi sambil menunggu Eshan menyiapkan barang.
"Ready?" Elvina mengangguk laju sambil tersenyum. Eshan memegang rambut Elvina dengan penuh cermat.
Elvina tenang sahaja membiarkan tangan Eshan lancar bermain dengan rambut lebatnya. Sungguh, perasaan takut itu masih ada sehingga sekarang namun setiap kali itu juga dia percayakan Eshan dan hanya membiarkan lelaki itu sahaja yang memotong rambutnya.
Oleh kerana Elvina tidak mahu langsung rambutnya disentuh oleh siapa-siapa, maka Eshan mengambil keputusan untuk menyertai khusus gunting dan dandan rambut empat tahun yang lepas.
Apa nak dikata bila Eshan terlalu handal dalam segala perkara, mudah sahaja lelaki itu memperoleh sijil pendandan rambut.
Kalau Eshan mahu buka salon pun lepas ya, anak-anak.
Sentuhan lembut Eshan di kepala Elvina membuatkan wanita itu semakin mengantuk. Tambah-tambah pula mereka semakin sibuk semenjak dua bulan ini oleh kerana rancangan yang mereka jalankan bersama-sama tersebut.
Eshan senyum saat dia dapati Elvina semakin mamai. Namun sedikit sahaja lagi sebelum dia selesai memotong rambut Elvina. Elvina pula sudah tersengguk-sengguk kepala menahan ngantuk. Eshan memotong rambut Elvina paras atas bahu seperti selalu.
"Done," kata Eshan sebelum menggosok perlahan kepala Elvina supaya gadis itu terjaga sepenuhnya.
Elvina menilik pantulan di cermin. Cantik!
"Thank you!" Elvina mengucup pipi kiri Eshan lalu berlari keluar dari bilik meninggalkan Eshan di belakang. Eshan hanya menggeleng kepala sambil mengemas peralatan yang telah digunakan.
•••
RUANGAN ofis milik Eshan Mikhayl itu sunyi dan hanya bunyi kertas serta papan kekunci sahaja yang kedengaran. Elvina renung Eshan dan Fateh silih berganti. Elvina mengeluh, dua dua terlihat dingin bak ais di kutub utara sana.
Oleh kerana rasa diri seperti diperhatikan, Fateh melangut memandang ke arah Elvina. Mata mereka bertembung buat beberapa saat sebelum Elvina bertindak untuk mengenyitkan mata kepada Fateh. Sengaja dia mengusik lelaki itu kerana kebosanan yang melanda.
Elvina sekali lagi memandang Eshan yang sedang sangat kusyuk itu lalu pandangan beralih kepada Fateh yang sudah tidak senang duduk.
Baru usik sedikit sudah gelabah. Apalah!
YOU ARE READING
[C] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...