"NUR!" Seorang wanita berusia separuh abad melaung nama anak gadis yang sedang sibuk mencuci tandas asrama bersama beberapa anak gadis yang lain. Kerana takut dimarahi, tergedek-gedek anak gadis yang bernama Nur itu menuju ke arah wanita tua yang sedang melahap beberapa makanan percuma yang baru sahaja disedekahkan kepada rumah kebajikan anak yatim itu oleh ahli masjid berdekatan.
"Ya, Puan." Tubuh kurus kering Nur dipandang atas bawah. Puan Hidayah memaparkan riak jijik. Rambut keras dan tak terurus, baju lusuh dan terkoyak, seluruh tubuh gadis itu pula comot! Siapa sahaja yang berkenan mahu beli budak perempuan busuk ini.
Nur yang terasa dirinya seperti dihina itu mengambil satu langkah ke belakang lalu menarik bahagian kolar baju yang londeh itu menutupi bahunya semula. Kepala tertunduk menekur ke lantai.
"Kau dah nak masuk lapan belas tahun kan tahun depan?" Nur mengangguk laju.
"Dari kecil sampai sekarang aku kena berhabis duit untuk bela kau. Bala betul kau ni, sampai sekarang tak ada siapa-siapa nak jadikan engkau anak angkat." Nur hanya tunduk saat Puan Hidayah mencemuh dan memarahinya atas sesuatu yang dia sendiri tidak dapat kawal.
"Sudahlah! Esok pagi aku nak kau siap dan jangan lupa kemas semua barang kau." Nur terpana mendengar arahan terakhir Puan Hidayah itu. Mengapa? Puan Hidayah mahu menghalau dia keluar dari rumah anak yatim ini ke? Tapi ke mana dia mahu pergi setelah ini?
"Ada orang dah beli kau." Sekali lagi Nur terkejut. Keliru pun ada. Beli? Kenapa beli? Ada ke keluarga yang datang ke sini untuk beli anak-anak yatim di sini?
Banyak persoalan yang mahu Nur tanya namun kerana tiada keberanian untuk lakukan hal-hal tersebut, Nur hanya menyepi.
•••
NUR serta beberapa orang gadis yang lain beratur sambil membawa beg pakaian mereka. Van berwarna putih sedang menunggu mereka. Nur sendiri tidak tahu ke mana hala tujunya selepas ini. Sangat gementar namun Nur perlu akur dan ikut sahaja arahan mereka yang lain. Takut mereka akan mencederakan dirinya yang kecil dan tidak bertenaga itu.
"Kak Nur, akak rasa mereka mahu bawa kita ke mana ya?" Sahabar Nur yang bernama Solehah merangkul lengan kanan Nur sambil mata yang terpancar ketakutan itu merenung iris hazel Nur. Nur tersenyum lalu mengenggam erat tangan kiri Solehah.
"Akak pun tak pasti lah awak. Tapi awak jangan risau ya? Kita kan pergi tempat tu sama-sama." Sedikit lega hati yang bercelaru. Solehah membalas senyuman Nur lalu mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam van apabila tiba giliran mereka.
•••
"BUKA baju kau sekarang." Tubuh Nur dan Solehah yang sedang berpelukan itu direntap kasar oleh wanita bertatu itu. Para gadis yang lain juga menerima nasib yang sama. Tubuh Nur terketar-ketar menahan gemuruh serta ketakutan di dada.
YOU ARE READING
[C] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...