"KAU dah kenapa tak bagi tahu yang Ayla kena tahan kat wad?" Eshan menolak dada Emyr akibat bengang dengan tindakan sahabatnya itu. Ada ke patut tiada siapa pun di antara mereka memberitahu Eshan bahawa Ayla sedang demam dan di tahan wad! Eshan tahu pun sebab pelik bila Emyr ada di hospital. Bila ikut Emyr baru kantoi!
"Kau nak marah aku asal? Kau sibuk urus hal keluarga kau kan? Tak akan benda tak penting pun nak bagi tahu kau?" Sengaja Emyr menguji kerana dia mahu tahu apa jawapan Eshan. Eleh! Bukan salah Emyr pun, kalau Eshan rindu, dia carilah Ayla sendiri tanpa perlu yang lain umumkan keadaan Ayla kepada lelaki itu.
"Tak penting kau kata? Apa kau merepek ni? Kau tahu kan Ayla lah yang paling penting sekali dalam hidup aku?" Emyr tersenyum sinis. Suka bila Eshan meluahkan perasaan cintanya kepada Ayla.
Kerana Karla sedang merakam pergaduhan mereka. Mahu tunjuk pada Ayla supaya wanita itu tahu bahawa apa yang bermain di fikirannya itu salah.
"Kalau dia penting kau tak akan tinggal dia lama-lama lah!"
"Ya Allah Emyr! Aku ada banyak hal kena uruskan! Kau ingat aku saja-saja ke tak jumpa Ayla? Aku berani tinggalkan dia sebab aku tahu dia ada kau orang. Kau orang akan jaga dia sementara aku sibuk uruskan hal keluarga aku..." Eshan hampir menangis. Jadi selama ini, Ayla tidak membalas semua mesejnya kerana wanita itu terasa dengan perbuatan dia beberapa hari yang lepas? Ya Allah. Eshan ingatkan kerana Ayla terlalu sibuk uruskan segala hal.
Tak sangka dia telah menyakiti hati Ayla tanpa dia sedar. Eshan meraup ke belakang rambut yang menutupi dahi. Mata sudah terasa panas dan berair.
Tolonglah, Eshan mudah jadi lemah jika apa-apa yang berkaitan dengan Ayla. Sumpah, dia tidak sedar yang dia telah menyakiti Ayla.
"Okay, dah." Serentak itu Karla keluar dari tempat persembunyian. Kening Eshan bertaut.
"Apa ni?" Karla senyum kekok. Takut pula jika Eshan mengamuk.
"Bukti untuk bagi Ayla tengok. Kami tak nak Ayla salah faham dengan kau."
"Kau orang dah kenapa ya? Aku boleh jelaskan sendiri dekat Ayla lah. Tepi! Aku nak jumpa dia." Karla dan Emyr hanya mengangkat bahu. Malas nak halang Eshan.
"Ayla?" Dengan itu, ketiga-tiga mereka mulai panik saat bilik tidak berpenghuni justeru membawa maksud yang Ayla sudah larikan diri.
•••
AYLA merapikan penampilan seperti biasa sebelum melangkah masuk ke dalam wad Elvina.
Semasa Karla dan Emyr leka bersembang, tanpa dua orang itu sedar, Ayla terjaga dan mendengar perbualan mereka sehingga habis. Dan Ayla harus bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Karla walaupun hatinya masih kecewa.
Kalau diikutkan ego, Ayla malas. Ayla mahu lari jauh dan tinggalkan mereka semua. Namun bila dia fikirkan semula pengorbanan dan kasih sayang yang pernah keluarga itu berikan padanya membuatkan Ayla tidak mahu mengalah dalam mengambil hati Elvina.
YOU ARE READING
[C] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...