HER BROKEN FATE ✿ 42

628 23 1
                                    

LANGKAH kaki semakin laju melangkah ke dalam bangunan gah ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGKAH kaki semakin laju melangkah ke dalam bangunan gah ini. Syarikat kewangan Dato Ghazali yang besar ini membuatkan Ayla semakin cemas, semakin gelabah kerana takut jika dia tidak sempat.

Air mata sudah lama menitis lebat. Ayla takut. Ayla takut dia tidak sempat melihat lelaki yang sudah berjaya menjadi sosok ayahnya itu buat kali yang terakhir.

Panggilan cemas dari Thaqif membuatkan Ayla laju ke mari. Kata Thaqif, Dato Ghazali sedang tenat dan mereka sedang menunggu ambulans tiba. Tanpa mendengar seberang penjelasan daripada Thaqif, Ayla terus menuju ke syarikat Dato Ghazali tanpa banyak bunyi.

"Ayah!" Ayla menolak pintu kaca milik bilik ofis Dato Ghazali dengan pantas lalu terkaku saat Dato Ghazali sedang berdiri dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Tidak nampak seperti orang sakit dan Thaqif juga tiada di sisi.

"Ayah? Thaqif kata ayah sakit? Ayah sakit dekat mana? Ayah dah okay? Ayah sakit dada ke? Ayah dah makan?" Bagai peluru berpandu, bertalu-talu Ayla melontarkan soalan kepada Dato Ghazali sehingga bibir lelaki tua itu menghasilkan senyuma tipis. Sambil menyoal Ayla berjalan ke arah Dato Ghazali namun berhenti setengah jalan saat lelaki tua itu seakan tidak mengalukan kedatangan Ayla.

"Kamu dari mana?" soal Dato Ghazali. Ayla menelan liur.

"Ayla dari meeting," balas Ayla.

"Kamu tinggal meeting business proposal kamu semata-mata nak jumpa ayah?" Ayla sudah cuak. Adakah Dato Ghazali sengaja lakukan semua ini untuk menguji sama ada Ayla layak atau tidak untuk menguruskan AYSA?

Adakah ini taktik untuk menarik semula syarikat Ayla untuk diserahkan kepada Elvina?

Ayla menunduk lemah lalu mengangguk perlahan.

"Ayla minta maaf ayah. Ayla..." Ayla terdiam saat kedua belah kaki Dato Ghazali sudah berada dekat dengan kaki Ayla.

"Ayla sayangkan ayah?" Ayla melangut. Ini soalan KBAT ke? Berapa markah?

"Mestilah Ayla sayang ayah. Kenapa ayah tanya soalan macam ini?" Dato Ghazali tersenyum. Tangan diangkat naik. Namun terbit rasa kesal dan sayu dalam hati Dato Ghazali saat Ayla masih tersentak sambil cuba melindungi diri dari disakiti. Padahal Dato Ghazali mahu mengusap kepala anak perempuannya itu.

"Maafkan ayah dengan ibu ya, Ayla?" Ayla membalas tatapan Dato Ghazali. "Ayah tahu awak terasa dengan keluarga kita." Ayla tersenyum dalam cebikan. Dato Ghazali tahu cara memujuk hati Ayla. Keluarga kita... Ayla senyum suka.

"Ayah tak mahu Ayla fikir banyak. Jaga kesihatan diri dan jalani hidup macam biasa ya, nak? Abaikan adik awak tu, dia tengah sakit. Jadi dia sendiri tak tahu kenapa dia jadi macam tu... Ayla jangan risau, segala yang Ayla ada sekarang semuanya milik mutlak Ayla. Ayah tak ada hak nak ambil atau tarik semula sedangkan semua yang Ayla ada sekarang, semuanya atas usaha Ayla sendiri. Dan daripada awal lagi, ayah ikhlas bantu Ayla dan semua yang ayah lakukan untuk Ayla bukan kerana untuk Elvina tapi untuk Ayla sendiri. Jangan risau, Elvina ada bahagian dia sendiri, kalau dia nak sambung belajar atau nak harta ke apa ke itu semua bawah tangunggan ayah dan tak ada kena mengena dengan harta Ayla. Tak adanya ayah nak menangkan sangat perangai pelik-pelik si Elvina tu." Dato Ghazali berharap penerangan tidak seberapa itu dapat memberi ketenangan kepada jiwa Ayla. Dia tahu kerana Thaqif lah orang pertama yang memberitahu Dato Ghazali tentang keadaan Ayla kerana lelaki itu sedang bekerja bawah syarikatnya. Lepas itu barulah Eshan dan Emyr datang mengadu.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now