AWANA Porto Malai, Kuah. Tempat berlangsungnya LIMA pada tahun ganjil ini. Hari ini merupakan hari di mana segmen maritim pula diadakan.
Walaupun cuaca sudah panas terik namun semangat pengunjung tidak pudar begitu sahaja, tambah-tambah lagi ketika melihat betapa handalnya perwira negara kita beraksi.
Gimik serta lakonan semula yang disampaikan oleh para tentera kita mengundang sebak orang ramai. Emyr perhatikan semua yang sedang menonton persembahan di hujung sana dengan riak yang mendatar. Seolah-olah tiada perasaan langsung.
Sekali-sekala diintai kiri dan kanan, menunggu seseorang itu hadir ke mari. Namun hampa saat batang hidung mancung itu langsung tidak kelihatan. Emyr mengeluh kecil sebelum tersandar lemah ke tiang berdekatan.
"Frust awek tak sampai lagi ke tu?" Gibran menyoal Emyr yang nampak kusut itu. Mengalahkan laki hilang bini. Nampak sangat yang seseorang itu sedang berlegar-legar dalam kepala Emyr.
"Diam ah!" Emyr sengguk kepala Gibran.
"Berdosa main kepala orang, tambah-tambah lagi kepala aku," kata Gibran kerana ingin mengusik Emyr sehingga lelaki itu menjadi lebih kusut. Emyr menjeling Gibran yang kelihatan berseri-seri itu.
"Bini kau tak datang?" Emyr menyoal oleh kerana batang hidung iparnya langsung tidak kelihatan.
"Mak aku kata bini aku tengah on the way dengan kawan-kawan dia," balas Gibran lalu disuap cupcake yang dibeli tadi ke dalam mulut.
"Bagus juga Alana datang, takut nanti laki dia menggatal layan awek-awek Langkawi," usik Emyr sambil tangan bermain dengan tali pengakap itu.
"Elok sikit eh, kau ingat aku macam kau? Tak ada maruah!" Gibran tunjal kepala Emyr dengan penuh manja, Emyr pula hanya redhakan sahaja.
"Nanti kirim salam dekat kakak ipar aku," pinta Emyr. Gibran hanya mengangguk sahaja. Entah mampu atau tidak.
"Ha tu, anak bini kau dah sampai!" Segera dengan itu Emyr berdiri tegak dan melihat di hujung sana. Di mana ada Karla dan Eshal yang sedang berjalan berpegangan tangan dengan penuh gembira. Hujung bibir Emyr terjungkit kerana dua beranak itu kelihatan comel berpakaian sedondon.
Warna Navy Blue. Klasik dan penuh elegan.
Gibran menahan senyum melihat gelagat Emyr Naufal yang masih keliru dengan perasaan sendiri itu.
Ini kalau mereka tak kahwin memang Gibran pukul Emyr sampai mati.
"Laju aje..." Emyr tersentak lalu berdehem panjang apabila diperli oleh Gibran.
"Didi!" Nampak sahaja bayang Emyr, Eshal berlari anak menuju ke pakcik kesayangannya itu. Emyr depakan tangan lalu merendahkan tubuh hingga ke paras ketinggian Eshal.
"Baby!" Emyr memeluk Eshal yang sedang merangkul lehernya itu lalu dicium pipi kanan anak itu sekilas. Pipi yang sudah merah akibat kepanasan itu diusap perlahan. Rambut Eshal ditolak ke belakang oleh kerana anak itu sudah berpeluh-peluh.
YOU ARE READING
[C] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...