HER BROKEN FATE ✿ 18

958 41 1
                                    

MATA hazel milik gadis itu sedang sibuk mencari sesuatu yang dia inginkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA hazel milik gadis itu sedang sibuk mencari sesuatu yang dia inginkan. Rambut yang masih basah serta tuala lembab yang sedang tersangkut di leher itu mahu diabaikan pada awalnya, namun oleh kerana rasa yang tidak nyaman pada leher dan dadanya, tuala tadi direntap kasar lalu dicampak ke tepi.

Elvina melangkah mendekati laptop milik Eshan yang berada di meja ruang tamu. Elvina duduk di kerusi berdekatan lalu jarinya menyentuh permukaan touchpad laptop.

Tch.

Elvina berdecit perlahan saat dia dapati laptop Eshan memerlukan password. Elvina terasa jengkel akan diri sendiri. Iyalah, siapa sahaja yang bodoh tidak menggunakan password pada barang peribadi mereka.

Elvina masih tidak berputus asa, diselongkar pula bahagian kertas-kertas yang ada di sisi laptop serta di dalam beg kerja Eshan. Selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan, selagi itu dia tidak akan berhenti.

Jumpa!

Elvina menarik kertas yang berada ditengah-tengah timbunan kertas yang lain lalu ditatap kertas yang dia inginkan dari minggu lepas lagi itu dengan penuh sinis.

RUNE...

Nama syarikat milik Fateh Rayhan.
Suami kepada War-

KLIK!

Elvina tersentak sehingga bahunya terangkat taktala bunyi pintu utama dibuka. Tanpa berfikir panjang, ditolak kertas kerja Eshan sehingga berterabur di lantai rumah lalu dikutip satu per satu seperti dia tidak bersalah.

Eshan yang baru tiba dengan bungkusan makanan di tangan terus sahaja meluru ke arah Elvina yang masih menunduk mengutip helaian kertas yang terakhir. Dengan segera Eshan meletakkan bungkusan makanan ke meja berdekatan lalu kembali ke Elvina.

"Nah." Elvina menghulurkan timbunan kertas tadi kepada Eshan dengan senyuman terukir di bibir. Eshan menyambut huluran tersebut sambil membalas senyuman Elvina.

"Apa jadi?" soal Eshan, pendek.

"Entah, saya dengar awak balik jadi saya keluarlah bilik. Keluar-keluar bilik aje lantai dah bersepah dengan kertas-kertas ni," jelas Elvina sambil membuka bungkusan plastik untuk menghidangkan makanan.

Elvina menghela nafas lega taktala bayang Eshan hilang dari pandangan. Elvina hanya berlagak biasa, tenang dan tidak menunjukkan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kemusykilan.

Pergerakan Elvina terhenti saat makanan yang dibeli oleh Eshan semuanya merupakan makanan Italy kegemarannya. Ada lasagna, truffles, ossobuco dan tiramisu.

Eshan ingat.

Oleh kerana terlalu lama termenung, Elvina menjerit kecil taktala Eshan memusingkan tubuh gadis itu menghadapnya. Tuala kecil ditangan diletakkan di atas kepala Elvina lalu digosok-gosok rambut yang masih basah itu. Elvina hanya diam, membiarkan Eshan membuat kerja.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now