"NAMA dia Nur Ayla binti Abdullah, Eshan." Warda berkata lalu digigit muffin yang baru sahaja Eshan belikan untuk dia itu tadi.
"What?"
"Saya dah agak dah, mesti dia tak pernah bagi tahu awak apa-apa langsung tentang masa lepas dia kan? Kesian awak Eshan. Kena tipu dengan perempuan licik tu." Sengaja Warda mengapi-apikan lagi Eshan. Kalau boleh dia mahu Eshan bencikan Elvina sebenci-bencinya!
"Dia pernah jadi pembantu rumah Fateh. Masa itu saya dan Fateh sudah bertunang. Tapi perempuan tu memang tak tahu malu! Dia yang goda Fateh sampai mereka terlanjur and then dia cuba untuk pisahkan saya dan Fateh. Katanya Fateh mainkan dia dan dia mahu Fateh bertanggungjawab." Lidah Eshan terkelu. Betulkah apa yang Warda cerita pada dia ini? Kerana Elvina pernah mengatakan tentang kisah lalunya namun tidak detail seperti Warda ceritakan sekarang.
Elvina pernah kata yang Fateh mainkan dia, jadi betul lah?
Eshan ceritakan semula bagaimana dia tahu nama sebenar Elvina. Mereka sekarang berada di dalam bilik ofis Elvina.
Elvina sudah berasap. Mahu sahaja dia pijak Wardah sehingga penyet.
"And you percaya dia?"
"Kalau I percaya dia tak adanya I nak bantu you lagi El." Lembut sahaja Eshan membalas. Tidak mahu Elvina salah faham dengan ayatnya.
"Perempuan tu memang sial! Just wait and see, I akan buat hidup dia lagi derita dari sekarang." Kuat sangat azam Elvina sehingga aura wanita itu seakan-akan berjaya membuatkan bilik ofis ini semakin murung.
Eshan geleng kepala. Apa lagi yang Elvina mahu lakukan? Tak cukup teruk ke dengan apa yang telah jadi?
Tak akan Elvina sanggup membunuh kut hanya semata-mata dendam dengan kisah dulu?
"Kita kena fikir idea lain untuk kenakan dia orang. Kali ini I nak Warda sendiri datang melutut dekat kaki I." Eshan terus beristighfar saat Elvina kelihatan sangat-sangat berdendam ketika ini.
Eshan tidak mahu biarkan Elvina jadi teruk sehingga sebegini sekali. Dia perlu sedarkan Elvina.
"El I rasa dah tiba masanya untuk you hentikan semua ni dan hidup dengan tenang. Kita stop ya? Kita pergi jauh dari Malaysia dan tinggalkan mereka yang dah sakitkan you." Elvina ketawa sinis.
"Eshan kalau you rasa you nak bertaubat dan tak mahu tolong I lagi you dipersilkan pergi. Eh! Bukan apalah Eshan tapi cara you ni meyakinkan I yang you ni sebenarnya dah kena santau agaknya dengan betina tu. Ya lah sebab nampak sangat you lebih percayakan cerita dia daripada cerita I." Lantang Elvina bersuara sehingga hati Eshan sedikit terusik.
Bukan Eshan tak percaya, Eshan tak mahu Elvina terlalu berdendam. Eshan mahu hidup bahagia dengan Elvina!
"Mengucap El, jangan fitnah orang. Berhentilah perjuangkan dendam you, El. You tahu tak you dah seksa diri sendiri? You bahagia ke dengan apa yang you buat?" Eshan menyoal.
YOU ARE READING
[C] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...