HER VENGEANCE ✿ 28

777 40 0
                                    

ELVINA mengeliat kecil saat tubuhnya terasa lenguh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ELVINA mengeliat kecil saat tubuhnya terasa lenguh. Terkelip-kelip mata cantik Elvina taktala cahaya dari luar meluncur masuk ke dalam kamar tidurnya.

Eh? Bilik tidur dia?

Dahi Elvina berkerut seribu, cuba mengingati apa yang telah terjadi kepada diri sendiri. Fikir cepat Elvina, kau bukannya mabuk sampai susah nak ingat apa yang jadi. Kau cuma... Pengsan!

Apa yang Elvina ingat, dia terlalu sedih dan penat sehinggalah dia jatuh pengsan.

Dan Elvina masih ingat bagaimana tubuhnya jatuh dan tidak disambut oleh Eshan. Macam mana dia pasti? Elvina tidak rasa langsung yang Eshan menyambutnya ketika itu. Selalunya, Eshan sangat-sangat tahu bila dia akan pengsan dan tidak sampai satu saat, Eshan akan terus tangkap tubuh dia yang longlai itu.

Tapi kali ini tidak. Nasib baik tuhan tidak bagi dia rasa sakit tehempas ke lantai kerana dia sudah tidak sedarkan diri terus.

Elvina kembali memejam mata saat tubuh dan mindanya terasa lemah. Dia penat sangat. Rasa seperti baru terselamat daripadan kematian.

Namun belum sempat Elvina mahu lelap sepenuhnya, puntu dibuka dari luar. Mata Elvina kembali membulat dan mengharapkan yang bakal masuk ke dalam biliknya ialah Eshan. Namun hampa Elvina dibuatnya saat pembantu rumah mereka yang masuk ke dalam sambil membawa dulang yang berisi dengan makanan.

"Cik El, mari makan. Cik kena makan sikit untuk makan ubat," kata Kak Tiqah, antara pembantu rumah agam ini setelah Mak Yam mengikut kedua ibu bapanya ke Dubai.

"Saya dah sediakan baju tidur dan air panas untuk Cik Muda El mandi nanti. Tuan Eshan kata Cik El demam panas. Jadi, lepas makan ubat nanti kalau Cik tak mahu mandi pun Cik wajib tukar baju ya?" Panjang lebar Kak Tiqah membebel dan apa yang Elvina dengar hanyalah nama Eshan.

"Shan mana?"

"Tuan Eshan dah balik, Cik." Elvina diruntun rasa kecewa. Sampai macam ini sekali ke Eshan merajuk? Atau Eshan memang sudah benci dengan Elvina?

"Tuan Eshan minta saya jagakan Cik Elvina." Seperti tahu sahaja kegusaran di hati Elvina, Kak Tiqah cuba menerangkan bagaimana Eshan nampak sangat cemas dan risau ketika Elvina jatuh pengsan tadi. Kak Tiqah nampak bagaimana Eshan menyambut lalu mendukung Elvina lantas lelaki itu berlari ke atas.

Elvina hanya menekur ke arah tangan sendiri. Elvina sedang bersandar ke kepala katil. Dari pinggang hingga ke hujung kaki pula dibaluti gebar.

Elvina terfikir sejenak...

Patutkah dia hentikan semua ini? Berhenti balas dendam yang sangat melelahkan ini dan terus berlari ke dalam pelukan Eshan atau teruskan supaya setiap pelaku mendapat balasan yang setimpal?

Tamakkah Elvina jika dia mahukan kedua-duanya sekali?

•••

LAPANGAN Terbang Kuala Lumpur 2 yang sesak dengan orang ramai membuatkan sosok feminin tersebut mendengus kegeraman. Sudahlah negara ini panas! Tiba-tiba pula orang ramai di lapangan terbang ini... Malang sungguh nasib dia. Masa dia pulang ke negara kelahiran ibunya lah semua orang nak guna KLIA.

[C] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now